[Amaran : Artikel ini tidak sesekali bertujuan untuk membangkitkan
kekacauan apatah lagi perpecahan, tetapi sebagai rangsangan untuk kita
berfikir kembali mengenai ibadah-ibadah yang kita lakukan seharian,
apakah ia menuruti sunnah ataupun tidak, supaya amalan kita diterima
Allah, insya Allah. Tulisan ini dirujuk dan diubah suai bahasa
berdasarkan ceramah yang disampaikan oleh Dr Asri Zainal Abidin yang
bertajuk 'Debat : Sunnah-Bidaah']
Artikel ini adalah sambungan artikel sebelumnya.
IKTIQAD SESUATU ITU SURUHAN AGAMA, ITU BIDAAH MUNKAR
Dalam al-Azkar, Al-Adab Al-Qiraah, Imam Nawawi (meninggal pada 676H) membantah perbuatan sekelompok manusia di zamannya yang membaca keseluruhan surah al-An'am pada malam ke 7 bulan Ramadhan, sekaligus dalam satu rakaat.
Beliau menyifatkan perbuatan ini sebagai bidaah yang munkar.
Sedangkan, membaca surah dalam solat, sewajarnya tiada masalah. Namun, apabila mereka beriktiqad ianya disuruh oleh agama, itu adalah bidaah.
Bahkan, Imam Nawawi tidak menghasanahkan perbuatan ini.
Dalam syarah sahih Muslim, Imam Nawawi menyebutkan satu perkara lagi.
Ketika Imam Nawawi mensyarahkan hadis Abu Hurairah,
Sebab itu Imam Ibnu Qayyim Jauziah (meninggal pada 751H), dalam kitabnya Al-Manarul Munif, menyebut bahawa semua hadis-hadis yang meletakkan sembahyang-sembahyang khas pada malam-malam tertentu termasuklah hari Jumaat, tidak tsabit daripada nabi, bahkan ianya palsu.
Berkata Imam Nawawi lagi,
Berkenaan solat ini, ianyanya dilakukan pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Sedih sekali, amalan dan hadis palsu ini digalakkan dan disebut dalam kitab Ihya' Ulumuddin.
Al-Hafiz Zainuddin Al-'Iraqi (meninggal pada 806H), guru kepada Ibnu Hajar Al-Ashqalani (meninggal pada 852H), mentakhrijkan kitab Ihya' memberitahu kepalsuan hadis ini.
Inilah hakikatnya. Namun, lidah-lidah jahat seringkali melemparkan tohmahan kepada bahawa, jika kita mengkritik Ihya' Ulumuddin, dikatakan kita lebih hebat daripada Imam Al-Ghazali!
Berkata Al-Hafiz Az-Zahabi, Imam Al-Ghazali itu seorang Imam besar, bukan syarat orang 'alim untuk beliau tidak melakukan kesalahan. Seandainya beliau melakukan kesalahan, ini tidak bermakna beliau tidak 'alim.
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Kathir, dalam Bidayah wa An-Nihayah,
NASIHAT PARA ULAMA' KEPADA KITA
Berkata Syaikh Syuaib Al-Arma'uth, seorang muhaqqiq (penganalisis) kepada kitab Siar A'lam An-Nubala',
Berkata Imam Nawawi lagi,
Dalam Majmuk Syarah Muhaddzab, Imam Nawawi menyetujui tokoh-tokoh Syafie yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya,
Hal ini kerana hadis nabi daripada Jarir bin Abdillah Al-Bajali, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.
Al-Imam Sayuti (meninggal pada tahun 911) juga membuat perbahasan berkenaan dengan bidaah hasanah. Katanya,
Imam Sayuti berkata lagi dalam kitabnya Al-'Amru bi At-Tiba'i wa Nahyu 'an At-Tida'i,
Para Ulama' seperti Imam 'Izzuddin Abdus Salam, Imam Nawawi dan Imam Sayuti menggunakan perkataan bidaah hasanah. Namun, maksud yang dikatakan mereka berbeza dengan realiti hari ini, dan apa yang difahami oleh orang yang kemudian.
Ada juga yang menggunakan hujah istilah bidaah hasanah digunakan oleh Saidina Umar r.a. ketika solat tarawih, iaitu 'ni'ma bidaah' bermaksud 'sebaik-baik bidaah'. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan al-Muwattha',
MENGAPA ABU BAKAR R.A. TIDAK MELAKUKAN BERJAMAAH?
