Memaparkan catatan dengan label Musafir kelana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Musafir kelana. Papar semua catatan

Bakau, Bukan Sekadar Paya...

Berhati-hati. Jalan perlahan, supaya tidak tergelincir
Gambar Ihsan : Ukt. Izzuana Roslan

"Hang ni, kaki letak situ, pastu tangan pegang ni!" bentak Lina (bukan nama sebenar) kepada seorang rakannya ketika melalui halangan-halangan geografi ketika merentasi hutan paya bakau.

"Jap la. Aku takut jatuh. Betui ka boleh ni?" balas si Minah (bukan nama sebenar), dengan nada separuh hilang sabar, barangkali.

Saya dan seorang lagi sahabat 'se-fesi' hanya memerhati. Kami menggelengkan kepala.

Benar. Perjalanan di dalam hutan paya bakau mempunyai kelainan yang tersendiri. Silap percaturan, boleh tenggelam dalam selut hingga ke paras pinggang!

Banyak perkara yang dapat saya pelajari ketika menjadi salah seorang daripada baris-baris dalam mengatur program mukhayyam baru-baru ini. Chalet D'Omland dan seluruh pelajar-pelajar banat tingkatan 3 daripada Sekolah Menengah Islam Al-Islah Sungai Petani, telah menjadi sebahagian saksi tentang beberapa pengajaran dan teladan yang saya kutip dan simpan kemas-kemas dalam memori.

Tidak Berhari Raya, Tapi Bermukhayyam..

Masjid Wakaf Bharu di hadapan pagar rumah Atok, hanya jalan raya memisahkannya
Seorang demi seorang saya baca di laman sesawang Facebook berkata mereka hendak bertolak ke kampung untuk berhari raya. Saya dilema. Nak balik Kelantan atau tak nak?

Kesihatan emak yang tidak mengizinkan untuk beliau bermusafir bersama menyebabkan kami, 6 beradik perlu berpecah. Ada yang balik Kelantan bersama ayah, ada yang kena tinggal di rumah bersama mak. Pada awalnya, saya tidak berhajat untuk bermusafir ke negeri Tok Guru itu kerana memikirkan peperiksaan percubaan SPM selepas tamatnya cuti persekolahan nanti.

Namun memandangkan hanya setahun sekali saya berpeluang untuk berjumpa saudara mara yang ada tidak pernah berjumpa seumur hidup, saya membulatkan tekad untuk menyertai misi perjalanan yang memakan masa kira-kira 6-7 jam perjalanan ke Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim.

Sayur Oh Sayur

Sayur,
Semua manusia tahu dirimu meliar,
Hidup di taman sambil menjalar,
Kau dicari hingga berpinar,
Lelah dan masa menjadi terbiar..

Dari Wakaf Bharu ke Kota Bharu,
Ambo sapa dari hulu,
Trafik sesak di negeri Tok Guru,
Semua pakat berpusu-pusu.

Ku tahu kau kaya zat dan galian,
Menjadi penjamin tahap kesihatan,
Lautan api diredah tanda pengorbanan,
Demi mencari sehelai sayuran.

KB mall tutup lagilah kereta melayar,
Malam sudah berlarut tanpa dibayar,
Ke Wakaf Che Yeh kita beransur,
Manusia kelawar masih melewar.

Akhirnya Umi berjaya beli sayur!!

Puterikalimah @ Blogger.com
16250 WAKAF BHARU, KELANTAN.

Islam Potong Tangan?

Bangunan yang telah diroboh pada 2011

Ketika hari minggu cuti sekolah, penulis dan beberapa orang sahabat di hostel pergi ke sebuah pejabat NGO di Sungai Petani untuk melakukan sesuatu.

Apakah ia?

Menyampaikan risalah. Di suatu pagi hari, warden datang ke asrama dan bertanya kepada kami sapa yang nak ke pejabat NGO esok?

Untuk mengisi keboringan, banyak juga yang meminta untuk menyertainya, tanpa mengetahui tujuan sebenar. Kira macam bertaqlid sajalah. Haha..tanpa banyak bertanya.

Kem Celik al-Furqan SK Tanjong Tokong

Kaki lima SK Tanjung Tokong
Saya ke sebuah sekolah rendah di Tanjung Tokong untuk mengajar baca iqra'.

Macam-macam hal dan ragam. Yang perempuan, cara budak perempuan. Banyak cakap. Yang lelaki, cara lelaki. Buas.

Memang agak sedih bila ke sini dan bertanya tentang kanak-kanak di sekolah ini. Sebab apa? Dah darjah 4, tapi baru iqra' 2!

Masya-Allah. Tapi tidak mengapa, asalkan dia nak datang kelas pemulihan al-Quran. Yang lain-lain pulak? Wallahu'alam.

Konflik Loghat Negeri....



Raya, memang orang akan balik ke kampung masing-masing.

Baru-baru ni, saya balik ke Wakaf Bharu, Kelantan.

Tok saya, mestilah orang kelantan. Manakala anak-anaknya (adik beradik ayah) sudah merantau ke serata Malaysia disebabkan bekerja dsb.

Alkisahnya, sepupu saya (menetap di Perak) kecil lagi. Baru 4 tahun gitu. Dia suka main dalam rumah tok.

"Dila, gi main ttanoh.", kata si atok. -baca ikut loghat kelantan (maksudnya suh main kat luar la)

Pastu, budak ni keluar rumah & main pasir kat situ. La...mak dia marah la...apa hal main pasir ni.

"Tok Wea suh main tanah.",dengan selambanya si kecil itu menjawab.

Tok Wea speachless.

La...salah faham lak! Cucu guna loghat Perak, tok guna loghat Kelate.

Payah la cam ni.

Alahai. Cari yg Jauh..!

HPA Bayan Baru (Kedai Lama)

"Mana agaknya kedai cawangan HPA ni ya," kata ayah.

"Entahlah. Apasal ada benda ni plak," saya menemui buntu.

Pagi Jumaat (25/9/09), kami mencari-cari kedai yang dilihat di tepi jalan (papan tanda dia). Pada papan tu, ada logo barang orang Islamlah pendek kata. Termasuk logo syarikat HPA. Maka, melalui papan tu, ikutnya orang akan fahamlah bahawa semua kedai tu ada dalam sebuah 'square' ni.

Setibanya di hadapan bangunan 'square' ni, agak kehairanan sebab tak nampak langsung tanda-tanda orang menjual di kedai kat situ. Bertambah hairan lagi, tulisan yang tulis kat 'square' tu tulisan cina. Memang macam pejabat orang cina.

Maka, masuklah ke dalam bangunan tu dan naik satu per satu tingkat untuk cari. Banyak betul kedai yang tutup. Menggunakan lif, kami naik ke tingkat 4 dan turun menggunakan tangga.

Malangnya, pencarian yang dah nak mematahkan kaki tu memang menghampakan.

Tiada langsung bayang-bayang HPA kat situ.

Yang tension nian tu waktu kami dalam lif. Ada seorang ni, agaknya dia kerja sekuriti kut, kami bertanya dia memandangkan tempat ni pelik semacam.