Reaksi Re-take Mathematics I

Peperiksaan adalah papan tanda yang menunjukkan
betapa dekat atau jauhnya anda dengan destinasi sebenar

Cuti semester bermula.

Sudahpun berlalu sebulan, ada khabar angin memberi berita yang tidak ada orang suka apabila mendengarnya.

Seperti biasa, penyebaran berita itu berlaku di facebook, sangat pantas.

"Sesiapa yang ambik Mathematics I (SHE 1114) akan kena ulang semula naik cuti nanti," seorang ahli dalam kumpulan CFS IIUM memberi kenyataan.

Ayat itu saya baca sepintas, namun tidak pula sempat berfikir apatah lagi meyakini kemungkinan perkara itu akan berlaku. Pendek kata, memang 99% saya tidak menjangkakan status itu menjadi kenyataan.

Membaca komen-komen seterusnya, nyata, si pengirim hanya mendapat tahu tentang maklumat itu daripada rakannya, manakala rakan itu pula kepada rakan, dan akhirnya rakan punya rakan punya rakan itulah yang mendapat berita daripada seorang pensyarah Matematik Pusat Asasi UIAM sendiri.


Melihatkan 'sanad' yang sudah panjang, berita itu cepat-cepat saya tolak tepi dan segera buat tak endah, kerana sebelumnya bukan sekali dua ada yang berbohong atas alasan 'melawak', malahan sudah berkali-kali.

MENCARI BERITA BENAR

Namun, keesokannya, makin banyak yang mengepos ke dinding masing-masing termasuklah di kumpulan-kumpulan facebook juga mengenai berita 'palsu' ini.

"Ada dak sebelum ni kena ulang subjek sebab kes soalan bocor?" soalan diajukan kepada kakak saya, pelajar tahun pertama di UIAM Kuantan.

"Tak lah. Tak pernah pun," saya menarik nafas lega, kerana menjangkakan kejadian mungkin bergantung kepada sejarah. Sejarahnya, tidak pernah berlaku.

Saya abaikan segala berita-berita mengenai kertas matematik perlu diulang semula. Keputusan peperiksaan semester 1 masih belum dapat disemak kerana peningkatan trafik yang terlampau tinggi.

Terngiang-ngiang di telinga sepotong ayat al-Quran yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

(Surah Al-Hujurat, ayat 6)

Tidaklah saya mengelaskan mereka yang berkata itu orang-orang fasik. Namun, ketidakpastian siapakah gerangan yang terlibat atau tuan diri yang mengepos kenyataan itu tidak dikenali, lebih baik berhati-hati untuk cepat mempercayainya.

5 hari berlalu.

Masih rancak diperkatakan mengenai berita tersebut. Saya mula tidak senang duduk.
Salam madam.
Is it true that all students have to re-sit math paper?
Wan Asiah, Group 49
Segera saya mengarang mesej dan menghantarkannya kepada pensyarah matematik. Beberapa minit kemudian, mesej saya berbalas.
Yes, you have to re-sit.
Sorry on behalf of all math lecturers.
Mdm Norasfarizan
Tamat dunia. Gelap seketika. Begitukah?


Tamat peperiksaan di AMF Hall

SIAPA YANG SUKA?

Hanya ada tiga golongan yang menyukai apabila dikhabarkan berita ini.

Pertama, mereka yang tak sempat study, tidak dapat menjawab dengan baik ketika peperiksaan akhir semester dan sekarang sedang bercuti 3 bulan.

Kedua, mereka yang dapat menguasai subjek dengan cemerlang, memang genius dan examination-addicted.

Ketiga, mereka yang mengadu kepada admission and record tentang ketidakadilan 'seseorang' pensyarah yang memberikan soalan peperiksaan kepada rakan-rakan sekumpulan dengannya, tetapi soalan itu tidak sampai kepada dirinya.

Manakala golongan keempat, akan terasa amat dukacita, mereka ini tidak tahu menahu langsung tentang soalan bocor, apatah lagi melihatnya dengan mata kepala sendiri. Sesal dengan apa yang berlaku akibat kecuaian sesetengah pihak. Di mana-mana dinding rakan-rakan di facebook, ada saja pepatah, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Almaklumlah, semestinya saya juga salah seorang dalam golongan keempat. Sekali lagi, sepotong ayat al-Quran membidas perasaan saya ini.

