"Eh, ni salah tanda..maknanya betul jawapan ni!" serangkap kata-kata terungkap oleh seseorang ketika mendapati kesalahan dalam kertas Biologi yang baru diterima mempunyai beberapa kesalahan.
"Nak tanya cikgu, tak?" soalan yang tidak memerlukan jawapan.
"Tunggu bincang jawapan dululah...lepas habis nanti kita tanya. Barulah orang bertamadun sikit," balas rakannya dengan nada sinis.
Pasti, setiap kali ketika selesai peperiksaan, setiap pelajar mempunyai target yang tersendiri. Segala usaha susah payah sebelum ini mungkin ada 'baloi'nya apabila menatap markah yang memuaskan hati.
Namun, sesiapa saja akan berasa resah dan sedikit kekecewaan sekiranya tidak mendapat markah yang telah ditargetnya walaupun sudah berusaha keras, study gaya smart sekalipun.
Begitu juga penulis. Kita sudah tentu boleh meneka skala markah yang akan diperoleh dengan usaha sebelumnya, kan?
Opss...bukan itu yang nak diceritakan di sini. Terlajak cerita pulak.
Setelah berbincang jawapan, memang benar ianya tersalah tanda.
Oleh kerana terlalu excited, terlepas juga perkataan 'yesssss!'
Sebelum ini, penulis berpantang arang mengeluarkan kata-kata seumpama itu.
Banyak kali orang lain ditegur dek mengucapkan perkataan sia-sia yang tidak mengagungkan Allah, akhirnya terkeluar mulut sendiri kadang kala.
Penangan pengaruh ataupun uruf wal adat sekitar memang mengoyahkan. Walaupun sudah berjaga-jaga, kadang-kadang terlepas pandang.
Kita manusia biasa.
Yang penting, mintalah kepada Allah supaya sentiasa ditetapkan hati.
PUJIAN KEPADA ALLAH
"Bagaimana keadaan mu pagi ini?" tanya Umar ketika bertembung dengan dengan seorang lelaki dipertengahan jalan.
"Baik wahai Amir al-Mukminin," orang itu menjawab.
"Bagaimana keadaan mu pagi ini?" Umar mengulangi pertanyaannya.
"Baik," lelaki ini menjawab lagi. Hatinya kehairanan dengan perbuatan Umar yang bertanya kepadanya soalan yang sama.
"Bagaimana keadaan mu pagi ini?" Umar bertanya lagi kali ketiga.
"Baik, alhamdulillah," lelaki itu menyusun ayat lain.
"Itulah jawapan yang aku inginkan," balas Umar apabila mendengar perkataan 'alhamdulillah'.
TIKA ITU
"Tengok langit...waaaaaaahhhh, canteknya!", kagum dengan awan pagi yang terbentuk di pagi hari seolah-olah membentuk diffraction+interference.
"Waaaaaaaaahhhh!" kata-kata disambut oleh orang lain dengan lebih panjang lagi.
Banyak lagi situasi yang kadangkala kita tak sedar, terungkap perkataan yang sia-sia.
"Waahh, cantiknya!" mendahului Subhanallah dan Allahuakbar.
"Yessss!" atau "Wau" mendahului Alhamdulillah.
"Aduh, sakitnya!" atau "Opocot" mendahului Innalillahi wa inna ilahirajiun.
"Adoooiyai..." mendahului Masyaallah.
Benarkah lisan kita sebegitu?
Rujukan : Dengan NamaMu Aku Hidup-Asmaul Husna, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat (Kemilau Publika, 2009)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!