Imam Syatibi sudahpun memberi jawapan kepada kita,
(Bersambung ke siri 4)
Saidina 'Umar r.a. pernah menyebut bidaah hasanah? |

Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata 'As-salamualaikum wa Rahmatullah' sebelah kanan, dan 'As-salamualaikum wa Rahmatullah' sebelah kiri.Bahkan yang sahih dalam hadis ini (sahih muslim) dan selainnya iaitu dengan meninggalkan tambahan itu.
Tidak disunat menambah 'Wa Barakatuh', sekalipun ianya disebut dalam hadis yang dhaif, dan disyaratkan oleh sebahagian ulama', namun ianya satu yang bidaah kerana tiada hadis yang sahih (yakni yang menganjurkannya).
Ketika Imam Nawawi mensyarahkan hadis Abu Hurairah,
Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam lain. Jangan kamu mengkhususkan pada hari Jumaat puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain. Kecuali dalam bilangan hari seseorang itu berpuasa padanya.Larangan Rasulullah SAW dalam hadis Muslim.
Sebab itu Imam Ibnu Qayyim Jauziah (meninggal pada 751H), dalam kitabnya Al-Manarul Munif, menyebut bahawa semua hadis-hadis yang meletakkan sembahyang-sembahyang khas pada malam-malam tertentu termasuklah hari Jumaat, tidak tsabit daripada nabi, bahkan ianya palsu.
Berkata Imam Nawawi lagi,
Pada hadis ini larangan yang nyata bagi mengkhususkan pada malam Jumaat dengan satu solat yang tiada pada malam-malam lain dan puasa pada siangnya seperti yang dinyatakan. Sepakat para ulama' akan kemakruhannya. Para ulama' berhujah dengan hadis ini mengenai kesalahan solat (bidaah) yang dinamakan solat al-Raghaib. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan perekanya. Kerana sesungguhnya ia adalah bidaah yang mungkar dan bidaah yang sesat.PARA ULAMA' TIDAK MAKSUM
Padanya kemungkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama' telah mengarang karangan yang berharga, begitu banyak dalam memburukkannya dan menghukum sesat orang yang menunaikan solat tersebut dan perekanya.
Namun, para ulama' telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilan kesesatan solat tersebut.
Berkenaan solat ini, ianyanya dilakukan pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Sedih sekali, amalan dan hadis palsu ini digalakkan dan disebut dalam kitab Ihya' Ulumuddin.
Al-Hafiz Zainuddin Al-'Iraqi (meninggal pada 806H), guru kepada Ibnu Hajar Al-Ashqalani (meninggal pada 852H), mentakhrijkan kitab Ihya' memberitahu kepalsuan hadis ini.
Semoga Allah mengampunkan kita dan Imam Al-Ghazali rahimahullah. Kita bersangka baik kepadanya dengan menganggapnya tidak mengetahui ini hadis palsu, kerana beliau bukan ahli dalam bidang hadis seperti yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh hadis yang lain.Dalam Ihya' Ulumuddin, Imam Ghazali ada satu bab, beliau menyebutkan haram meriwayatkan hadis palsu. Jadi, sekiranya bertemu hadis palsu dalam kitabnya, bukanlah disengajakan oleh Imam Ghazali.
Inilah hakikatnya. Namun, lidah-lidah jahat seringkali melemparkan tohmahan kepada bahawa, jika kita mengkritik Ihya' Ulumuddin, dikatakan kita lebih hebat daripada Imam Al-Ghazali!
Berkata Al-Hafiz Az-Zahabi, Imam Al-Ghazali itu seorang Imam besar, bukan syarat orang 'alim untuk beliau tidak melakukan kesalahan. Seandainya beliau melakukan kesalahan, ini tidak bermakna beliau tidak 'alim.
Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Kathir, dalam Bidayah wa An-Nihayah,
Ketika berada di Damsyik dan Baitul Maqdis, Imam Al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya' Ulumuddin, ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi banyak ilmu berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati, namun padanya banyak terdapat hadis yang gharib, munkar dan palsu.Berkata Al-Hafiz Ibn Jauzi (meninggal pada 597H), dalam Talbisul Iblis menyebutkan,
Kemudian datang Abu Hamid Al-Ghazali menulis untuk golongan Sufi kitab Ihya' berdasarkan pegangan mereka. Beliau memenuhi bukunya dengan hadis-hadis yang batil, yang beliau tidak mengetahui kebatilannya.Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah tentang Ihya' berkenaan dengan kepalsuan hadis yang terdapat di dalamnya.
