Halaman

Masih Fotosintesis Zaman UPSR Lagi


"Setiap benda hidup, perlu ada sumber makanan untuk terus hidup," terang Muallimah Razana, dalan kelas 5 Zubair, di sebuah sekolah rendah.

"Hmm, jadi bagaimana dengan tumbuh-tumbuhan? Mereka tiada gigi untuk mengunyah makanan?" murid-murid darjah 5 kehairanan.

"Begini, tumbuhan ada cara tersendiri untuk mendapatkan makanannya. Lain daripada manusia dan binatang."

Ligat kepala otak murid-murid darjah 5 memikirkan caranya. Ada yang terbayang pokok mendapatkan makanan ala-ala gabungan 7 biji bola naga bertindak, lalu menyambarkan cahaya masuk ke dalam daun, melalui cahaya matahari.

"Tumbuhan ada mekanisma yang tersendiri. Proses itu disebut fotosintesis. Ingat, fotosintesis!" kata guru sains itu sambil mengeja perkataan fotosintesis di hadapan papan putih.

Tulisan bulat-bulat Muallimah Razana memudahkan para murid mengingatinya dengan mudah.



"Fotosintesis hanya berlaku pada waktu siang, semasa cahaya matahari bersinaran sahaja," kalimah itu didefinisikan lagi oleh Muallimah.

"Fotosintesis juga menghasilkan oksigen untuk kita bernafas, dan menggunakan karbon dioksida yang dilepaskan oleh kita," sambungnya lagi.

Maka, peringkat UPSR, fotosintesis diketahui sebagai satu proses yang berlaku untuk mendapatkan makanan, hanya berlaku sewaktu siang, ketika wujudnya cahaya matahari.

FOTOSINTESIS VERSI SPM

"Fotosintesis terbahagi kepada dua bahagian. Dark reaction dan light reaction. Dark reaction berlaku pada waktu malam, manakala light reaction berlaku pada waktu siang," cerita cikgu Zaharah, guru biologi tingkatan 4 Akhtar.

"Ooo. Macam tu ya cikgu," kuat saja bunyi huruf 'O' bila kali pertama mendengar sesuatu yang baru.

"Oksigen adalah by-product kepada light reaction sahaja, kerana light reaction bertujuan untuk menghasilkan satu molekul yang diperlukan dalam dark reaction nanti. Manakala dark reaction turut menggunakan oksigen kembali, ianya menjadi seperti proses pernafasan."

Upgrade sedikit.

Oksigen yang dihasilkan semasa light reaction, bukanlah satu tujuan utama. Tetapi  hanya sebagai bahan buangan. Bahkan, oksigen yang dilepaskan itu akan dimanfaatkan oleh tumbuhan hijau kembali. Bukan manusia saja yang menggunakan oksigen itu. Dan, bukan manusia saja yang menghasilkan karbon dioksida. Tumbuhan yang sedang menjalani dark reaction juga menghasilkan karbon dioksida.

Ilmu tentang fotosintesis peringkat UPSR kelihatan seperti kurang tepat.

Namun, fungsi fotosintesis tetap sebagai satu proses sumber makanan buat tumbuhan. Hakikatnya, cara beroperasi sedikit berbeza.

FOTOSINTESIS VERSI MATRIKULASI

Campbell 9th edition, page 188
Buku Campbell 9th edition menggantikan perkataan 'dark reaction' sebagai 'light-independent reaction'. Manakala 'light reaction' sebagai 'light-dependent reaction'.

Sir Azyril menerangkan bahawa, tidak menjadi syarat untuk light-independent reaction berlaku ketika ketiadaan matahari. Semasa siang hari, light-independent reaction juga berjalan seperti mana ketika waktu malam hari. Kerana, ianya 'independent' terhadap cahaya. Lantaklah cahaya ada atau tidak, tindak balas akan berlaku seperti biasa - siang dan malam selagi mana ada bekalan stok molekul yang diperlukan daripada light-dependent reaction.

Jika light-dependent reaction terhenti, maka light-independent reaction akan terganggu. Keseluruhan fotosintesis akan terhenti.

Namun, boleh jadi juga produk yang dihasilkan semasa reaction pertama itu berlebihan. Maka, sesudah reaction pertama itu berhenti, reaction kedua tetap boleh berlaku, sekadar untuk menghabiskan produk daripada reaction yang kedua.

Manakala equation dan reaction mechanisms berlaku ketika fotosintesis yang dipelajari peringkat SPM dulu hampir sama. Dan kelihatan seperti fotosintesis peringkat UPSR dulu seperti lebih dekat benarnya dari sudut fotosintesis hanya berlaku siang hari, kerana light-independent reaction boleh berlaku selepas bekalan daripada light-dependent reaction mencukupi.

