Memaparkan catatan dengan label Salin tampal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Salin tampal. Papar semua catatan

Khutbah Aidiladha : Formula 3B

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. الله أكبر
X9 ولِلَّهِ الحمد.
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ. وقال عزّ وجلّ في سورة الكوثر "فصلّ لربّك وانْحر".

الله أكبرX3 ولِلَّه الحمد.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah.
Hari ini, sebahagian umat Islam menyambut Aidiladha atau hari Raya qurban dan sebahagian yg lain menunaikan ibadat haji bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima. Alhamdulillah. Dengan kesempatan yang ada, mimbar ingin mengajak kita untuk sama-sama memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS.

Kisah kapur, pemadam dan karpet

 
Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Dia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' ", kata guru itu.

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Azimah Bertudung Labuh [Oleh : Fatimah Syarha]


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?”

Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri.

Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Make up Cara yg Betul...



# Jadikan Ghadhul Bashor (menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda, nescaya akan bening & jernih;

# Oleskan 'lipstick kejujuran' pada bibir anda, nescaya akan semakin manis;

# Gunakan pemerah pipi dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman;

# Pakai sabun istighfar yg menghilangkan dosa & kesalahan;

# Rawat rambut dgn 'selendang Islami' yang akan menghilangkan kelimumur pandangan lelaki yang membahayakan;

# Hiasilah kedua tangan dengan tawadu' & jari cincin ukuwwah;

# Pakailah kalung kesucian;

# Bedakilah wajah dengan air wudhuk, nescaya akan bercahaya di akhirat...

Selamat MENCUBA!!

Saiz Baju

Di kedai baju...

Kenapa baju ni sempit? Apa saiz yg encik pakai ? Saiz S, patutla sempit. Kenapa baju ni longgar plak? Saiz yg encik pakai saiz L, saiz longgar. Ah, ni nampak segak, saiz apa ni? Saiz M. Oh, patutlah muat. Ada-ada ja...

Moral : Pilihlah baju, yang penting ia menutup aurat.

Tak Kenal, Maka Tak Benci..

Syaitan perlu dikenali untuk membencinya

Syaitan terdapat beberapa jenis, antaranya :
1) Zalituun - Duduk di kedai supaya manusia hilang berjimat-cermat;
2) Wathiin - Pergi kepada orang yang kena musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah;
3) A'awan - Menghasut pemimpin untuk mengabaikan pemerintahan;
4) Haffaf - Menghampiri orang yang ada kat tempat maksiat
5) Murrah - Melalaikan orang yang suka mendengar muzik & hiburan;
6) Masuud - Duduk dibibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan, dan nista dari mulut;
7) Daasim - Meruntuhkan rumah tangga sekiranya masuk ke rumah tak beri salam;
8) Walahaan - Menimbulkan rasa was-was;
9) Lakhuus - Sahabat orang majusi yang menyembah matahari.

Sikap Negatif Muslim di Bulan Ramadhan


1. Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.

2. Meninggalkan kelebihan bersahur sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal subuh.

3. Ibadat solat fardhu & sunat hanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan sahaja.

4. Membaca Al-Quran tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebaagai panduan dalam kehidupan seharian

5. Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama2 beribadah

6. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap derita dan sengsara saudara se Islam yang lain dengan masih bersifat bakhil.

Ibu selalu berdusta!

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yg berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!

Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda semua.

Mak miau pun sayangkan anaknya, apatah lagi manusia yang ada akal

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Kategori Hamba Allah


Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan inayah-Nya.

Semoga kita dapat memperbaiki amal ibadah kita supaya menjadi orang-orang yang beriman serta mengajak orang melakukan kebaikan.