Halaman

E-Book Percuma Panduan Tatabahasa Bahasa Arab

Sebuah e-book istimewa untuk rujukan bagi mereka yang telah/sedang mempelajari Bahasa Arab Tinggi, peringkat SPM. Nota sangat ringkas dan padat, oleh itu, tidak bersesuaian bagi mereka yang tidak mengetahui asas bahasa Arab terlebih dahulu.

Nota yang menggabungkan hukum-hukam microsoft word, iaitu menggunakan jadual, smart art dan pelbagai fungsi yang menarik untuk dilihat. Terdiri daripada semua tajuk qawaid (nahu dan sorof), serta balaghah mengikut silibus Bahasa Arab Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2010. Gunakan e-book ini pada i-pad atau telefon pintar anda untuk memudahkan rujukan dan hafalan serta mudah dibawa ke mana-mana dalam memantapkan tatabahasa bahasa Arab. Sifar alasan!

Insya Allah e-book ini percuma dan akan sentiasa percuma.

Disklemer : Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa kesilapan dan kesalahan semasa menjawab peperiksaan bulanan atau penggal, lebih-lebih lagi semasa SPM atas kecuaian pemahaman terhadap tabiat nota yang ditulis. Sebarang komen atau cadangan pembetulan bolehlah diemelkan kepada penulis.

Berwarna, saiz kertas untuk dicetak B5, 26 muka surat (termasuk muka depan).

Diterbitkan pada 20 Disember 2012M / 6 Safar 1434H.

Anda boleh memuat turun di sini (link)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!