Popia Goreng & Kuah Tumis



INTI
Bahan-bahannya:
1 pinggan makan taugeh
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
2 batang lobak merah
1 genggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1) Tumbuk ikan bilis & bawang
2) Potong sayur nipis2 dan memanjang
3) Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
4) Masukkan karot & sengkuang. Kemudian taugeh
5) Toskan sambil biarkan inti sejuk

KUAH
Bahan-bahannya:
15 biji cili kering - dipotong & direndam air panas
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap manis
1 keping manisan / gula perang
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Kisarkan cili kering & bawang besar, bawang putih
2) Tumis sampai garing / pecah minyak
3) Masukkan kicap, gula & garam

KULIT
50 keping kulit popia
Sedikit tepung gandum dicampur air
Gulungkan, basahkan hujung kulit dengan tepung gandum yg dicampur air utk lebih mudah melekat.

Japanese Cotton Cheese Cake


BAHAN-BAHAN & CARA MEMBUATNYA

50g Buttercup (salted)
250g krim keju
100-200 ml susu segar
Campur & cairkan semua bahan di atas menggunakan kaedah double-boiler. Biarkan sejuk

60g tepung gandum + serbuk penaik
20g tepung jagung
1/2 sudu garam
Ayak & campur semua bahan. Masukkan kedalam larutan keju

6 biji telur kuning
1 biji lemon (perah jusnya)
Masukkan ke dalam adunan di atas

140g gula halus
6 biji telur putih *pastikan tiada percampuran dengan telur kuning
Pukul sehingga membentuk meringue - adunan tidak jatuh sekiranya anda membalikkannya. Tambah gula sedikit demi sedikit

Akhirnya
- Campurkan meringue dengan adunan asal tadi sikit demi sedikit.
- Panaskan oven
- Griskan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung
- Letakkan air di dalam oven
- Bakar sekurang-kurangnya selama 1 jam

Membuat Gigi Palsu Untuk Dummies - 2

[Artikel ini bersambung dari siri lepas]

Selesai memperbetul susunan gigi, kini denture ini menunggu untuk diukir bentuk gusi pula
(Gambar selepas diukir adalah hakcipta abadi penulis, jadi tak diupload di sini)

Telahpun menjadi lumrah kehidupan, semakin banyak yang didedahkan, semakin banyak pula selok beloknya. Cuba kita ingat kembali zaman tadika. Hanya tahu sebut huruf A hingga Z. Dan akhirnya kita menyambung huruf-huruf itu menjadi satu perkataan. Pada awalnya seperti tiada signifikan, tetapi lama-kelamaan fahamlah kita barisan ayat dibentuk adalah untuk bekalan makna fasa pembelajaran yang seterusnya...

Ok falsafah ABC tamat di sini, saya nak kongsi sambungan membuat denture (gigi palsu) penuh ini. Dalam artikel ini saya akan cuba meringkaskan langkah-langkah supaya mudah difahami.

Apabila Derhaka Tiada Solusi

Apakah harga sepasang gigi palsu, ini andai tiada tuan punya?

Awang memandu sebuah kereta. Tiba-tiba jelingannya kepada waze memberi kejutan kepada beliau. Mengapa?

Ada tahanan polis trafik sejauh 100 meter di hadapan!

Ligat kepalanya memikirkan tentang masalah kesibukan yang melanda dirinya, menyebabkan beliau tidak berkesempatan memperbaharui cukai jalannya. Pelekat cukai jalannya sudah tamat tempoh beberapa bulan yang lalu.

Awang berasa cemas. Mengapa?

Sedangkan, kereta yang beliau pandu masih memacu dengan lancar. Bahkan, belum pun terlihat kelibat sang polis. Belum tentu polis akan menyamannya.

Tidak lain tidak bukan kerana Awang yakin yang beliau bakal ditahan dan dikenakan denda akibat kegagalannya memperbaharui cukai jalan keretanya. Walaupun Awang belum lagi melihat kelibat polis memegang buku dan pen untuk menulis saman ke atasnya. Walaupun Awang masih belum terkandas di tengah-tengah blok jalan.

Kekaburan Yang Berselindung Pada Sebuah "Fikrah"


Jika kita ditanya apakah fikrah “kita”, ianya sulit untuk dijawab bagi mereka yang tidak jelas tentangnya.

Pertamanya, perkataan itu ada dua. Satu, “fikrah”; kedua “kita”. Sebelum berbicara tentang perkataan “fikrah” itu sendiri, cuba spesifikkan dahulu, apa yang dimaksudkan dengan “kita”?

Apa yang menjadikan ianya tidak jelas adalah, kita tidak tahu meletakkan apakah yang dirujuk sebagai “kita” dalam perkataan “fikrah kita”. “Kita” boleh diertikan segolongan mereka yang ikut jamaah. Maka, kalau itu definisi “kita”, setiap anggota jamaah yang lebih tahu berbanding dengan orang lain yang berada diluar jamaah. 

Kek Coklat Kukus

[Dah banyak orang lain post resipi di blog-blog dan fb. Alhamdulillah memang senang jadi kek ni. Saya pun dah cuba buat.]
Tak sempat nak tangkap gambar cantik-cantik, dah kena makan!

BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan buttercup
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur (siap dipukul)