Halaman

Selamatkah Selepas Merdeka?

Perbincangan kumpulan

"Aku nak cerita satu benda kat ampa semua ni," Muna memulakan bicara, pekat penangnya memang tidak dapat disangkal lagi.

"Kat sekolah adik aku, budak-budak lagi sekolah dia selamba isap benda tu!" beliau menyambung cerita.

"Tak puasa? Budak laki mana ada period.." saya bertanya untuk kepastian.

"Tak puasa tu satu hal. Boleh la terima, tapi..depa tu isap dadah!", Muna bercerita dengan semangatnya sambil membulatkan biji mata, terus memukau bagi sesiapa yang mendengarnya untuk mengetahui lebih lanjut.

"Astaghfirullah. Apa nak jadi. Adik ampa tak bagitau cikgu?", saya kaget.

"Depa ugut tau...", perkataan 'akhir' itu tak tergamak untuk saya catatkan di sini.

Seramnya memikirkan masalah penyakit sosial yang semakin parah kini. Rasa tak selamat, tak bahagia dan tak aman di negara sendiri, meskipun sudah lebih lima puluh tahun merdeka.

Umur lima puluh tahun itu, sudah cukup matang kalau kiranya, negara kita sudah setanding dengan negara-negara maju, sudah dewasalah kiranya.



Kenapa negara kita masih lagi terkontang kanting untuk menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak dan moral ini? Hurm..kalau wabak H1N1, bijak pulak kerajaan ambil tindakan berjaga-jaga seperti nasihatkan rakyat supaya menjaga kebersihan tangan dan lain-lain lagi.

Kerajaan juga sanggup habiskan sebahagian wang untuk mengiklankan cara pencegahan daripada wabak berbahaya untuk mengelakkan negara terus dibelenggu oleh  tentera Allah sekecil-kecil itu, kuman.

ALAMAK, KES BUNUH LAGI

Sebut saja nama Datuk Sosilawati, semua orang tahu. Orang kaya, jutawan tetapi akhirnya maut dalam keadaan yang tragis dan mengerikan. Tiada orang yang mengimpikan kehidupannya diakhiri seperti yang berlaku terhadap beliau.
Saya tak mahu ulas tentang perkara ini, nanti tak kesampaian pula apa yang saya nak berkongsi kali ini.

Bermula kes pembunuhan kejam Mona Fendi, kemudian Norita, seterusnya Altantuya dan kali ini melibatkan jutawan, Datuk Sosilawati pula. Setiap hampir genap setengah dekad, kejadian seperti ini seakan-akan menjadi kemestiannya. Nauzubillah, moga kes kejam ini terhenti setakat ini. Mengapa ibrah tidak dapat dijadikan sempadan terhadap kisah-kisah silam?

Lihat kembali terhadap kisah-kisah menyayat hati ini. Ke manakah pembunuh itu melarikan diri?
Apakah kesudahan setiap kes ini disaksikan hukuman qisas (bunuh balas)?

Seperti kes pembunuhan Altantuya misalnya, dalang dan suspek pembunuhan dibiarkan bebas berkeliaran, manakala orang yang tidak bersalah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Mungkin puncanya campur tangan politik. Politik yang kotor dan tidak telus.

Bencinya penulis dengan orang Politik yang suka menjadikan medan hukum Allah sebagai bahan permainan, dikatakan kuno, kejam dan banyak lagi.

Hasilnya, pencegahan tidak berlaku kerana dakwaan-dakwaan bodoh orang yang cintakan dunia seperti mereka. Mereka memprovok orang bukan Islam bahawa hukum hudud dan qisos adalah kejam dan tidak berasas serta tidak dapat dilaksanakan lagi pada era globalisasi ini.
Cuba perhatikan konklusi ayat daripada surah an-Nisa ini :



تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ وَذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ  وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ نَارًا خَـٰلِدً۬ا فِيهَا وَلَهُ ۥ عَذَابٌ۬ مُّهِينٌ۬

"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.".

