Halaman

Rawatan Pergigian Untuk Dummies - 1

Barang-barang di makmal simulasi akan menjadi hak milik kami
sepanjang satu tahun bermula hari inventori
Post kali ini, saya nak bercerita tentang aktiviti/rawatan yang berkaitan subjek cons yang kami buat sepanjang blok 1 tahun 2. Rawatan-rawatan yang melibatkan cons ini biasanya akan menggunakan senjata utamanya, iaitu handpiece.

Semasa kali pertama dapat tekan pedal suis handpiece, memang mengujakan. Main sembur air, sembur angin. Sembur angin kat muka sendiri, sembur kat muka kawan sebelah! Maklumlah, benda baru dapat sentuh. Dulu pernah tengok di klinik je, tak berani nak pegang-pegang pun, apalagi nak main picit-picit. Sekarang akhirnya bertemu peluang, sudah pasti tidak dilepaskan.

Apa yang menjadi tulang belakang proses pembelajaran subjek ini ialah... gigi-gigi orang yang dikutip dari klinik. Ya, gigi yang asli. Setiap pelajar perlu menyediakan sendiri gigi yang sesuai untuk latihan sebelum tiba masanya. T.T

Handpiece di makmal simulasi

MEMBUAT BENTUK GEOMETRI
Ini adalah latihan semata-mata. Tidak akan dibuat pun dalam mana-mana rawatan di klinik. Latihan ini hanya untuk membiasakan tangan dan jari jemari untuk mengendalikan handpiece dan asas pergerakan yang berkaitan.
Cross-shaped - exercise 2

RUBBER DAM ISOLATION
Ada sesetengah rawatan pergigian yang memerlukan bebas dari sebarang lembapan untuk mendapatkan kualiti yang terbaik. Disebabkan dalam mulut kita penuh dengan lembapan seperti air liur dan darah, maka rubber dam isolation adalah salah satu cara mengasingkan gigi yang mahu dirawat dari sebarang lembapan.
Multiple teeth rubber damn isolation

PRR TYPE I
PRR atau nama panjangnya preventive resin restoration. PRR jenis I juga dikenali dengan fissure sealant. Fissure ialah garisan-garisan seperti longkang kalau anda lihat pada permukaan gigi geraham (oklusal). Jadi, apa yang dibuat untuk rawatan ini, longkang itu ditutup (seal) supaya mengelakkan bakteria bertakung dalam tu. Antara kriteria yang menyebabkan perlunya seseorang pesakit itu membuat rawatan ini ialah tahap kebersihan mulut yang rendah, atau terdapat banyak gigi yang dijangkiti karies dan longkangnya terlalu dalam.
Latihan PRR & Class I Composite Restoration dibuat atas mould mandibular

PRR TYPE III
PRR jenis III, adalah satu rawatan yang melibatkan gigi berkaries atau yang berkemungkinan ada karies. Setelah karies dibuang, bahan tampalan (resin composite) akan diletakkan. Setelah bahan tampalan mengeras, fissure sealant akan diletakkan.
Antara alatan/instrumen yang digunakan sepanjang aktiviti cons

CLASS I COMPOSITE RESTORATION
Rawatan ini dinamakan 'class I' tidak melambangkan harga rawatan yang mahal, tidak juga menggambarkan kualiti rawatan yang terbaik. 'Class I' adalah klasifikasi yang dinamakan mengikut tempat tampalan itu dibuat. Jika kelas I, maka tampalan itu dibuat pada longkang gigi geraham. Jika kelas II, tampalan itu dibuat pada permukaan sebelah mesial atau distal iaitu melibatkan ruang interproximal. Begitulah kelas III, IV, V dan VI.

Manakala 'composite' adalah bahan yang digunakan untuk diletakkan ke dalam lubang gigi yang telah dicuci dan dibersihkan. Antara kelebihan bahan ini ialah berwarna putih dan mempunyai hubungan (bonding) antara bahan dan struktur gigi itu sendiri; menjadikannya lebih estetik dan stabil.


CLASS I AMALGAM RESTORATION
Rawatan ini masih perlu kami belajar kerana bahan ini masih digunakan dengan meluas di Malaysia. Di negara-negara maju seperti Jepun, Norway, Ireland dan lain lain; mereka telahpun meninggalkan bahan ini. Amalgam mempunyai isu tentang kandungan toksiknya iaitu merkuri. Selain itu, merkuri juga tidak mempunyai nilai estetika, yang mana ciri estetika adalah antara perkara pertimbangan yang penting dalam rawatan pergigian.
Kualiti tampalan amalgam bergantung kepada kecermatan operator yang mengendalikan rawatan


Mengekalkan gigi ciptaan Allah yang asal itulah visi dan misi dalam subjek cons ini. Bahan tampalan yang digunakan untuk merawat kerosakan gigi tidaklah se-stabil gigi sempurna ciptaan Allah. Cabutan gigi adalah opsyen terakhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!