Halaman

© Kari Ikan Mak™



BAHAN BAHAN

5 ulas bawang merah - dimayang halus
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3-4 pelepah daun kari
1 sudu teh halba campur

200g santan
Air asam jawa
7-8 batang bendi
5 batang cili hijau
2 ekor ikan mata besar
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula
1 senduk minyak masak


CARA MEMBUAT

1) Kisarkan 2 ulas bawang putih, bawang besar, rempah kari ikan, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Ketepikan.

2) Buangkan sisik ikan mata besar, rendam dalam air asam jawa. Ketepikan.

3) Masukkan minyak ke dalam kuali. Tumis bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dimayang halus hingga garing. Kecilkan api.

4) Masukkan halba campur, selepas membilasnya sedikit. Kacau hingga garing.

5) Masukkan daun kari yang telah diasingkan daun daripada pelepahnya, sampai naik bau.

6) Masukkan bahan-bahang yang telah dikisar tadi sampai pecah minyak atau mendidih.

7) Masukkan santan dan sedikit air. Biarkan hingga mendidih.

8) Masukkan garam, gula dan air asam jawa.

9) Masukkan ikan, bendi, tomato dan cili hijau. Biarkan hingga semua sayur layu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!