Kemudian, dirasakan seperti ilmu fotosintesis peringkat SPM seperti tersalah.

Kata istilah agama, berlaku kekhilafan.
Kata orang Eropah, berlaku contradiction.

KESILAPAN ATAU PENDETAILAN?

Jika berfikir kembali, sebenarnya ketiga-tiga versi fakta berkaitan fotosintesis itu sering berkait. Peringkat SPM memansuhkan kebenaran kepada peringkat UPSR. Manakala peringkat matrikulasi menyeimbangkan antara fakta peringkat UPSR dan SPM. Ketiga-tiganya benar, jika dilihat dari satu sudut yang menyeluruh.

Opss, berbelit-belit pula dengan perkataan bombastik sains. Maaf bagi yang tak dapat memahami. Hoho. Beginilah, contoh satu soalan.
SOALAN
Bilakah fotosintesis berlaku?

JAWAPAN
A) Siang
B) Malam
C) Siang dan malam

Soalan yang mudah dan ringkas di atas, mudah dan bergaya sekali dijawab oleh pelajar UPSR. Mereka mudah sekali memilih jawapan A.

Bagi pelajar peringkat SPM, mereka mengalami kekusutan memilih jawapan. Boleh jadi ketiga-tiga jawapan A, B dan C adalah benar. Hal ini seperti mana yang saya terangkan di atas. Okeh, boleh abaikan siapa yang tak faham bab ini. Bahasa mudahnya, pelajar peringkat SPM lebih sesuai menjawab soalan ini dengan soalan berbentuk subjektif dan esei, bukannya objektif. Maka, sebab itulah pelajar peringkat SPM mudah untuk skor di bahagian subjektif, tetapi sukar di bahagian objektif. (Hehe, sayalah tu.)

Dengan itu, orang yang mengetahui setiap detail tentang fotosintesis, akan tidak senang duduk jika ada seseorang yang ilmunya tentang fotosintesis hanya peringkat UPSR atau SPM. Kerana fakta itu sedikit sebanyak seperti kurang tepat. Tetapi untuk mengatakan 100% salah, tidak juga.

IBADAH DAN ILMU AGAMA KITA?

Fuh, panjang sekali analogi saya kali ini. Disebabkan saya seorang pelajar yang dihanyutkan oleh arus deras sains, maka itulah analogi terbaik yang saya nampak.

Apakah ibadah yang kita belajar sejak sekolah rendah, hingga ke peringkat SPM.

Seperti solat, puasa, dan haji.

Semasa sekolah rendah, teknik kita belajar dengan menghafal 13 rukun solat. Semasa sekolah menengah, kita didedahkan dengan dalil. Jika kita mengkaji kitab-kitab feqah pula, kita didedahkan dengan penafsiran nas al-Quran dan hadis yang berbeza, menurut ulama'-ulama' mazhab selain imam syafi'e.

Benar.

Begitu juga dengan nas. Semasa sekolah rendah, kita tahu bahawa hadis merupakan sumber hukum ke dua dalam agama Islam. Semasa sekolah menengah, kita didedahkan beberapa pengenalan mengenai hakikat taraf-taraf hadis. Apakah ianya mursal, mauquf atau marfu'. Apakah iyanya sahih, munkar atau hasan. Kita juga diajar apakah adab-adab untuk mengamalkan sesuatu hadis yang dhaif dalam pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.

Maka, apa yang menjadi masalahnya, kita menyangka ilmu solat semasa sekolah rendah dahulu sudah cukup. Apa yang ada tentang dalil, tidak kita endahkan. Ilmu tidak upgrade.

Dahulu, kita difahamkan dengan fiqh Syafie. Setelah datang nas dan huraian yang sahih daripada mazhab lain, apakah kita masih berkeras kepala dengan mazhab Syafie?

Bahkan, Imam Syafie banyak dikambing-hitamkan oleh kita. Bab tahlil, zikir kuat lepas solat, semuanya kita nisbahkan "ini mazhab syafie", sedangkan nas imam syafie di dalam al-Umm tidak bersetuju mengenai perkara itu. Opss, mungkin ada yang sensitif dengan perkara ini, saya bukanlah orang yang menentangnya, tetapi bukan juga yang menyokong.

Itu mazhab syafie atau tok guru anda?

Saya tak kata salah, tapi cuba bayangkan kalau seseorang ingin menceritakan fakta bahawa fotosintesis yang berlaku hanya pada siang hari!

Sudah tentu para saintis barat atau pengkaji-pengkaji ilmu di seluruh dunia gelak terkangkang mendengar celoteh kita berkenaan ilmu fotosintesis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!