Nasi Briyani yang sudah siap! |
Hidangan untuk 8 orang (dewasa).
Anggaran masa penyediaan, 3 jam.
BAHAN BAHAN
Ramuan Untuk Ayam
1 1/2 hingga 2 kg ayam dipotong lapan
1 sudu teh garam
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak sayuran
3 tangkai daun ketumbar - dicincang
3 biji tomato - dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 sudu teh cili boh
4 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan putih
Segenggam daun pudina
Bahan A
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - dihiris nipis
Bahan B - dikisar dengan 1/2 cawan air
5cm halia
10 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 biji cili hijau
1 labu bawang besar
Bahan C - digaul rata dan biarkan selama 5 minit
4 sudu besar susu tepung penuh krim frenleaf
1 cawan air suam
1 sudu besar jus lemon
Ramuan Untuk Nasi
1kg @ 7 1/4 cawan beras basmati
4 sudu besar minyak sapi
4 tangkai serai - ditumbuk
10 helai daun pandan - disimpulkan
1 cawan susu tepung penuh krim fernleaf + 9 cawan air suam
3 sudu kecil garam
2 cawan air*
*nisbah 1 cawan beras basmati bersamaan dengan 1 1/2 cawan air. Jadi, 7 1/4 cawan beras memerlukan 11 cawan air. Air suam sudah dicampur dengan susu sebanyak 9 cawan. Jadi, hanya perlu tambahkan lagi 2 cawan air sebelum menanak. Boleh juga diubah kadar nisbah mengikut selera masing-masing. Kalau suka nasi yang sedikit keras, tak perlu tambah air dah.
Bahan D
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih - dicincang
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Dalca Penang. Opss, sudah tinggal separuh baru teringat nak ambil gambar. |
Ramuan Untuk Dalca Penang (Resepi Mak) - Dalca ni sangat sedap. Berkhasiat, kaya dengan kalsium. Hehe. Kalau nak masak saja-saja pun boleh. Tak gandingkan dengan nasi briyani pun boleh.
100g kacang dal (parpu)
300g daging lembu/ayam/kaki ayam
40g rempah daging/ayam (mengikut jenis protein yang diletakkan)
200g santan
3 sudu besar air asam jawa
Sayur-sayuran (lobak merah, pisang, terung, ubi kentang, kacang panjang, tomato, bendi dan lain-lain yang digemari)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan E
5 tangkai daun kari
2 sudu halba campur
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar halba campur
Bahan F - dikisar halus
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Ramuan Tambahan Untuk Penyediaan
1 cubit saffron/pewarna kuning/kunyit + 1/2 cawan air mendidih
2 sudu besar air bunga mawar
4 sudu besar minyak sapi- dicairkan
Segenggam daun pudina
Segenggam kacang gajus - dibakar terlebih dahulu
2 kotak kismis hitam
Sedikit bawang goreng
Bahan G - digaul rata
4 sudu besar susu tepung penuh krim fernleaf
1/2 cawan air suam
CARA MEMBUAT
Penyediaan Ayam
1) Gosokkan bancuhan susu tepung penuh krim fernleaf (bahan C) dan garam ke atas kepingan ayam dan diperap selama 15 minit atau lebih.
2) Panaskan minyak sayuran dan minyak sapi. Goreng bahan A sehingga wangi.
3) Masukkan bahan B. Tumiskan. Masukkan ayam.
4) Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali daun pudina dan masak ayam sehingga hampir kering.
5) Masukkan daun pudina dan masak selama 5 minit lagi.
Penyediaan Nasi
1) Panaskan minyak sapi dan goreng bahan D sehingga wangi.
2) Masukkan beras dan tumiskan.
3) Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan bancuhan susu tepung penuh krim fernleaf dan baki ramuan dan kacau rata.
4) Hidupkan suis periuk nasi. Apabila nasi sudah masak, keluarkan rempah dan daun.
Penyediaan Dalca Penang
1) Kacang dal direndam selama 4 jam. (Semakin lama, lebih senang dimasak)
2) Rebus kacang dal, daging/ayam dan rempah daging dalam periuk. Ketepikan seketika di atas dapur.
3) Tumis dalam kuali yang berasingan bahan E dan bahan F sehingga naik bau. Setelah selesai, masukkan kedalam periuk tadi.
4) Masukkan santan dan air asam jawa ke dalam periuk.
5) Masukkan sayur-sayuran. Tunggu hingga mendidih. Padamkan api.
Penyediaan Hidangan
1) Masukkan air saffron/serbuk kunyit/pewarna kuning, air mawar, minyak sapi dan bahan G ke dalam mangkuk pengadun.
2) Keluarkan 2/3 nasi yang telah masak dari periuk nasi dan masukkan ke dalam mangkuk adunan yang lebih besar.
3) Taburkan campuran air saffron/kunyit tadi pada 2/3 nasi dan digaul rata.
4) Campurkan semula nasi 1/3 yang berbaki kedalam periuk 2/3 tadi dan digaul sedikit sahaja.
5) Keluarkan semua 1/2 nasi dari periuk besar. Masukkan ketulan ayam yang telah dimasak dan sosnya tadi dan ke atas nasi dalam periuk besar.
6) Tutupkan ketulan ayam dengan nasi 1/2 lagi tadi. Taburkan gajus, kismis, daun pudina dan bawang goreng. Hidupkan suis periuk nasi @ masak dengan api kecil di atas dapur sehingga naik wap.
7) Hidangkan bersama kuah dalca Penang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!