HPA Bayan Baru (Kedai Lama) |
"Mana agaknya kedai cawangan HPA ni ya," kata ayah.
"Entahlah. Apasal ada benda ni plak," saya menemui buntu.
Pagi Jumaat (25/9/09), kami mencari-cari kedai yang dilihat di tepi jalan (papan tanda dia). Pada papan tu, ada logo barang orang Islamlah pendek kata. Termasuk logo syarikat HPA. Maka, melalui papan tu, ikutnya orang akan fahamlah bahawa semua kedai tu ada dalam sebuah 'square' ni.
Setibanya di hadapan bangunan 'square' ni, agak kehairanan sebab tak nampak langsung tanda-tanda orang menjual di kedai kat situ. Bertambah hairan lagi, tulisan yang tulis kat 'square' tu tulisan cina. Memang macam pejabat orang cina.
Maka, masuklah ke dalam bangunan tu dan naik satu per satu tingkat untuk cari. Banyak betul kedai yang tutup. Menggunakan lif, kami naik ke tingkat 4 dan turun menggunakan tangga.
Malangnya, pencarian yang dah nak mematahkan kaki tu memang menghampakan.
Tiada langsung bayang-bayang HPA kat situ.
Yang tension nian tu waktu kami dalam lif. Ada seorang ni, agaknya dia kerja sekuriti kut, kami bertanya dia memandangkan tempat ni pelik semacam.
TANYA - KALAU DAK, SESAT JALAN
"Tumpang tanya, ada kedai HPA tak kat sini?"
"Ha? apa dia?" seolah-olah macam kami cakap tak clear.
"HPA kat sini tingkat berapa?"
"Oh, tingkat 1 semua kilang, cuba naik tingkat 4, banyak kedai."
Maka, naiklah ke tingkat 4. Sah! memang tak jumpa juga. Apasal lah... tengah dalam pencarian tu jumpa lagi sekali dengan pak guard tadi.
"Jumpa tak?"
"Tak."
"Herm...cuba tanya pejabat kat situ," sambil menunjukkan sebuah pejabat cina. Agaknya pejabat tu yang uruskan semua yang kedai yang disewa di situ.
Hai...kalau kat Pulau Pinang ni, tak jumpa orang cina tak sahlah. Tetiba, orang cina yang buka pintu pejabat tu.
"Tumpang tanya, kat sini mana HPA?"
"Hah?"
"Itu kedai jual barang."
"Hah?"
"Lu tak tau ka?"
Kemudian dia pun menggelengkan kepala dengan laju sekali. HPA pun tak pernah dengar? Menyampah dengan kelakuan orang cina tadi, kami segera beredar dari 'square' ganjil itu.
Masuk dalam kereta, ayah pun bertanya;
"Betul ka yg papan tanda yang yah (penulis) nampak tu? Entah-entah silap baca tak."
"Betul la, mmg papan tu tunjuk ke 'square' tu..."
"Betul? Jom cari papan tanda tu."
Belum pun sempat nak cari, tiba-tiba jumpa papan tu kat sebelah jalan saja. Maka, ayah pun berpuas hati dengan apa yang telah saya maklumkan sama seperti dalam papan tanda tersebut.
"Tak apa lah, balik je la, lain kali kita cari."
SIASATLAH DULU!
Memang tak puas hati, diperbodohkan dek seorang cina yang entah apa-apa tu dekat 'square' yang ganjil. Square tu jauh juga lah dekat Sg. Dua dan rumah penulis dekat Sg. Ara, Bayan Lepas.
Balik tu, buka la laman web HPA. Maka JUMPA!
LORRRRRRRRR...
Alamat cawangan tu betul-betul dekat Pulau Pinang & dekat Bayan Lepas!
Macam mana boleh tak perasan entah. Kalau buka web siap-siap tak ada lah adegan tadi.
Berpandukan alamat dalam web tu, carilah pulak kedai ni esoknya (Sabtu-26/9/09). Harap-harap tak hampa seperti hari sebelumnya.
Jadi, pusing punya pusing nampak logo HPA! Besar nian!
Kedai tu tempatnya agak tersorok, jadi tak berapa nampak...
Kedai ni bukan stokis, tapi cawangan!-maksudnya orang stokis mai ambik barang kat sini la.
Excited jumpa kedai ni. Masuk-masuk ja tergamam!
Wah, banyak barang betul!
"Kak, yg dekat 'square' tu ada HPA ka?" tanya kak long kepada penjaga kaunter.
"Owh, yang kat situ ada stokis," jawab mak cik kaunter tu.
La. Stokis ja pun. Cari kat situ buat apa!
Sebelum ni pun kami selalu singgah kedai HPA kat Kepala Batas untuk beli barangan HPA. Padahal yang tu pun stokis saja.
Ingatkan kat Pulau Pinang ni betul-betul tak ada orang jual barang HPA. Almaklumlah. Banyak orang cina ja. Rupa-rupanya yang dekat kawasan rumah ja besa gitu morr....Aduhai..
Untuk tokei HPA : Kalau ya pun, cawangan HPA kat cni tak ada iklan langsung....mana nak tahu! hehe...:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!