Halaman

Puding Koktel Petang

Yummy! Ini salah satu bekas ja tau. Kira-kira 6-8 bekas jugak dapat buat ikut sukatan di bawah

[Anggaran saiz hidangan kira-kira untuk 6-8 orang]


BAHAN-BAHAN

5 sudu besar Tepung jagung
2 gelas Air
2 sudu teh Serbuk koko
100g Gula pasir
1 kotak Kismis (atau secukupnya mengikut citarasa)

KUAH KASTAD

3 biji Kuning telur
150g Gula pasir
1 tin besar Buah-buahan koktel
1 sudu besar Tepung kastad
1 tin Susu cair
1.5 gelas Air



CARA MEMBUATNYA

Puding koko :

1) Campurkan tepung jagung, air, gula dan serbuk koko ke dalam sebuah periuk.

2) Kacau bahan-bahan berkaitan terlebih dahulu (hingga larut lebih baik) sebelum memasukkan kismis.

3) Pasang api sederhana di atas dapur, sambil kacau adunan hingga teksturnya berubah menjadi pekat dan berkilat. (lebih kurang macam kita selalu masak tepung jagung la, kan?) Dan, jangan lupa tutup api! :)

4) Tuangkan (atau sudukan lebih tepat sebab adunan dah pekat) ke dalam acuan kecil-kecil yang comel, ataupun letakkan kedalam bekas plastik bulat seperti FOTO 1 (yang selalu orang isi Tau Foo Fah tuh, ataupun macam dalam gambar kat atas) hingga separuh bekas sahaja. Dalam bekas lain pun boleh, ikut kreativiti masing-masing.

5) Sejukkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalam peti ais setelah adunan menjadi suam-suam suku. (Kalau nak letak panas-panas pun boleh lagi bagus sebab cepat sejuk, tapi, bersedialah untuk memanggil technician andainya peti ais anda suatu hari nanti tidak berfungsi :p)

FOTO 1 : Kalau nak susunan rata, kena ratakan sendiri.
Tapi, tak perlu kot sebab nanti letak kastad tak nampak pun.

FOTO 2 : Susunan buah koktel sebelum menuang kastad


Langkah-langkah untuk kuah kastad:

6) Pukul kuning telur dengan gula hingga larut.

7) Panaskan susu cair dan tepung kastad berserta air dalam sebuah periuk yang lain.

8) Masukkan bancuhan telur dan gula tadi ke dalam periuk.

9) Kacau (jangan tinggal walau sesaat) hingga kuah kastad mendidih atau sehingga pekat.

10) Hidangkan bersama buah-buahan koktel dan adunan koko tadi seperti dalam FOTO 2. Siap dan makanlah!

11) Lagi sedap dan enak andainya anda membiarkan puding itu sejuk terlebih dahulu.

Selamat mencuba! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!