Maklum balas yang diterima daripada RapidPg

 Bas ni la kut yang keja penuh dengan bangla entah mai mana-sibuk ja!!

Hari itu bas rapid lambat. Tersangat lambat.

Saya keletihan ketika itu. Lemah dan layu kerana hari sebelumnya saya terlupa makan nasi. :P

Seperti hari-hari lain, saya menaiki bas rapid ketika pulang lewat dari sekolah, lebih kurang 4.30 petang kerana menghadiri kelas tambahan.


Saya menghantar aduan kepada rapidpg care line.

Sent: Friday, July 02, 2010 6:34 PM
To: rapidcare@rapidpg.com.my
Subject: Ketiadaan Bas


Salam sejahtera.
Saya penumpang setia bas Rapid Penang dan juga seorang pelajar sekolah.

Pada sebelah pagi ketika ke sekolah, rasanya tiada masalah. Kalau ada pun jarang-jarang sahaja.

Syabas dan tahniah kepada Rapid Penang.

Masalah berlaku ketika waktu pulang dari sekolah(4.30-5.30 ptg). Saya menggunakan bas 101 daripada sekolah untuk ke KOMTAR dan tukar bas di KOMTAR kepada 307 atau 401E kerana destinasi saya ke PISA.


Bas 101 selalu penuh dengan penumpang, hinggakan kadang-kadang 4-5 biji bas lalu, masih penuh....saya tidak berpeluang untuk menaikinya.

Bas selalu penuh dengan penumpang-penumpang asing, pastinya.
Ada juga pemandu bas yang tidak berhenti langsung walaupun saya menahannya.(w/p ketika itu bas tidak penuh dgn penumpang)

Akibat mengambil masa terlalu lama untuk menunggu bas 101, saya selalu ketinggalan bas di KOMTAR(307/401E), hingga masa puncak trafik jam, iaitu 5.30 petang.


Kalau tidak mustahil, saya harap pihak rapid penang dapat memperbanyak bas ketika masa tersebut.(Sebab penumpang memang sangat banyak ketika saya gunakan perkhidmatan rapid itu)


Sebelum ini, perkara ini tidak berlaku, tetapi baru berlaku semenjak 4-5 minggu ini.


Harap rapid penang dapat ambil tindakan supaya sentiasa menjadi pengangkutan pilihan ramai.

Terima kasih.
 Dan emel saya itu berbalas seperti berikut :

Saudari,
Sebagai makluman saudari, perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.

Sebagai syarikat pengangkutan awam pilihan berorientasikan pelanggan, Rapid Penang sentiasa komited dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk  kesenangan dan kemudahan penduduk di Pulau Pinang. Dalam pada itu, Rapid Penang mengalu-alukan sebarang maklum balas membina bagi membantu pihak syarikat meningkatkan perkhidmatan sedia ada.

Demi kepentingan golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan para pelajar sekolah, Rapid Penang turut menawarkan bayaran harga tambang konsesi (separuh harga) bergantung kepada jarak perjalanan. Sebagai tambahan, bermula 1 September 2009, Rapid Penang turut memperkenalkan ‘preferred pass’ untuk pengguna setia Rapid Penang. ‘preferred pass’ untuk penggunaan tanpa had dalam tempoh sebulan dijual pada harga RM70.00. Ini bermakna, para komuter cuma perlu membayar RM2.30 sehari untuk perjalanan tanpa had bersama Rapid Penang. Semua permohonan boleh dibuat di Ibu Pejabat Rapid Penang, Lorong Kulit dan melalui laman web Rapid Penang di www.rapidpg.com.my. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 04-2381313.

Sementara itu, dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan sedia ada, Rapid Penang turut menyediakan kemudahan perkhidmatan Rapid ICIS yang membolehkan masyarakat umum mengetahui tempoh ketibaan bas. Melalui perkhidmatan tersebut, saudara boleh menghubungi talian 04-2381313 dari pukul 5.30 pagi sehingga 12.30 tengah malam bagi sebarang maklumat lanjut mengenai operasi dan tempoh masa ketibaan bas.

Sekian terima kasih.
 
Rapidpenang
Regards,
Jaslinna Mohamed Yusoff
Executive
Creative &  Communications
Tel: (+6) 04   238 1313
Fax:(+6) 04   2281070

"The Preferred Public Transportation"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!