Segar bila tengok muka kucing..
"Nerakalah bagi wanita itu!" sabda Rasulullah SAW.
"Mengapa ya Rasulullah?" tanya para sahabat, kebingungan.
"Wanita itu telah mengurung seekor kucing sehingga mati kelaparan," sabda baginda memberi penerangan.
Islam itu syumul, lengkap dan sempurna. Islam itu membela yang dizalimi, termasuk binatang. Penganaiyaan terhadap binatang tetap ada hukumannya, jika penganaiya itu seorang manusia.
RAWATAN THERAPEUTIK
Tahukah anda?
Kucing adalah haiwan ciptaan Allah yang sangat comel di samping mempunyai beberapa kelebihan sekiranya kita memeliharanya.
Antaranya ialah :
1-Dapat hidup lebih lama (sekadar kajian, ajal maut ditangan tuhan=wajib salah+harus betul.)
2-Menurunkan tekanan darah yang tinggi
3-Kurang terdedah dengan risiko serangan jantung
4-Kurang derita penyakit stress
5-Daya tahan emosi yg kuat dan tak mudah tertekan
6-Kurang agresif
Selain itu, kucing juga tak perlukan Vitamin C dalam dietnya!
Kenapa?
Sebab mereka boleh menjana sendiri vitamin C dalam tubuh, tidak seperti manusia.
Satu lagi yang perlu kita tahu, kucing tak boleh menghadamkan laktosa dengan sempurna. Laktosa adalah sejenis kabohidrat yang ada dalam susu. Susu lembu banyak laktosa.
Kucing dewasa pun tak boleh nak hadamkan dengan baik, inikan pula anak kucing. Jadi, kalau jumpa anak kucing, jangan senang-senang bagi susu lembu padanya, kang sakit perut nanti! (bukan dia bagitau kat kita).
Kucing ni walaupun kecil, dia termasuk dalam kumpulan pemangsa. Naluri dia nak berburu tu tetap ada walaupun dia manja ataupun jinaklah. Bagi yang pernah ataupun sedang bela kucing, pernah tak kalau ada dia bawak balik tikus ka, burung atau apa-apa ?
Ada sesetengah orang dia akan kata :
"Apa pasal miau ni bawa balik burung? Tak cukup lagikah makanan yang aku bagi?"
Sebenarnya dia buat seperti itu sebab dia nak memberi penghargaan kepada tuan yang jaga dia. Cuma bakat dia berburu, jadi dia cari la binatang-binatang tu nak bagi kat kita. Kita pulak tak faham, buang terus benda tu. Kiranya macam tak hargai pemberian dia kan? Kalau dia tau mesti sedih.
Ha, kucing pun ada perasaan jugak. Dia boleh tunjukkan reaksi yang dia seronok, sedih, takut, terkejut, melalui misai, telinga dan mata. Hah? Ya, betul.
Antara reaksi kucing :
1) Happy ; mata buat, misai relaks
2) Puas hati ; mata setengah tutup, misai relaks
3) Berjaga-jaga; mata buat, misai ke bawah
4) Nervous; telinga ke belakang, misai ke bawah
5) Marah & takut ; telinga rata, mata 'narrow', misai ke bawah.
Kucing juga suka naik ke tempat tinggi (terutamanya yang jantan) sbb nk tengok kawasannya.
Selain tu, dia ni boleh la nak kata bijak, sebab dia tak akan berak tempat yg dia makan. Jadi, kalo tok sir dia berak, bagi la makan.
Kucing pun boleh sedih dan menangis. Kadang-kadang kita nampak mata dia berair semacam...memang dia menangis pun, cuma tak teriak kuat-kuat ja, tak da bunyi. Kucing ni akan kerap nangis sebab stress. Hah? la..miau pun stress??Bila lak?
Dia akan stress selalunya daripada 2 sebab:
1) Waktu bunting; mungkin dia tak cukup vitamin, kalsium-cepat penat la.kalau nk jaga betul2, tak nak dia nangis, bagi suplemen.
2) Mungkin dia ada penyakit, kecacingan, kurap dsb. Bawa sekali sekala miau ni jumpa dengan veterinar.
1) Pastikan bagi makanan bila sampai masa (ngada2nya..hehe)
2) Bermain dengan miau (ada ka bela pas2 xnk main...sedih la )
3) Buat pintu kecik dekat rumah supaya dia mudah nk gi jumpa kawan2 kat luar (hehe, kira nk bebas la nih)
4) Jangan marah miau bila dia nangis (kira kna pujuk la...kna peka bila dia berair mata)
5) Bagi masa yang kualiti untuk bersama kucing (kira yg kondusif la)
6) Kalau sibuk sangat, kena bagi anak miau duk sekali dengan miau kita-mudah bersosial.
Ada lagi satu kisah, seorang yang sangat dahaga berjalan di padang pasir dan terjumpa perigi dan cepat-cepat turun untuk minum air. Tiba-tiba ada anjing yg dahga juga datang di sisinya, sangat dahaga seperti dia tadi. Tanpa berlengah, dia segera turun ke dalam perigi itu semula untuk menadah air ke dalm kasutnya lalu diberi kepada anjing tu. Dijanjikan syurga kepadanya walaupun dia bukan ahli ibadah.
Nampak? Kita kena prihatin dgn segala makhluk wal hal dia tu binatang sekalipun. Kita juga tak tahu amalan yang mana ALLAH suka.
**Gambar kat atas tu contoh muka miau happy; mata bulat & misai relaks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!