Susahnya meredahi paya bakau. Tapi, hijrah nabi lebih susah tahu! |
Lelaki itu berhijrah, dan mengahwininya. (Waki' dalam riwayat kitabnya al-A'masy bahawa Syaqiq, iaitu Abu Wa'il.)
Dengan sebab peristiwa ni, wurudnya hadis nabi :
"Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang hanyalah apa yang diniatkan. Oleh itu sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana habuan dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."
Dalam hadis lain pula;
Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Dia di bawa untuk di hisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya. Dia pun mengakuinya.(Hadis ini telah di semak dalam buku Himpunan Ilmu & Hikmah daripada Muslim (1905); Ahmad(2/322); dan an-Nasaie (6/23) dengan lafaz di atas. Ia juga diriwayatkan dengan lafaz lain oleh at-Tarmizi (2382) dan beliau menghasankannya. Ibnu Hibban pula mensahihkannya (408).)
Allah berfirman : "Apakah yang telah kamu buat dengan dengan nikmat-nikmat itu?"
Dia menjawab : "Aku berjihad di jalanMu sehingga aku mati syahid."
Allah berfirman : "Bohong! tetapi kamu telah berperang supaya kamu di gelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu."
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke nereka, lalu diseret atas mukanya dan dihumban ke dalam neraka.
Dibicarakan pula seorang lelaki yang telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Qur'an. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya. Dia pun mengakuinya.
Allah berfirman : "Apakah yang telah kamu buat dengan dengan nikmat-nikmat itu?"
Dia menjawab : "Aku mempelajari ilmu, mengajarnya, dan membaca al-Qur'an kerana-Mu."
Allah berfirman : "Bohong! Tetapi kamu telah mempelajari supaya kamu di gelar alim. Kamu membaca alQuran untuk digelar qori. Itulah yang telah dikatakan kepada kamu."
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke nereka, lalu diseret atas mukanya dan dihumban ke dalam neraka.
Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah berikan kesenangan dengan pelbagai jenis harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya. Dia pun mengakuinya.
Allah berfirman : "Apakah yang telah kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu?"
Dia menjawab : "Aku tidak meninggalkan sesuatu jalan kebajikan yang engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya kerana-Mu."
Allah berfirman : "Bohong! tetapi kamu buat begitu supaya kamu di gelar pemurah. Itulah yang telah dikatakan kepada kamu."
Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke nereka, lalu diseret atas mukanya dan dihumban ke dalam neraka.
PERANAN NIAT
Kisah diatas menunjukkan betapa besarnya peranan niat. Perkara yang dikira kebajikan yang sangat baik, tapi setelah disalah niatkan langsung tidak diterima oleh Allah. Itu bagi orang yang mati syahid, sedangkan Allah telah menjanjikan bagi mereka syurga kekal abadi tanpa dihisab.
Tapi, niat yang sebenarnya mestilah kerana Allah, bukan hendak pengiktirafan makhluk yang hina sahaja. Begitu juga dengan para ulama', ustaz/ah, kerja menyebarkan ilmu-ilmu agama memang baik, tapi seandainya diajar hanya semata-mata kerana mahukan pujian manusia atau hanya kerana mengisi duit poket, tiada gunanya di sisi Allah.
Lihat, tak pentingkah kita memasang niat?
Terkadang kita lakukan sesuatu hanya kerana mengikut kebiasaan rutin sahaja.
Apa nilainya disisi Allah Azza Wa Jal?
Mendirikan solat pada awal waktu setelah kedengaran azan hanya kerana adatnya begitu. Pergi ke sekolah pada awal pagi hanya kerana rutin harian biasa. Tiada niat khusus yang dipasang kerana Allah. Bukan tak tahu, tapi kadang-kadang terlepas pandang.
Diriwayatkan juga, Muawiyah Ibn Abi Sufyan radiallahu'an apabila mendengar hadis di atas menangis sehingga pengsan.
PELAJAR DAN BELAJAR
Dalam konteks sebagai pelajar pula, kerjanya belajar. Kadangkala kita terubah niat daripada dasar yang sebenarnya menuntut ilmu. Menuntut hanya kerana dapat A+ dalam peperiksaan, tidak mahu dikatakan bodoh. Sebab itulah bila nak periksa baru kalut nak study last minit. Tak dapat markah sepatutnya jadi terlalu kecewa. Itu semua kesan daripada belajar tanpa niat yang bersih.
Ya, niat tanpa mendapat keredhaan Allah. Tanpa niat untuk mentaati tuntutan al-Qur'an dan as-Sunnah untuk menuntut ilmu.
Cuma, exam orieented. Itulah salahnya kita.
Peperiksaan dikira ibadah sekiranya niat adalah ikhlas kerana Allah
Rasulullah juga pernah melarang keras tentang pengajian ilmu tanpa ada niat kerana Allah.
"Sesiapa yang menuntut sesuatu ilmu yang sepatutnya dituntut untuk mendapat kredhaan Allah, sedangkan dia hanya menuntut untuk mendapat harta dunia, dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat."(Hadis riwayat Ahmad(2/338); Abu Dawud(3664) dan Ibnu Majah (252). Ia disahihkan oleh Ibnu Hibban (78) dan al-Hakim (1/85) serta dipersetujui oleh az-Zahabi)
Itu pada niat. Perbuatan yang bukan kerana ALLAH juga telah dijelaskan oleh baginda:
"Sampaikanlah berita gembira kepada umat ini dengan ketinggian, kemuliaan, agama dan keteguhan di muka bumi. Sesiapa yang beramal daripaada kalangan mereka dengan amalan akhirat kerana dunia, tiada lagi habuan untuknya di akhirat kelak."(Hadis riwayat Ahmad (5/134). Ia disahihkan oleh Ibnu Hibban(405).)
