Halaman

"Sir Aku Cakap"

Liyana bersama buku kesayangannya

"Sir aku cakap macam ni," ujar seorang rakan sekelas saya ketika bertanya kepadanya bagaimana beliau menyelesaikan soalan Matematik Tambahan yang agak sukar bagi saya memikirkan penyelesaiannya, iaitu Probability Distribution.

"Cikgu tuisyen aku ajar cara lagi pendek. Macam ni," seorang rakan saya lain cuba membantu.

"Sir aku kata soalan ni boleh selesaikan begini," sampuk seorang lagi.

Itu situasi pertama. Kemudian situasi kedua adalah seperti berikut.

"Sir aku cakap, carboxylic asid apabila dicampur dengan alkohol akan terhasil ester," kata seorang rakan saya ketika melakukan ulangkaji kertas percubaan SPM.

"Electolyte tuh, kalau nak bagi tingkatkan konduktiviti, kena tambah cryolite, sir aku ada habaq masa kat tuisyen semalam," tambah seorang yang lain.



Adoi. Ketika itu, saya ibarat tenggelam dalam mendengar "sir aku kata". Bukan kerana maklumat itu tidak saya ketahui, tetapi saya hairan kerana apa yang diperkatakan itu sudahpun dimaklumkan oleh cikgu-cikgu yang mengajar di sekolah, di dalam kelas.

Kata-kata cikgu Azlin [guru kimia] dan cikgu Faridah [guru matematik tambahan] mengenai apa yang dibincangkan masih segar dalam ingatan saya. Herot juga mulut saya bila mendengar "sir aku kata".

"Itu cikgu penah sebut masa kat makmal kimia dulu," sekali sekala, saya membetulkan ayat mereka hendak menghilangkan ketaksuban cikgu di tuisyen kerana berbicara tanpa lupa untuk menyertakan sanadnya iaitu, "sir aku kata".


TUISYEN ITU KEPERLUANKAH?

Selepas tamat PMR dan mendapat tawaran ke SMKA(P) Almashoor, saya sering ditanya oleh beberapa junior, "Kenapa nak pindah?"

"Nak ambik tuisyen kat rumah. Duduk asrama tak da tuisyen," saya memberikan jawapan yang tidak pasti tahap apakah kerasional alasan itu diberi, sedangkan saya tidak pernah bertekad untuk ke kelas tuisyen.

Itu bukanlah alasan utama saya berhijah. Alasan itu hanya diperkatakan kerana malas hendak berbasa basi.

Kabinet Banat yang masih menetap di Islah

Sekolah Menengah Al-Islah terletak di Tikam Batu, Kedah Darul Aman. Rumah saya di oversea iaitu Sungai Ara, Pulau Pinang. Jaraknya memakan masa kira-kira satu jam lebih perjalanan.
Untuk mengikuti kelas tuisyen nampaknya agak mustahil kerana SM Al-Islah terletak di dalam kampung dan agak sukar untuk ke bandar, andainya tiada kenderaan.

Jalan mudah ialah berpindah sekolah di Pulau Pinang.

Namun, setelah hampir 5 bulan di SMKA(P) Almashoor, saya tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk diri saya sendiri, mengapa perlu ke kelas tuisyen.

MENCARI SEBAB

Tidak saya nafikan, markah subjek kimia ketika ujian pertama saya tidak memuaskan. Hanya 57%. Gred D. Tidak pernah saya mendapat markah se'cantik' itu. Itulah kali pertama dan terakhir sepanjang 4 tahun bersekolah menengah.


Saya akui, saya bukanlah seorang pelajar genius dan bijak. Saya seorang sederhana. Namun, saya masih yakin pada diri saya bahawa, itu bukanlah markah sepatutnya yang saya terima. Saya yakin, saya mampu untuk melakukan ulangkaji sendiri walaupun jauh ketinggalan dalam mata pelajaran kimia dengan sedikit bimbingan guru di sekolah dan kakak saya di rumah.

Orang yang berjaya, bukanlah bacaan IQnya yang tinggi, tetapi usaha dan kerajinan yang melengkapkan sebuah kecemerlangan di sertai dengan tawakal, penyerahan kepada Allah. Itulah prinsip yang saya pegang. Ada benarnya.

