Memaparkan catatan dengan label Mo-T-bar-C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mo-T-bar-C. Papar semua catatan

Dedikasi Buat Bakal Guru



Apabila ditanya, majoritinya akan memberi jawapan yang hampir sama maksudnya.

"Apa yang kamu cita-citakan apabila dewasa nanti?" tanya cikgu Aisyah guru tadika di Taski ABIM pada tahun 1998.

"Guru!" jawapan murid-murid hampir serentak.

Itulah profesion pertama yang diketahui oleh kanak-kanak. Setelah memasuki alam persekolahan, guru merupakan seseorang yang penting dan dipandang mulia kerana banyaknya masa dihabiskan di sekolah, berbanding di rumah sendiri bersama ibu bapa.

Saya juga tidak terkecuali daripada kepompong itu. Andai ada saja ruangan kosong di buku rekod, saya isikan ruangan 'cita-cita' dengan perkataan 'guru'. Tidak dinafikan, kanak-kanak di awal usia memang tidak mengetahui realiti apakah itu 'guru'. Persepsi pertama mereka tentang profesion perguruan dibina ketikaa melangkah ke alam persekolahan. Guru-guru sekolah rendahlah memberi persepektif kepada anak murid, apakah itu menyeronokkan, atau mengerikan.

Pelajaran Kisah Memandu



Alamak.

Kali kedua kereta PEV 5767 mati di tengah trek Pusat Memandu Mutiara. Enjin mati tidak dapat dihidupkan. Bukan enjin mati kerana clutch diangkat terlalu laju, tetapi kehabisan petrol. Sudah. Kereta yang mempamerkan plat L di trek sudah beratur panjang di belakang kereta saya. Dalam empat hingga lima buah kereta.

Saya mengisyaratkan supaya mereka berlalu terlebih dahulu. Nampaknya semua pemandu L sangat berhemah memandangkan mereka sanggup menunggu sehingga 10 minit sebelum enjin berjaya dihidupkan.

"Kenapa ni, dik?" kak Wi membuka pintu kereta belakang kerana saya telah menyebabkan blok ditengah jalan.

"Kereta tak leh stat lah mak cik," saya menarik nafas lega kerana tak perlu bersusah payah menelefonnya seperti kejadian pertama kali sebelum ini kerana Kak Wi membawa pelajar lain di atas jalan raya.

"Ok. Tarik tombol minyak, mak cik nak isi," arahan Kak Wi saya dengar, tetapi tombolnya tidak saya temui. Tombol bonet kereta pula saya tarik, kerana ianya berhampiran dengan tombol minyak petrol.

Am I That Fish?



"I will bite whoever I met when feel hungry," said a small shark, confidently.

"Yeah. We are the greatest species of fish in this kingdom. Everyone knows it," another shark replied.

Suddenly, they were caught by a fisherman. They struggled to escape. One of them managed to, then, he swam back into the sea as fast as he could without knowing his friend’s condition that was still trapped in the net.

The small shark couldn’t release himself and was brought by the fisherman out of the water. Fish cannot survive without water. Fortunately, he was immediately being placed in a big tank. There, he managed to breath again.

Realiti kehidupan beragama (3)-Bhgn Akhir

 Tembok Besar China

Suatu hari, setelah berkenalan ringkas, penulis bertanya kepada seorang warganegara China;

"What is your religion?", ringkas.

"Haha. This is hard question to answer!", balas perempuan yang berumur 22 tahun itu.

Untungkah Diorang?



"Jom, esok cikgu ambik Wan kat rumah," kata cikgu Faridah melalui telefon.

"Ok, cikgu. Pukul berapa cikgu nak datang?" saya bertanya untuk kepastian.

"Dalam 7.30 pagi gitu..boleh?" kata cikgu Faridah, mencadangkan.

Para pelajar dari seluruh Pulau Pinang memenuhi perkarangan Dewan Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia pada pagi itu, 27 Januari 2010.

Pelbagai warna kulit, bangsa, bahasa dan agama berkumpul untuk menyertai pertandingan Kuiz Matematik.

Setengah Berisi, Setengah Kosong?


Lihat gambar di atas ini. Apakah ia? Gelas.

Ya, memang gelas. Apa ada dalam nya? Air. Terisi setengah. Selebihnya kosong. Opsss...bagi jawapan lak. Lagi sekali, bagi sapa2 yg sedang membaca ni, jawab dalam hati dengan jujur; Apa ada dalam gelas kaca ni?

A atau  B?

A) Setengah berisi
B) Setengah kosong

Jawab dalam hati. Pilih salah satu jawapan sebelum membuka maksudnya, dengan jujur.

Kem Celik al-Furqan SK Tanjong Tokong

Kaki lima SK Tanjung Tokong
Saya ke sebuah sekolah rendah di Tanjung Tokong untuk mengajar baca iqra'.

Macam-macam hal dan ragam. Yang perempuan, cara budak perempuan. Banyak cakap. Yang lelaki, cara lelaki. Buas.

Memang agak sedih bila ke sini dan bertanya tentang kanak-kanak di sekolah ini. Sebab apa? Dah darjah 4, tapi baru iqra' 2!

Masya-Allah. Tapi tidak mengapa, asalkan dia nak datang kelas pemulihan al-Quran. Yang lain-lain pulak? Wallahu'alam.

Cicak yang Tuli

Aku bukan cicak biasa. Aku cicak beracun!
Sambutan kemerdekaan bagi negara Indonesia kebiasaannya akan diadakan sebuah pertandingan memanjat pokok pinang secara kumpulan dan kerjasama.

Bagi sebuah komuniti cicak, mereka turut mengadakan pertandingan demikian. Tetapi, syaratnya berbeza kerana tiada kerjasama yang diperlukan untuk memanjat pokok hingga sampai paling atas.