TUJUAN BERNIAT
Apa niat yang sebenarnya?
Mengapa ianya terlalu dititikberat?
Niat hanya memerlukan pengorbanan menangkis rasa riya' dalam jiwa. Susahkah?
Susah atau senang, bergantung kepada individu & pengaruh daripada luaran. Entahlah. Saya sendiri tidak 'arif tentangnya.
Perjalanan menuju ke masjid untuk bersolat juga perlu disucikan niatnya
Aik, ada lagi tujuan lain?
Ya, malah yang paling penting sekali.
Ianya adalah membezakan tujuan amalan dilakukan. Kerana Allah atau tidak?
Harus juga diingati, bahawa, niat juga sangat berbeza dengan kemahuan. Kemahuan dan niat sangat berbeza.
Manusia inginkan Allah menghapuskan dosanya, tapi tidak berniat untuk bertaubat.
Itulah kita. Mahu, tapi tiada niat dan usaha.
PAKSI NIAT
Niat sebenarnya termasuk dalam 4 perkara yang penting dalam kehidupan kita. Hadis tentang musnad yang mengandungi 4000 hadis adalah berpaksikan kepada 4 perkara, mengikut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali melalui riwayat Abu Dawud;
1) Hadis daripada Nu'man bin Basyir r.a. : " Yang halal itu jelas, dan yang haram itu pun jelas".
2) Hadis Umar r.a. : "Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat"
3) Hadis Abu Hurairah r.a. : "Sesnungguhnya ALLAH maha baik dan tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya ALLAH telah memerintahkan orang-orang mukmin sebgaimana Dia telah memerintahkan para RasulNya."
4) Hadis : "Diantara keelokkan seseorang Islam itu dia meninggalkan apa yang tidak memberi faedah kepadanya."
Bagi Imam Ahmad pula, Islam terdiri daripada 3 buah hadis;
1) Hadis Umar r.a. : "Sesungguhnya seg ala amalan hanyalah dengan niat"
2) Hadis 'Aisyah r.a. : " Sesiapa yang mengada-adakan dlaam urusan agama kita ini bukan daripada ajarannya, maka ia adalah tertolak."
3) Hadis daripada Nu'man bin Basyir r.a. : " Yang halal itu jelas, dan yang haram itu pun jelas".
Begitu juga dalam riwayat lain seperti Al-Hakim daripada Abdullah bin Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Uthman bin Sa'id daripada Abu Ubaid dan riwayat lain daripada Abu Dawud walaupun mengandungi kandungan hadis yang berbeza-beza, tapi salah satunya tetap mengandungi tentang niat.
AMALAN YANG DIJAUHI
Apa amalan yang perlu di hindari?
1) Tujuan untuk riya' sepenuhnya. (Contoh : Orang munafik + sembahnyangnya)
"Maka kecelakaanlah bagi mereka yang bersembahyang, yang lalai dari sembahyang mereka, yang menunjuk-nunjuk kepada manusia"(Surah al-Ma'un, ayat 4-6)
2) Amalan yang dilakukan kerana Allah, tetapi masih ada riya' bersama niat. Hadis Nabi SAW;
"Sesiapa yang sembahyang dengan riya', sesungguhnya dia telah syirik. Sesiapa yang berpuasa dengan riya', sesungguhnya dia telah syirik. Sesiapa yang bersedekah dengan riya', sesungguhnya dia telah syirik. Sesunggunya Allah berfirman: Aku adalah sebaik-baik musuh kepada sesiapa yang mensekutukan sesuatu denganku. Sesungguhnya segala amalannya, sedikit atau banyak, terserah kepada sekutunya yang dia sekutukan, dan Aku maha kaya daripadanya."(Riwayat Imam Ahmad meriwayat daripada Syaddad bin Aus r.a.; Ahmad (4/125&126). Rujuk : Majma' az-Zawaid (10/221).)
Tapi, pernah juga saya mendengar ada orang yang mempermainkan niat. Benda tak baik tapi niat baik. Bolehkah?
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
Dalam Islam, umatnya tidak pernah diajar untuk menghalalkan segala usaha untuk merealisasikan matlamat. Bahasa ringkasnya matlamat tidak menghalalkan cara.
Seperti biasa, hari Rabu adalah hari kokurikulum setiap sekolah. Semua pelajar wajib memakai pakaian seragam mengikut unit masing-masing. Terus terangnya, bagi unit yang pakaiannya agak tidak rasional dengan syarak adalah KRSM dan PKBM terutamanya ketika mereka memakai lengkap dengan aksesori sewaktu hendak berkawad (PBSM dan PPIM boleh tahan sebab tak ada tali pinggang). Tali pinggangnya yang ketat (memang tali pinggang ketat pun) tak sesuai dikenakan kepada mereka.
Bagi saya, jika itu tak sesuai, usah masuk pertandingan itu dan ini semata-mata kononnya menaikkan nama sekolah. Mudahnya gadaikan maruah dan dijadikan pelaburan untuk menebus kesenangan duniawi yang sementara.
Pakaian seragam muslimah sejati kokurikulum di peringkat sekolah (menengah terutamanya) perlu difikirkan rasionalnya. Beginikah pakaian yang mengikut syarak?
Wajarkah tukaran nilai dunia dan dengan di akhirat?
Budak tadika pun kalau ditanya tahu jawapannya.
Ingat matlamat untuk menaikkan nama sekolah, tidak pernah mengubah hukumnya menjadi halal. Ibarat membalut tubuh nangka saja. Bukan tutup aurat, tapi bungkus.
Tahu beza tutup dan bungkus bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!