"Tak dop gapo pon gi tuisyen tuh. Budok-budok sekalo nak gi kkawe jah. Mugo hok serupo belako denga cekgu aja dale kelah. Tok mustohok pon [Tak dak apa pun kalau pergi tuisyen tuh. Budak-budak selalunya nak pegi berkawan ja. Benda sama ja dengan cikgu ajar dalam kelas. Tak mustahak pun]," ini pendapat emak saya ketika saya bertanyakan pendapatnya adakah saya perlu ke kelas tuisyen.

"Hurmm.., kalau rajin tak yah pegi kot. Aku pegi sebab malas nak ulangkaji sendiri," ini pendapat rakan saya sekelas ketika ditanya mengapa beliau ke kelas tuisyen, bukan satu subjek yang diambil. Tetapi 4-5 subjek. Dan, saya dapati beliau bukanlah seorang pelajar yang kurang tahap kelajuan mendapat kefahaman.

"Di universiti nanti tak de tuisyen dah. Nanti kena ubah cara belajar daripada spoonfeed kepada sendirian berhad," ini nasihat kakak saya pula.

Itulah antara jawapan yang saya dapat apabila mencari sebab untuk ke tuisyen.

Memikirkan rutin yang penat, tidak mungkin bagi saya untuk memberikan tumpuan 100% dalam kelas tuisyen setelah penat di dalam bilik darjah di sekolah hingga lewat petang.

Wang yang dilaburkan sia-sia.

Apa yang tidak saya fahami dalam kelas, saya akan berjumpa direct dengan guru yang mengajar di bilik guru selepas kelas. Selesai kes!


MENJAGA HATI SI GURU

Andai saya yang menjadi guru, sudah tentu saya akan berkecil hati apabila ada pelajar saya berkata, "sir aku kata." Padahal perkara yang sama telahpun disebutkan di dalam kelas pengajian.

Cikgu Azlin ketika anak dara lagi semasa teknik menjawab Kimia
di Kepala Batas:)

Guru-guru di sekolah dibayar oleh kementrian pelajaran dengan gaji tetap, tidak seperti guru di tuisyen. Mereka juga mengetahui silibus sekolah terkini. Secara zahir, mereka lebih ikhlas mencurahkan bakti ilmu kepada anak muridnya. Guru-guru di tuisyen kebanyakan berotak bisnes.

Mahukan keuntungan.

Ada duit, adalah pengajaran. Tak ada duit, tak adalah pengajaran.

Saya juga sudah tentu akan tersinggung, andai ada pelajar saya yang selalu tidak hadir dalam kelas di sekolah, tetapi kelas tuisyennya dengan guru lain tidak pernah sekalipun dipontengnya!

Sekolah, tidak hadir pada siangnya atas alasan tidak sihat, manakala kelas tuisyen dihadiri meskipun hingga lewat malam. Apakah ini namanya pengorbanan seorang pelajar yang berakhlak terhadap gurunya?

Betulkah sikap begini?


*Foto ihsan : Rakan-rakan di facebook..

5 ulasan:

  1. nice one my friend

    BalasPadam
  2. assalamuualaikum,
    saya setuju benar dengan artikel ini.
    rasanya, hanya palajar yang tidak dapat mendisiplinkan diri pada pembelajaran akan menhadiri kelas tuisyen. ataupun inginkan 'glamour'.....
    ikut 'trend' kata orang
    namun, masih ramai pelajar di luar sana tidak menghadiri kelas tuisyen masih mampu mencapai 'straight A's. semuanya bertitik tolak pada pemikiran masing2.

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam.
    Ya, saya setuju pendapat di atas.. :)
    Pemikiran dan perspektif kebanyakan pelajar menjadikan tuisyen sebagai perkara yang MESTI adalah kurang tepat, kerana kepandaian dan kecekapan tidak datang selagi KEMAHUAN tiada.

    BalasPadam
  4. salam saudari yg mulia,
    alhamdulillah sy ditemukan dgn blog yg mesra dakwah ini. molek kiranya segala hasil nukilan ini dibukukan utk bacaan remaja di luar sana suatu hari nnt. sdgkan sy yg dewasa ini pun sudah terkesan dgn jalan penceritaannya. moga ada penerbit buku yg terbaca nukilan saudari ini, Insya Allah amin 99x :)
    - Ain Lam Mim -

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!