Kepalsuan Fakta Sejarah


Fakta sejarah yang ada dalam buku teks kementerian tu, sebenarnya bukan fakta yang benar dan sahih...
Setakat ni baru check yg tingkatan 4, bab 4 & 5 sahaja.

Ikut dalam pengetahuan ana, dalam buku tarikh Islam yang terbitan Pustaka Salam (utk silibus tingkatan 1, 2, 3), & buku Sirah darjah 4, 5, 6 yang SRI-SMI Berhad punya. Memang banyak percanggahan.

Antara yang sesangat ketara ialah :
1) Buku sejarah : Ejaan Tabliq تبلق; 
Sepatutnya: Tabligh تبلغ. Ejaan jawi yg dirumikan kena betul sebab buleh bawa maksud lain.

2) Buku sejarah :Abu Lahab digelar Abu Jahal;
Sepatutnya: Abu Jahal adalah seseorang gerangan yang lain, dia digelar Abu al-Hakam dan mati dalam perang badar di bunuh org Mushrik. Dia juga merupakan saudara nabi SAW. Abu Jahal pula mati dalam keadaan yang hina iaitu penyakit kudis.

3)Buku sejarah : Ejaan nama tokoh (Abdullah bin Arqat)
Sepatutnya : Abdullah bin Uraiqit عبدالله بن أريقيت

4) Buku sejarah : Ejaan puak bani Qunaiqa'
Sepatutnya : Qainuqa'

5) Buku sejarah : Perang tabuk berlaku pada 8 Hijrah
Sepatutnya : Berlaku pada 9H, iaitu ghazwah terakhir yg disertai Rasullullah. Tahun 8H cuma berlaku ghazwah Hunain & Mu'tah sahaja.

Mak oi......dah berapa lama buku tu diterbitkan? Sepatutnya bila dah ada kesalahan, kena perbetulkan cepat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!