Kenapa Kamu Bertudung?


"Dik dari sekolah mana ni?" tanya seorang kakak lewat usia 20-an, ketika bertemu kami di Tasik Dayang Bunting.

"Al-Islah, Sungai Petani," jawab Aimaan, ringkas.

"Eii...awat tudung lagu tuh...pelik betul...," kata mereka sambil mentertawakan kami, tanpa rasa bersalah mempersendakan syi'ar agama sendiri.

Merah padam muka kami dibuatnya. Dihina di sebuah bumi yang kononnya negara Islam. Dihina oleh seorang wanita Melayu lagi muslimah tetapi bertudung nipis ibarat penapis kacang soya.

Itulah peristiwa biasa yang saya alami ketika bersiar-siar di mana-mana saja. Walaupun di negara sebuah negara agama rasminya Islam, bertudung labuh sudahpun dilihat sesuatu yang pelik. Dan, saya yakin, itu bukan hanya pengalaman saya seorang, bahkan ke semua pemakai tudung labuh mesti pernah mengalami peristiwa di atas.

Maafkan golongan seperti mereka. Mungkin mereka terlalu jahil dalam agama, meskipun hanya soal pakaian. Malangnya nasib golongan seperti mereka andainya berterusan hingga menemui ajal kelak. Sesal kemudian tentu tiada lagi gunanya.


ANTARA PERINTAH ALLAH DAN SEBAB LAIN

"Mengapa kamu bertudung?" tanya Jannah kepada Fatin.


"Ala...awak takkan tak tahu, dunia sekarang banyak lelaki mata keranjang. Untuk jaga keselamatan diri, memakai tudung adalah tindakan terbaik," balas Fatin.

Ada pula yang berkata nak nampak kemas, bersih, sesuai dengan agama Islam itu bersih.

Dialog di atas adalah rekaan semata. Hakikatnya, itulah persepsi kebanyakkan wanita pada zaman ini. Bertudung sekadar mengetahui alasan-alasan yang tidak pasti mengapa perlu melakukan sedemikian. Alasan yang dikemukakan oleh si Fatin tadi mungkin boleh diterima sekiranya dia berada di sebuah negara yang dipenuhi dengan lelaki yang rendah moral akhlaknya.

Namun, apa pula alasan yang boleh dicipta andainya si Fatin tadi mendapat guard sekuriti (yang boleh dipercayai) 24 jam bersamanya, atau kebanyakan lelaki yang sentiasa menundukkan pandangan?

Alasan yang dikemukakannya tentu sekali tidak boleh digunapakai ketika itu. Jadi, berkemungkinan si Fatin tadi untuk tidak mengenakan tudung lagi kerana tiada alasan lagi.

Manakala alasan berpakaian kerana menjaga kebersihan dan kekemasan mungkin tidak lagi munasabah andainya kita hendak mempromosikan keindahan Islam kepada non-muslim di Jepun. Masyarakat Jepun lebih tertib dan terjaga kebersihan dan kekemasan berbanding kita.

Menjaga keselamatan diri dan menampakkan kekemasan itu hanyalah salah satu daripada hikmah mengenakan tudung dan pakaian, bukan sebab utama.

Sebab mengapa perlu memakai pakaian menutup aurat hendaklah jelas kerana mematuhi perintah Allah (ibadah) berdasarkan firman Allah SWT,


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(Surah al-Ahzab, ayat 59)

ITU KETAT DAN INI PUN KETAT
Beginilah perumpamaan tudung moden zaman kini
Mari kita mengembalikan ingatan kita kepada pemandangan Malaysia sekitar 90-an. Eh. Bukan pemandangan, tetapi pemakaian rakyatnya. Ketika itu, seluar 'jin' telah dicuri oleh manusia. Kebanyakan seluar jenis jeans ini bersaiz ketat. Itulah yang menjadi peragaan anak-anak muda dan dijadikan kebanggaan trend zaman itu.

Meningkat masa, bukan saja seluar, ketat itu sudah mengenalkan cirinya pada baju. Baju budak 5 tahun dipakai oleh remaja berusia 25 tahun. Ketat lagi menyeksakan!

Masa berlalu, pengaruh filem Indonesia makin menjadi-jadi. Dengan itu, lambakan tudung ibu Arini menjadi tumpuan utama seluruh pasar raya di Malaysia.

Dengan itu, lengkap sudahlah dari hujung kaki ke rambut, segala-galanya ketat!

CIRI MENUTUP AURAT



Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya menyatakan ciri pakaian yang mencukupi syarat menutup aurat ialah :

1) Menutup semua badan kecuali apa-apa yang biasa nampak. (Contoh : Muka dan tapak tangan)

2) Tidak nipis dan tidak mengikut bentuk tubuh.

 Sabda junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW:

"Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain berbuat maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya."

(Hadis Riwayat Muslim)

Maksud berpakaian tetapi telanjang, ialah pakaian yang tidak berfungsi sebagai penutup aurat. Ketika satu peristiwa ada pengantin baru berkahwin yang memakai tudung nipis, maka Aisyah r.a. berkata kepadanya :

"Perempuan yang memakai tudung seperti ini bererti dia tidak beriman dengan surah An-nur."

3) Tidak menyerupai pakaian lelaki.

4) Tidak menyerupai pakaian keagamaan yang lain.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dari golongan mereka."

(Hadis Riwayat Thabrani)

5) Cara berjalan dan perkataan yang baik, tidak di didayu-dayukannya.

Firman Allah:
"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). "

(Surah Al-Ahzab, ayat 32)

6) Tidak menarik perhatian dari segi bau-bauan atau dengan bunyi-bunyian.

Firman Allah:
"Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka."

(Surah An-Nur, ayat 31).

Sabda junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

 "Seseorang perempuan apabila memakai wangian kemudian dia berjalan di hadapan lelaki maka bererti dia adalah perempuan lacur."

(Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi. Taraf : Hasan Sahih).


Rujukan : Halal dan Haram dalam Islam. m/s224, Dr  Syeikh Yusuf al-Qardhawi., (Pustaka Nasional, 1984)

7 ulasan:

  1. @ mutiara bd

    annibu comel pakai macam tu.. :) tapi bila bertukar jadi orang, alahai....

    BalasPadam
  2. @ Uswatul Hasanah

    Dak. Bukan kucind belaan sendiri pun. Alley cat dalam internet ja kot.. :P

    Itu kucing yg telah menyerupai annibu (arnab). Macam tu lah manusia yg pakai tudung tak sempurna.

    Kalau kucing jadi arnab, manusia pula jadi macam apa? hehe :)

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!