[Dah banyak orang lain post resipi di blog-blog dan fb. Alhamdulillah memang senang jadi kek ni. Saya pun dah cuba buat.]
BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan buttercup
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur (siap dipukul)
Topping - dicampur kesemuanya & dicairkan menggunakan teknik double boiler.
100g coklat masakan
1 sudu kecil buttercup
4-5 sudu besar susu cair
CARA MEMBUATNYA
1) Masukkan serbuk koko, gula, buttercup, susu cair dan susu pekat manis ke dalam periuk. Pasang api kecil hingga bahan semua larut dan sebati. Ketepikan.
2) Ayak tepung bersama serbuk penaik.
3) Masukkan telur ke dalam adunan. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama serbuk penaik tadi.
4) Kukus selama 1 jam. Sejukkan, kemudian letakan topping coklat di atasnya. Hidangkan setelah sejuk.
Tak sempat nak tangkap gambar cantik-cantik, dah kena makan! |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!