Halaman

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - 2

[Artikel ini bersambung dari siri lepas]

Selesai memperbetul susunan gigi, kini denture ini menunggu untuk diukir bentuk gusi pula
(Gambar selepas diukir adalah hakcipta abadi penulis, jadi tak diupload di sini)

Telahpun menjadi lumrah kehidupan, semakin banyak yang didedahkan, semakin banyak pula selok beloknya. Cuba kita ingat kembali zaman tadika. Hanya tahu sebut huruf A hingga Z. Dan akhirnya kita menyambung huruf-huruf itu menjadi satu perkataan. Pada awalnya seperti tiada signifikan, tetapi lama-kelamaan fahamlah kita barisan ayat dibentuk adalah untuk bekalan makna fasa pembelajaran yang seterusnya...

Ok falsafah ABC tamat di sini, saya nak kongsi sambungan membuat denture (gigi palsu) penuh ini. Dalam artikel ini saya akan cuba meringkaskan langkah-langkah supaya mudah difahami.


PASCA LAWATAN KE-4

Topping (flasking)
1) Selepas berpuas hati dengan hasil ukiran kerja gusi (gum work), denture berserta batu hijau (master cast) akan diletakkan di dalam bekas tembaga (flask) seperti dalam gambar.
2) Plaster of paris (cuba google alien apa ni) dibancuh, kemudian ditoppingkan (macam nak buat topping kek gula ising je cara dia). Bezanya, plaster ni pada awalnya lembut gebu macam gula ising, tetapi selepas beberapa minit, ianya akan mengeras seperti batu. Pasti tak boleh potong macam potong kek lagi.

Bekas tembaga untuk memasak denture




Bakar dalam oven (deflasking & dewaxing)
1) Setelah dibakar dan mencairnya lilin, tapak sementara (temporary base) dibuang.
2) Lebihan lilin dicuci dan dibilas menggunakan air panas

Proses membersihkan lebihan lilin menggunakan air panas


Bersedia diletakkan acrylic kekal (packing)
1) Setelah bersih dari sebarang lilin, bahan pemisah seperti vaselin atau cold mould seal disapu pada batu hijau (master cast).
2) Acrylic hot cure (bahan sebenar denture) dibancuh hingga menjadi doh, kemudian diletakkan di dalam ruang bagi menggantikan lilin yang telah dibuang tadi.
3) Setelah ditekan dengan tekanan yang bersesuaian, maka bersedialah tembaga ini dimasak lagi, selama 3 jam.

Rupa selepas disapu cold mould seal. Berkilat macam sapu air gula.
Anggap je lab ni macam dapur... ok?

Pecahkan batu topping
Setelah siap masak, batu putih (plaster of paris) dan juga batu hijau (master cast) diasingkan dari denture, caranya mengetuk bekas tembaga dengan penukul.

Denture yang hampir siap, hanya perlu ditrim saja lagi

LAWATAN KE-5
1) Setelah siap digilap dan dilicinkan, gigi palsu sudahpun tersedia untuk pesakit.
2) Dalam lawatan ini, pesakit akan mencuba. Antara aspek yang diuji adalah, fonetik (suara), estetik (kecantikan), fungsi (pengunyahan) dan perlindungan terhadap tisu lembut. Jika ada masalah, kena baiki. Jika ok, maka dah boleh bawa pulang denture.
3) Pesakit diminta untuk rendam denture dalam air sekiranya tidak memakainya di malam hari

Pemilihan warna gigi (shade) yang sedikit kekuningan penting,
alasannya untuk kelihatan lebih natural kepada patient yang berusia

Rendam dalam air untuk elakkan pengecutan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!