BAHAN BAHAN
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
6 biji bawang putih (dimayam)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1 ketul dada ayam + air + garam (direbus)
1 tin susu cair (sejat)
2 sudu senduk minyak masak
2 pinggan makan cendawan (pelbagai cendawan)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1) Panaskan minyak masak dalam periuk. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Tumis hingga naik bau, tetapi jangan sampai garing.
2) Masukkan cendawan ke dalam periuk. Pasang api sederhana kecil. Tudungkan periuk. Sekali sekala gaulkan cendawan setiap 4-5 minit hingga air sedikit kering.
3) Masukkan air rebusan ayam dan potong dada ayam kecil-kecil. Masukkan dada ayam ke dalam sup. Jika kuah sup terlalu sedikit dan pekat, masukkan segelas air (atau lebih bergantung kepada tahap kepekatan yang anda mahukan).
4) Masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi empuk.
5) Kecilkan api. Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisarkan sekitar 2 saat supaya tidak terlalu hancur cendawannya. Kalau anda suka makan sup cendawan macam bubur bayi, bolehlah kisar sehingga hancur lumat.
6) Masukkan sup yang sudah dikisar tadi ke dalam periuk kembali.
7) Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk.
8) Masukkan susu cair dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
9) Jika anda mahukan sup menjadi pekat, masukkan sedikit tepung jagung. Gunakan jenis cendawan yang segar, jangan gunakan cendawan di dalam tin kerana akan mengurangkan rasa. Masukkan pelbagai jenis cendawan segar untuk menyempurnakan rasa sup cendawan.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!