Halaman

Nak Lari Rumah....!


 Nobita dan Doraemon

Suatu hari, Nobita berlari mendapatkan rakan serumah yang akrab dengannya, Doraemon.
Sejurus itu, dia segera menyatakan hasratnya,

"Doraemon, saya betul-betul nak lari rumah! Mama dan papa tak sayang Nobita lagi, kiranya betul-betul lah saya anak angkat mereka.."

Nobita menyenaraikan segala benda yang perlu dibawa bersama sebelum meninggalkan rumah. Tekadnya kuat benar kali ini. Namun begitu, perbuatan itu langsung tidak menarik minat Doraemon.

"Awak pun tak sayangkan saya ya?" tanya Nobita setelah Doraemon masih dingin dengan segala perbuatannya sebentar tadi.
"Komik, snek, bantal dan apa lagi ya.." Nobita berceloteh seorang diri.

"Hahaha...mana saya nak hairan. Setiap tahun, 2 hingga 3 kali awak mesti ada cadangan nak lari rumah!" kata Doraemon yang telah benar-benar masak dengan perangai bodoh Nobita itu.

Nobita kecewa. Namun, apakan daya. Dia tak mampu nak ke mana pun sekiranya tiada robot ajaib itu disisinya, Doraemon.

Akhirnya, Nobita meminta Doraemon supaya mereka ke masa lampau untuk memastikan dia benar-benar anak kandung Mama dan Papanya.

Demi kebaikan Nobita, Doraemon memenuhi permintaan itu.

HIDUP ITU RODA

Begitulah hidup kita sebagai seorang manusia. Tiada perkara yang enak sahaja menemui kita, tetapi pelbagai asam garam kehidupan. Kehidupan seorang budak seperti Nobita, seorang yang lemah, lembab dan lembik sering di marahi oleh mamanya dan di buli oleh giant. Tindakan Nobita nak melarikan diri dari rumah itu adalah langkah untuk lari daripada masalah.

Namun, bolehkah manusia lari daripada masalah?

Tidak. Walaupun sesuatu masalah dapat dielak, masalah baru malah yang lebih mencabar daripada sebelumnya akan timbul.

Saya percaya dan yakin, tiada manusia sebodoh dan selemah watak yang digambarkan sebagai 'Nobita'. Watak 'Nobita' adalah insan yang lemah daripada segala segi dan terpaksa dibantu hidupnya oleh 'Doraemon'. Kerana tiada watak seperti 'Nobita', maka tiada watak seperti 'Doraemon' di dunia yang nyata ini.

Pernah tak satu hari kita menghadapi perkara malang secara berturut-turut?

Aduh! Sakit kepala selalu...

Awal pagi lagi dah terbangun lambat untuk ke sekolah. Berpeluh-peluh berkejaran dengan bas sekolah. Tiba di sekolah kerja rumah pula lupa untuk diselesaikan. Ketika makan di kantin tercekek tulang ikan. Nak letak pinggan terjatuh pula ke dalam longkang. Masuk kelas lambat, free-free kena lecture dengan cikgu pulak.

Ketika pulang dari sekolah, terduduk atas kerusi basah dalam bas. Balik rumah kena lecture lagi dengan makbapak sebab tak buat kerja rumah. Nak turun tangga untuk siram pokok terseliuh tiba-tiba. Hinggakan, malam nak tidur pun terlupa pasang ubat nyamuk, sedap betul nyamuk merempit dekat telinga. Lebih ngeri, mimpi pun menakutkan!
Kena marah lagi!~

Mungkin tak adalah orang yang kena macam perenggan atas ni. Kalau ada...entahlah!

Saya sendiri pernah alami perkara malang 2-3 berturut-turut dalam satu hari. Kadang-kadang rasa macam diri sendiri tak ada guna untuk teruskan kehidupan. Tapi, memikirkan kematian itu lebih banyak kesedihan dan penyesalan berbanding kehidupan di dunia yang fana ini.

Saya yakin, anda sendiri mesti pernah ada pengalaman macam ni. Kalau tak ada baguslah. Kalau ada normallah sebagai manusia. Bukankah cabaran itu mematangkan diri manusia?

Tapi, ketika kena sesuatu musibah, perasaan sedih, malu dan kecewa kadang kala datang mengganggu diri kita. Sebagai hamba Allah, tak patut kita berasa begitu kerana itu adalah tarbiyah langsung daripada Allah. Untunglah sapa yang dapat!

SALAHKAH BERSEDIH?

Pengalaman penulis sendiri pun, kalau ter'kena' benda-benda alah ni memang sedih. Rasa macam ada yang tak kena dengan perbuatan, percakapan atau niat dalam hari tu. Bila muhasabah balik, barulah ingat ada pelbagai ibadah yang terlupa untuk dilaksanakan seperti solat rawatib, tahajjud, membaca al-Quran dan ma'thurat.

Kalau dah buat benda-benda ni, insyAllah sekelip mata sahaja jiwa akan jadi tenang walaupun seharian kita di cemuh orang ataupun apa-apa musibah lain.

Kadang-kadang kita kena ada rasa sedih jugak. Sebab, kalau kita selalu hepi, tentu mudah untuk lupa diri, kan?

Tapi, tak boleh lah bersedih lama-lama. Yang tu macam tak redha dengan ketentuan Allah pulak dah.

Anda tengah bersedih?

Kalau ada, saya mahu kongsikan sesuatu bahan bacaan yang dapat meningkatkan motivasi. Kalau tak bersedih baca saja lah, untuk pengetahuan dan peringatan.

Menangislah puas-puas agar tak menangis di kemudian hari..

Semalam, saya terbaca buku 'Kitab Tauhid', terbitan Pustaka Salam dan penulisnya ialah Abdul Majid Aziz Azzindani.

Petikan tersebut lebih kurang berbunyi begini;

Kalaulah dunia itu harganya sebesar sayap lalat, maka Allah tidak akan membiarkan seorang pun orang yang kufur terhadap Allah di muka bumi.

Faham tak apa maksud petikan atas?

Dalam huraian lain, penulis buku tersebut kata sekiranya dengan kekufuran manusia itu mengurangkan kekuasaan kerajaan Allah, maka Allah akan pastikan tiada yang kufur terhadapnya.

Sekarang ramai orang kafir dalam dunia ni. Ini memberi maksud bahawa harga dunia adalah lebih murah daripada sayap seekor lalat.

Jadi, apalah sangat nilai kita bersedih atas kejadian yang menimpa kita?

Adakah Allah memandang kelemahan dan kehinaan yang orang lain lemparkan kepada kita? Sedangkan kita semua sesama manusia adalah HAMBA Allah.

Apalah sangat nak malu dengan kegagalan kita untuk melakukan yang terbaik sampai termenung lama-lama kerana kekesalan dengan perkara yang sudah berlalu?

Sejukkanlah hati...tenangkan minda..., lapangkanlah dadamu.. 

وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah maha mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah al-Baqarah ayat 216)

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ   
 
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali-Imran ayat 139)

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

(Surah al-Baqarah ayat 45)

إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ

“Sesungguhnya Allah  telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…”

(Surah at-Taubah ayat 111)

حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ

“Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selainNya. Hanya kepadanya aku bertawakkal.”

(Surah at-Taubah, ayat 129)

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dan mengatakan; “kami beriman,” sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Banyaknya Allah dah menyatakan ayat-ayat memujuk orang-orang mukmin. Soalnya, adakah kita sedar akan hakikat ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!