(Surah An-Nisa', ayat 13 dan 14)

Termasuk kes zina, buang bayi, apa-apa kes jenayah yang mencekek di Malaysia bertuah ini, tidak akan selesai andainya masih tidak mahu menggunakan acuan yang telah disarankan malah diperintahkan oleh Allah SWT. Jelas firman Allah di atas, dengan patuh terhadap syariat Allah, barulah manusia dikurniakan kejayaan, sebaliknya derhaka, maka azab seksa yang amat menghina adalah hasilnya.

Maka, tidak hairanlah Malaysia yang sudah merdeka lebih lima puluh tahun ini, masih seperti pening lalat untuk mencegah statistik jenayah yang kian meningkat. Nak lawan ketetapan Allah, tak ke mana la jugak akhirnya. 

GAMBARAN MASA DEPAN NEGARA

Meminjam kata-kata seorang tokoh ilmuan, beliau berkata, kalau nak lihat bagaimana keadaan negara dimasa hadapan, lihatlah pemuda pemudinya.
Ya Allah, bantulah Malaysia!!

Mana mungkin orang-orang yang ada 'genetik' bunuh orang dalam keturunannya boleh menjadikan negara ini terus makmur. Tidak logik lagi, apabila anak-anak bekas pemakan rasuah suatu ketika dahulu akan berjaya memerangi politik kotor.

Bagaimana bapa yang korup boleh melahirkan anak
yang jujur tanpa didikan agama?

Remaja yang sudah rosak 'mesin hidup'nya akhirnya akan mengembangkan zuriat yang tidak soleh sepertinya. Kalau dia lelaki, maka dia menjadi seorang ayah yang menurunkan tabiat buruk kepada anaknya. Kalau dia seorang perempuan, maka dia adalah seorang ibu kepada anak yang tidak mustahil akan mengulangi kesalahan sama yang dilakukan ibunya.

Kitaran seperti ini tidak akan berhenti, andainya tiada pengawalan daripada unsur keagamaan menyekat daripada terus berlaku.

Usahlah biarkan lagi negara kita berkarat lebih teruk lagi dengan masalah seperti ini.
Jangan biarkan perkara-perkara aneh yang kita dengar berlaku di barat ketika ini menjadi kebiasaan di Malaysia akhirnya di masa hadapan!

Hentikan!!!!

Doa senjata mukmin


PERANAN

Apa yang kita perlu lakukan?
Sebagai seorang pelajar, tidak punya pengaruh, apatah lagi kudrat untuk membanteras jenayah ataupun memperjuangkan prinsip-prinsip perundangan Islam.

Tetapi kita tak boleh duduk saja seperti mana Allah berfirman :


إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Surah Ar Ra'd, ayat 11)

Selain daripada memelihara diri daripada menyumbang ke arah pertambahan angka penglibatan dalam jenayah, apa lagi perkara yang harus kita lakukan?

Buntu?
Berdoalah agar perubahan akan berlaku. Agama dan hukum hakam Allah pasti terpelihara sampai bila-bila.

Jika sudah genap 21 tahun dan bebas untuk membuat pengundian memilih kerajaan, lakukan pilihan terbaik. Pilihlah kerajaan yang benar-benar mengikut prinsip Islam, bukan parti yang menjadikan orang bukan Islam wujud sikap Islamophobia.

Buka mata hati. Jangan butakan mata anda memilih parti yang silap kerana setiap apa yang anda lakukan akan disoal di akhirat kelak!

1 ulasan:

  1. salam saudari,
    moga kita semua mampu mempertahankan iman sehingga ke akhir hayat. bersedialah dari saat ini dengan mempersiapkan diri (hal2 agama & dunia amnya) demi membantu Imam Mahdi kelak. Insya Allah amin 99x -Ain Lam Mim-

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!