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

(Surah Al-Baqarah, ayat 216)


ENJIN SEJUK

Bercuti selama tiga bulan, membuatkan tahap produktiviti berkurangan dan kurang mantap. Momentum yang terhasil ketika hujung semester hampir kehabisan tenaga dan akhirnya ingin menjadi pegun. Hendak bergerak semula, tenaga (baca : Muhajadah) yang diperlukan amatlah tinggi untuk menghadapi kuasa inertia (baca : Godaan syaitan).

Undang-undang Newton yang pertama menyatakan, sesuatu objek pegun tidak akan bergerak kecuali terdapat daya yang dikenakan kepada objek. Namun, Encik Newton mungkin menceduk ideanya daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud : 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri),

maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
"

(Surah Ar-Ra'd, ayat 11)

Mencari 'daya' itu tidak mudah. Maka, ayat di atas adalah salah satu tamparan (baca : force) yang akan menghasilkan daya.


KESAN PRODUK BONSAI

Ada manusia yang memilih untuk berdiam diri, tidak berkata apa-apa. Study pun malas lagi, nak mencari punca mengapa itu berlaku malas kuasa dua, mungkin.

Ada manusia yang menyendiri, teruskan study untuk skor 4.0 dalam Mathematics I dan tak endahkan apa-apa, walaupun haknya mungkin tidak dipenuhi.

Ada juga yang berusaha untuk mendapatkan penerangan mengapa kejadian itu berlaku, sambil meneruskan study mereka.

Golongan pertama, memang dasar malas menjadi 'tuan' utama. Maka, berilah apapun, dilihatnya seperti acuh tidak acuh. Tidak bersungguh-sungguh.

Golongan kedua, mungkin sudah menjadi produk yang bonsai daripada kerajaan (ops, mungkin juga pihak-pihak lain yang berkaitan.). Mereka mahu bertindak, tetapi ketakutan. Takut untuk mengatakan hak sendiri kerana bimbang akan dikenakan tindakan disiplin, dibuang universiti malah lebih menggerunkan dikenakan waran tangkap penjara dengan alasan membahayakan keselamatan negara.

Majoriti dalam kalangan kita adalah yang berada dalam golongan ini. Sangat dominan, kerana akhirnya peperiksaan semula subjek Matematik pada semester berikutnya berjalan seperti yang diarahkan.

Mereka ada pedang tajam dan perisai ilmu, tetapi ketakutan untuk menggunakannya. Redha dengan takdir Allah, kata mereka untuk menyembunyikan sikap pengecut dalam diri.

Apakah fungsi guaman, kehakiman dan mahkamah?

Mungkin keadaan seperti ini adalah salah satu kesan kegiatan sindiket bonsai seperti yang disebutkan oleh ustaz Hasrizal.

Jika semuanya kita katakan "perlulah redha dengan ketetapan Allah", hapuskan segala institusi kehakiman. Bubarkan jurusan undang-undang. Lucutkan semua jawatan peguam. Biarlah kita akur dengan apa yang berlaku. Redha, jangan buat apa-apa!


6 ulasan:

  1. lol (=.. tape je..wan teror ape math.. chaiyok ukhti!! ngee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho, dalam kes ni mungkin tak apa, dah selesaipun. Result pun dah keluar. Tapi mungkin dalam hal-hal lain, bukankah?

      :-)

      Padam
  2. Cuak sebentar, rupanya review kisah dulu. Ingat naik ni kena retake lagi. Phew.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahaha. Naudzubillah kalau perkara sama berulang. Memang nak lari Asasi UIA lah kalau macam tu. :P

      Padam
  3. ada sedikit pengaruh majalah JOM!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hoho, pepetah "Anda adalah apa yang anda baca"

      Sapa suruh bawak balik kat rumah majalah Jom! hehe. Maka menjadi sedikit Hoyeaah. Hehe

      Padam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!