Halaman

Tak Faham Bahasa

Cikgu Rosmaizar (berbaju merah jambu). Sumber : Fb Ckgu Zaharah

Di suatu pagi Khamis, kelas kami ke Makmal Fizik untuk memulakan pelajaran tersebut.

"Oi, oi....", sergah seseorang di luar makmal melalui tingkap.

Saya berpaling ke arahnya. Oh, makcik Gayah....pembantu staf sekolah.

"Cikgu mana?", tanyanya setelah mendapati tiada guru di hadapan.

"Cikgu keluar tadi.", saya menjawab.

Tetapi makcik itu segera mengulangi pertannyaannya. "Cikgu mana?"

Saya menjawab lagi, "Cikgu keluar tadi."

Sekali lagi, dia mengulangi pertanyaannya dengan nada suara yang tinggi!



Saya tidak memahami mengapa makcik itu begitu marahkan saya dipagi hari yang suram itu.
Ketika itu juga ada beberapa orang rakan sekelas saya mendengar pertanyaan itu dan berkata kepada makcik tersebut, "Cikgu Rosmaizar...".

Laaa...itukah jawapan yang dia mahukan?
Bukankah perlu dia berkata, "Siapakah cikgu yang sedang mengajar sekarang?"

ROSAK BAHASA

Peristiwa di atas adalah salah satu peristiwa yang menunjukkan kepada kita betapa pentingnya laras bahasa yang digunakan dalam percakapan seharian.

Bahasa yang salah bukan saja menyebabkan komunikasi tidak berkesan, tetapi juga boleh menimbulkan pelbagai lagi implikasi negatif.
Bergaduh, salah faham dan banyak lagi.

Percakapan jelas, terang akan sesuatu maksud yang hendak disampaikan sangatlah penting. Kalau peristiwa yang dialami di atas, mungkin tidak memberikan kesan yang besar. Namun, cuba anda bayangkan bagaimana seorang pendakwah menyampaikan kuliyahnya dan berkata begini,

"Solat ni tak payah!"

Daripada penyataan di atas, boleh membawa dua maksud yang berbeza.

MAKSUD 1 : Mudah, tidak susah.
MAKSUD 2 : Tak perlu.

Apa jadi kalau orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, yang datang daripada pelbagai latar pendidikan mendengar penyataan itu dan menafsirkan ayat itu sebagai MAKSUD 2?

Berbahasa dengan betul bukan saja diperlukan dalam percakapan. Dalam tulisan juga.
Saya tidak suka bahasa singkatan seperti dibuang huruf-huruf tertentu dalam perkataan yang ditulis.
Bukan itu saja, ada pulak yang campurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat!

Kalau nak juga tulis dalam bahasa Inggeris, tulislah perkataan itu dengan sempurna, lengkap dan struktur ayat english dengan betul. Tulis bukan nak tunjuk staillah!!

Salah faham mencetuskan kemarahan

Sukar untuk orang seperti saya memahaminya.
Saya sangat risau sekiranya saya faham benda lain, lain pula maksudnya.
Entah apa yang hendak disampaikannya, tidak tahulah.


BERBAHASALAH DENGAN SOPAN

Tidak kira dengan siapa sekalipun kita bertutur, kesopanan dan adab perlu dijaga.
Allah SWT telahpun memerintahkan kepada kita,

وَقُولُواْ لِلنَّاسِ حُسْنًا
"...dan katakanlah kepada semua manusia perkataan-perkataan yang baik.."
(Surah Al-Baqarah, ayat 83)

وَقُل لِّعِبَادِى يَقُولُواْ الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
"Dan katakanlah kepada hamba-hambaku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...."
(Surah Al-Isra', ayat 53)

Berbahasa, tak kira dari segi perkataan ataupun tulisan sekalipun, perlulah di jaga kualitinya. Jangankan kerana bahasa, habis seluruh bangsa berpecah akibat kesalahan sekecil itu.

2 ulasan:

  1. ooooohooo sungguh terasa berdegum-degum sekali..

    Ok-ok. Nanti akan ku perbaiki bahasa ku wahai adik.

    Haish tembak karang.

    Hadey.. terasa weh.

    BalasPadam
  2. wakakaka...siapa makan cili dia terasa pedas..

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!