Oh Mesin Basuh

Beginilah pemandangan di Lobi TV kawasan mesin basuh ketika nak balik


"Ya Allah, napa tiba-tiba ramai manusia nak basuh baju jugak tah!" keluh hati saya.

Sesungguhnya, giliran yang ditunggu untuk menggunakan mesin basuh sudah lama berlalu. Bermula dari pukul 3.00 petang, hingga pukul 8.00 malam, saya masih gagal mencelah untuk turut 'memeriahkan' sambutan mesin basuh baju di tingkat 3, mahallah Zainab Jahsy, Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya.

"Asiah, mesin basuh lagi 8 minit," kata Aini, roomate saya yang hendak keluar untuk latihan taek-kwon-donya.

Walaupun di mesin basuh itu menunjukkan 8 minit tempohnya, tetapi masa sebenarnya melebihi daripada yang tertera. Mungkin 15 minit, 30 minit, atau boleh meleret hingga satu jam!


AKHIRNYA

Bertekad.

Saya menunggu di hadapan mesin basuh, walaupun hampir 30 minit mesin itu belum selesai membasuh. Di skrinnya masih tertera "8 minutes". Saya menunggu dengan sabar.

Tiba-tiba, datang seorang 'makhluk Allah' (atau mungkin juga salah satu tentera Allah yang telah ditetapkan untuk menguji kesabaran) dengan selamba dan mimik muka yang berjaya menghalau saya daripada menunggu di situ. Beliau juga mahu menggunakan mesin basuh itu barangkali. Melalui reaksi mukanya, saya menafsirkan seolah-olah berkata,


'Ketepi, ketepi! Ini mesin basuh aku. Dah la nak guna tanpa izin aku!'

Bukan seorang saja yang berbuat demikian. Tetapi, dua orang, bersamaan dua kali saya terkena! (sebenarnya bukan 'ter-' tapi sudah tercatat dalam suratan taqdir)
Dengan mendengus perlahan, saya menarik baldi baju ke bilik air dan mulalah menyental baju-baju  yang sangat banyak (kira-kira satu baldi saiz XL)dengan tersangat berat hati.

Jam sudah 10.20 malam.

Biologi badan saya sudah biasa melelapkan mata pada pukul 10.00 malam. Namun, disebabkan esoknya saya akan pulang ke rumah, maka, (bilalah baju-baju yang dibasuh akan kering andainya saya tangguhkan ke esok hari?) saya ber'mujahadah' cuba menyelesaikannya malam itu juga.

Mahallah Zainab Jahsy : Kecil tetapi ada signifikannya


IBRAH

Selagi kita di atas bumi, selagi itulah kita layak diuji. Walaupun bukanlah bentuk ujian berat itu bernama penyakit kronik, kemiskinan dan seumpama dengannya, Allah tetap menilai, malaikat mencatat dan makhlukNya menjadi saksi sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran;

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)." 

(Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8)

Kita sangat berkira kalau kertas mid-sem kita ada tersalah tanda. Cepat-cepat jumpa lecturer untuk tuntut markah sebab katanya ada carry mark untuk pointer akhir (CGPA). Tetapi, mengapa kita kurang endah mengenai ujian-ujian Allah dalam bentuk yang kecil, padahal, Allah telah pun berfirman;

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

(Surah Al-Ankabut, ayat 2)

Dan, janganlah terlalu terkilan atau berasa hati dengan 'makhluk' yang menjadi tester untuk menilai kesabaran kita. Allah yang menghantarnya. Maka, jangan cepat melatah dengan apa yang berlaku. Cubalah solusi yang terbaik daripada Allah SWT :

وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."

(Surah Al-Baqarah, ayat 45)

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum, lama tak ziarah..budak uia juga rupanya budak ini..~

    BalasPadam
  2. Dunia itu di tangan, bukan di hati..
    Macam ayat abang Hilal sahaja, pergi juga workshop hari itu?

    Yosh! Mari membangunkan ummah, meruntuhkan jahilliyyah!

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!