Pada suatu malam ketika peperangan, Umar bin al-Khattab sebagai pengawal tentera berjaya menangkap seorang Yahudi.
Dia di bawa kepada Rasulullah SAW.
"Sekiranya kamu memberikan jaminan keselamatan kepadaku, aku akan ceritakan kepadamu perkara yang menyebabkan kamu berjaya," kata lelaki Yahudi itu ketakutan.
"Ceritalah, kamu diberi jaminan keselamatan," para sahabat meyakinkannya.
"Penduduk kubu ini telah bosan dan letih. Ketika aku keluar, mereka sedang menghantar anak-anak mereka ke kubu shaq dan akan keluar memerangi kamu pada hari esok," lelaki itu berjanji.
"Sekiranya kamu berjaya menawan kubu ni, aku akan tunjukkan tempat simpanan manjanik, kereta kebal, baju besi, dan pedang yang memudahkan kamu menawan kubu-kubu lain," tambah lelaki itu lagi.
PERANG KHAIBAR
Satu-satunya perang yang terletus dalam bulan Muharram ini adalah perang Khaibar.
Perang ini terletus pada bulan Muharram tahun 7H.
Muharram adalah bulan larangan daripada berperang, berdasarkan ayat al-Quran:
"Mereka halalkan dia di satu tahun kerana hendak mereka genapkan bilangan bulan yang di haramkan oleh ALLAH, lalu mereka halalkan apa yang diharamkan oleh Allah."
(Surah At-Taubah, ayat 37)
Berdasarkan tafsir al-Azhar, 4 bulan yang dihormati itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Ianya diharamkan daripada berperang dan membalas dendam. Bulan Muharram diharamkan berperang kerana jamaah haji baru pulang daripada menunaikan haji di Makkah.
Mengapa Rasulullah SAW menyerang orang-orang Yahudi di Khaibar pada bulan ini?
Baginda tidak tergesa-gesa sebenarnya.
Tindakan baginda adalah yang paling wajar sekali, walaupun tidak menunggu dahulu dalam bulan Safar.
Hal ini kerana orang Yahudi inilah penggerak utama kepada pembentukan tentera Ahzab yang menyerang Rasulullah SAW dalam perang khandak.
Mereka mengadakan pelbagai perjanjian dengan orang-orang Arab untuk memerangi Rasulullah SAW.
Musuh perlu di tangani segera. Takkan cangak saja?
Maka dengan itu, Rasulullah SAW mengajak orang-orang Arab yang tinggal di sekeliling madinah dan yang pernah menyertai perjanjian Hudaibiah. Rasulullah SAW juga amat menitik beratkan keikhlasan dalam tentera yang menyertainya.
Baginda menyuruh jurucakapnya berkata:
"Mereka yang dibenarkan ialah mereka yang keluar kerana ingin berjihad. Mengenai harta ghanimah pula, aku tidak akan memberikan kepada kamu walaupun sedikit."
Apabila sampai di Khaibar, tentera muslimin melaungkan takbir dan doa.
Doa senjata mukmin |
"Sebutlah dengan perlahan. Sesungguhnya kamu bukan berdoa kepada yang pekak dan tidak ada bersama-sama kamu. Kamu berdoa kepada yang Maha Mendengar, dekat dan Dia bersama kamu."
Peperangan khaibar ialah peperangan yang melibatkan penawanan benteng-benteng Yahudi di Khaibar.
Kubu khaibar terdiri daripada 3 bahagian:
1) Nithoh;
2) Katibah;
3) Syaq;
Rasulullah SAW adalah seorang yang bijak mengatur strategi. Baginda mengarahkan supaya pokok-pokok di tebang untuk menakutkan dan memaksa Yahudi menyerah diri.
Namun begitu, penebangan di hentikan setelah musuh menunjukkan reaksi untuk tetap berperang.
PERANAN PEMUDA
Saidina 'Ali bin Abi Talib dalam usia yang muda memegang panji-panji dalam peperangan ini.
Semangat orang muda.
Saidina 'Ali berjaya membunuh Marhab, iaitu musuh yang paling berani dalam kalangan orang Yahudi.
Saudara Marhab, Yasir telah di bunuh oleh Zubair bin al-Awwam.
Peperangan berlaku. Kemenangan nampaknya berpihak kepada umat Islam setelah Abu Dujanah al-Ansari telah bertindak berani dengan memasuki kubu secara kekasaran iaitu menggunakan senjata.
Setelah itu juga, Saidina 'Ali bin Abi Talib berjaya menawan Sofiyyah binti Huyai bin Akhtob* di kubu Katibah.
DIRACUNI WANITA YAHUDI
Dalam peperangan ini juga, Rasulullah SAW di hadiahkan oleh seorang perempuan Yahudi bahagian betis kambing yang telah di racuni.
Sahabat Rasulullah SAW, Bisyr bin al-Barra'** telah meninggal dunia setelah termakan daging kambing itu.
ALLAH tetap memelihara Rasulullah SAW daripada di racuni.
Kemudian, Rasulullah SAW memanggil perempuan tersebut dan bertanya mengapa berbuat begitu. Dia menjawab:
"Kerana aku berkata kepada diriku: Sekiranya dia benar-benar seorang nabi, perbuatan ttersebut tidak akan mendatangkan mudharat kepadanya. Sekiranya dia berbohong, Allah akan menyelamatkan kami daripadanya."
Mendengar penjelasan tersebut, baginda segera memaafkannya.
Wow..!
Rasulullah SAW sentiasa memaafkan
Langsung tiada dendam kesumat dalam diri baginda SAW.
Inilah nilai yang patut di contohi umatnya.
*Sofiyyah telah memeluk Islam setelah berkahwin dengan Rasulullah. Beliau adalah anak ketua bani Nadhir. Kedudukannya dimuliakan dengan Ummu Mukminin. Pembebasannya adalah mas kahwin yang diberi.
**Bapanya salah seorang naqib khazraj yang dilantik ketika bai'ah aqabah dan Bisyr turut menyertai bai'ah tersebut. Beliau menyertai peperangan Badar dan peperangan selepas itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!