NASIHAT PARA ULAMA' KEPADA KITA
Berkata Syaikh Syuaib Al-Arma'uth, seorang muhaqqiq (penganalisis) kepada kitab Siar A'lam An-Nubala',
Al-Hafiz Abu Fadhil Abdul Rahim Al-'Iraqi telah menyemak hadis-hadis Ihya' Ulumuddin ke semuanya, dalam sebuah kitab yang dinamakan Al-Mughni Anhamdil Asfar, Fil Asfari Fi Takhrijil Ma Fil Ihya' Minal Akbar, ia dicetak bersama dengan Ihya'. (Dibaca kitab ini bersama dengan Ihya').Imam Nawawi tidak mengatakan "apa salahnya, itu hanya solat sunat biasa!". Namun, beliau menyifatkan ini bidaah yang sesat kerana solat memerlukan nas.
Beliau telah menunjukkan setiap hadis kepada sumbernya, serta menyatakan kedudukannya. Kebanyakkan hadis yang beliau menghukumnya sebagai dhaif atau palsu atau tidak ada asal daripada ucapan nabi sallahu 'alayhi wa sallam. Maka hendaklah para penulis, khatib, guru dan penceramah berhati-hati dalam memetik hadis-hadis Ihya' selagi mereka tidak jelas kesahihannya menerusi semakan Al-Hafiz Al-Iraqi.
Berkata Imam Nawawi lagi,
Bidaah yang buruk lagi munkar, jangan terpengaruh dengan orang ramai yang banyak, yang melakukannya di banyak negeri, juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam Kutb Qulb dan Ihya' Ulumuddin.BERKENAAN KENDURI KEMATIAN
Dalam Majmuk Syarah Muhaddzab, Imam Nawawi menyetujui tokoh-tokoh Syafie yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya,
Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada nabi sallahu 'alayhi wa sallam sedikit pun. Ia adalah bidaah yang tidak disukai.Imam Nawawi tidak mengatakan perbuatan ini sebagai bidaah hasanah. Bahkan, Syeikh Daud Fattani juga menyebutkan benda yang sama. Kitab-kitab seperti Sabil Al-Muhtadin, Riyadu At-Tholab, juga menyebutkan perkara yang sama.
Hal ini kerana hadis nabi daripada Jarir bin Abdillah Al-Bajali, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Nawawi dalam Majmuk.
Kami menganggap berhimpun di rumah si mati dan menyediakan makanan termasuk di dalam meratapi kematian.SIAPA LAGI YANG GUNA PERKATAAN 'BH'
Al-Imam Sayuti (meninggal pada tahun 911) juga membuat perbahasan berkenaan dengan bidaah hasanah. Katanya,
Bidaah hasanah disepakati keharusannya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang niatnya baik...(seterusnya)Namun begitu, Imam Sayuti tidak menganggap bidaah hasanah dalam perkara-perkara ibadat, tetapi beliau memaksudkan perkara yang sama dengan Imam 'Izzuddin Abdus Salam. Katanya,
Ketahui olehmu semoga Allah merahmatimu, membesarkan hari tersebut (solat Raghaib) pada malam Jumaat pertama bulan Rejab, hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun.
Diriwayatkan mengenainya dengan hadis yang palsu dengan kesepakatan ulama' yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib. Ketahuilah sesungguhnya solat bidaah ini menyanggahi kaedah-kaedah Islam dalam beberapa bentuk.
Imam Sayuti berkata lagi dalam kitabnya Al-'Amru bi At-Tiba'i wa Nahyu 'an At-Tida'i,
Daripada bidaah yang sayyiah (ada was-was dalam niat) ia bukan daripada perbuatan nabi sallahu 'alayhi wa sallam dan para sahabat. Mereka tidak pernah melafazkan sedikitpun niat solat, melainkan hanya terus takbir. Allah berfirman, 'laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanah'.'UMAR R.A. JUGA PERNAH MENYEBUT 'BH'
Para Ulama' seperti Imam 'Izzuddin Abdus Salam, Imam Nawawi dan Imam Sayuti menggunakan perkataan bidaah hasanah. Namun, maksud yang dikatakan mereka berbeza dengan realiti hari ini, dan apa yang difahami oleh orang yang kemudian.
