Mengenai

Menggeledah anggota sang katak ketika tingkatan 5



BERBLOG

"Ingat dak lagi cerita pasal perang-perang dalam Islam yang disertai Rasulullah SAW?" tanya seorang sahabat saya.

"Ingat, tapi lupalah yang banyak tu. Ingat-ingat lupa. Atau lebih tepat, lupa-lupa ingat," jawab saya.

Itulah salah satu segmen yang seringkali menyesakkan otak. Serabut segala cerebrum bercabang-cabang mencari jawapan. Akhirnya, buku yang dibaca entah sudah berapa tahun ditinggalkan, perlu dirujuk semula.

Kalah.

Saya berfikir, mungkin telah berpuluh malah beratus buah buku yang dibaca, tetapi tidak diingati kandungannya. Lebih menyedihkan, kalau fakta yang dibaca, hanya menjadi "eh, macam pernah dengar".
Dan, kerana itu, saya mencipta sebuah buku catatan ringkas untuk tatapan di kemudian hari. Lebih kurang macam buku nilam lah agaknya.

Masa berlalu, dan saya dapati, penulisan seperti itu tidak praktikal.

Pada saat itulah, saya mula mengakses akaun blog dan mencatat apa yang di dapati melalui pengalaman, pembacaan ataupun ceramah yang didengari.

Penulisan merupakan salah satu medan yang asing bagi saya pada mulanya. Atas dasar ingin berkongsi tentang ilmu-ilmu yang sememangnya luas dan tidak terhitung, © Hayatunalillahi.Blogspot.Com ™ di bangunkan untuk mencatat pandangan dan output peribadi yang bersesuaian bertujuan peringatan untuk diri saya sendiri.

Semoga usaha kerdil saya ini sentiasa istiqamah dan mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Ameen.
Segala komen, teguran, kritikan dan cadangan sangat dialu-alukan.

E-BOOK
Halaman e-book dicipta untuk berkongsi sebarang bentuk bahan akademik di CFS IIUM dan lain-lain bagi memudahkan pelajar CFS membuat rujukan dan memuat turun bahan-bahan berkaitan. Selain itu, terdapat juga bahan-bahan lain yang sedia untuk dimuat turun dalam bentuk pdf, pptx dan sebagainya. Bahan-bahan berkenaan boleh di muat turun secara percuma dan ini adalah projek bersifat non-komersial.


GHURABA' JUST LIKE CUSP OF CARABELLI