Ada juga yang menggunakan hujah istilah bidaah hasanah digunakan oleh Saidina Umar r.a. ketika solat tarawih, iaitu 'ni'ma bidaah' bermaksud 'sebaik-baik bidaah'. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan al-Muwattha',
Daripada Abdul Rahman bin Abdul Qari' berkata : "Pada suatu malam di bulan Ramadhan, aku keluar bersama Umar ibn Khattab. Didapati orang ramai berselerakkan. Ada yang solat sendirian, ada pula yang solat berkumpul (mengikut imam)".Maka, banyak ustaz-ustaz menggunakan hadis ini bahawa Umar r.a. menyifatkan solat tarawih berjamaah adalah perbuatan bidaah hasanah. Namun begitu, perlu diingat bahawa solat tarawih berjamaah hakikatnya telah dimulakan di zaman Nabi sallahu 'alayhi wa sallam, dengan nas al-Bukhari juga.
Umar berkata : "Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik."
Kemudian beliau melaksanakannya. Dihimpunkan mereka, diimamkan oleh Ubay bin Kaab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat diimamkan oleh Ubay bin Kaab.
Kata Umar : "Sebaik-baik bidaah adalah perkara ini, sedangkan mereka (orang yang tidur) pada akhir malam lebih daripada mereka yang bangun pada awal malam.
Sesungguhnya Rasulullah sallahu 'alayhi wa sallam keluar pada satu pertengahan malam, baginda bersolat di masjid. Beberapa orang mengikut baginda (makmum). Pada pagi esok, orang ramai bercerita mengenainya, maka berhimpunlah lebih daripada malam sebelumnya.Kata Imam Syatibi, hadis ini mempunyai 'illahnya kerana zaman Rasulullah SAW itu adalah zaman penurunan wahyu.
Baginda bersolat dan mereka mengikut bersama. Dan pada pagi esoknya, orang ramai bercerita lagi. Dan bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiganya. Rasulullah SAW keluar bersolat dan mereka ikut bersama.
Apabila malam keempat, baginda tidak keluar ke masjid sehingga masuk waktu subuh. Selesai solat subuh, baginda menghadap orang ramai dan bersabda (yang bermaksud), "Sesungguhnya bukan aku tidak mengetahui penantian kalian, tetapi aku bimbang di fardhukan (solat tarawih) ke atas kalian lalu kalian tidak mampu. Hal sebegini berlaku sehinggalah Rasulullah SAW wafat.
Renungilah hadis ini, ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadhan.Jadi, tidak ada masalah sekiranya di zaman 'Umar r.a., beliau melakukannya kerana wahyu tidak turun kepadanya.
Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardhukan. Ini menunjukkan ianya tidak dilarang secara mutlak. Kerana zaman baginda adalah zaman wahyu dan tashri' (perundangan).
Ada kemungkinan akan di wahyukan kepada baginda sebagai satu kewajipan jika manusia mengamalkannya. Apabila 'illah tashri' telah hilang dengan wafatnya nabi, maka ia kembali kepada asal.
MENGAPA ABU BAKAR R.A. TIDAK MELAKUKAN BERJAMAAH?
Imam Syatibi sudahpun memberi jawapan kepada kita,
Adapun Abu Bakar tidak mendirikannya secara berjamaah adalah kerana salah satu daripada berikut;Oleh itu, mengambil dalil 'Umar dalam solat tarawih secara berjamaah untuk menghasanahkan sesuatu bidaah adalah tidak boleh digunapakai pada perkara-perkara yang tidak ada pada zaman nabi sallahu alayhi wa sallam. Hal ini kerana 'Umar r.a. tidak mencipta solat baru tetapi hanya melakukannya secara berjamaah, bahkan secara berjamaah itupun pada hakikatnya telah wujud di zaman nabi sallahu 'alayhi wa sallam.
1) Beliau berpendapat solat orang ramai pada akhir malam adalah lebih afdhal daripada dihimpunkan satu imam pada awal malam.
2) Kesempitan di waktu pemerintahannya, iaitu hanya diperintah oleh beliau sekitar 2 tahun 3 bulan sahaja, untuk melihat urusan-urusan cabang seperti ini sedangkan beliau sibuk dengan isu-isu murtad dan selain daripadanya.
(Bersambung ke siri 4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!