Sayakah Seorang yang Pelik?

Saya adalah diri saya

"Esok nak pegi QB dak?", tanya salah seorang kawan rapat saya di Almashoor.

"Mesti tak mau pegi!", dia menjawab sendiri tanpa menunggu jawapan keluar dari mulut saya terlebih dahulu.

"Tengok dululah. Kalau rasa sihat, pegi kut," saya tidak memberi kata putus, tetapi orang yang sudah masak dengan 'peribadi' saya sudah faham apa yang dimaksudkan.

Saya berfikir. Selama dua tahun, saya bersama-sama mereka menempuhi ranjau onak dan duri dalam pergelutan menuntut ilmu di sekolah. Merekalah rakan saya, selama dua tahun yang mendengar cerita-cerita saya, sudi membahagiakan perasaan dan mengisi kekosongan tempat berkongsi serta bertukar-tukar pendapat.

Hati kecil saya jujur menyatakan, saya memang sayang dengan sahabat-sahabat yang sudi melapang dada menerima diri kerdil ini.

Seperti mana ketika majlis perpisahan yang di anjurkan di Hotel Royal, ibu tidak membenarkan saya untuk menghadiri majlis tersebut pada awalnya.

Menurutnya, budaya seperti itu sebenarnya sudah terikut-ikut budaya kuning barat yang sememangnya mengharapkan ummat Islam lalai.
Dengan adanya majlis seperti itu, berlaku pelbagai pembaziran yang tidak dapat disangkal lagi. (Baca lain-lain)

Namun, setelah berkali-kali sahabat handai meluahkan kata-kata pujukan, hati lemah saya sedikit terusik. Akhirnya, saya dibenarkan pergi ke majlis tersebut kerana mendengar khabar penganjuran itu berunsurkan Islamik.

Syabas buat anda yang memperjuangkan 'keislamikan' dalam majlis tersebut.
Alhamdulillah.

Tujuan utama saya ke majlis itu adalah untuk mengenali lebih dekat perwatakan dan penampilan di luar waktu persekolahan, supaya apabila suatu hari nanti terserempak ditengah jalan, tidaklah 'terkejut beruk'.

CARA KITA DAN CARA BARAT

"Begitukah cara mu bersyukur, berseronok?", ibu mempersoalkan kerana kaget dengan 'permintaan' saya.

"Hmmmm...", saya kehilangan kata-kata.

Ada benarnya. Hadis ringkas riwayat Abu Daud ini telah menerangkan segala-galanya:

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”.(keterangan lanjut)

Apa bezanya kita, umat Islam, berseronok dan berpesta selepas tamat SPM dengan berfoya-foya serta mengqada'kan segala perkara lagha yang ditangguhkan pada satu masa dahulu?

Tengok wayang, main bowling dan melepak-lepak bersama-sama kawan, sedang ketika itu semestinya berlaku fenomena 'lupa Allah'.

Masakan tidak, pakaiannya, astaghfirullah. Segala yang dipelajari dalam Pendidikan Syariah Islamiah tentang 'ariyatun kasiyat' tidak lagi diingati;

"Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun."

(Hadis Riwayat Muslim)

Entah dimana silapnya sistem pendidikan negara kita, apa yang dipelajari langsung tidak menyerap ke dalam sanubari anak-anak didik Malaysia. Mungkin hilang keberkatan atau mungkin terlalu exam-orieented.

Makanannya pula, saya paling sedih. Dalam banyak-banyak kedai makan, kedai makanan segera juga dipilih kebanyakan orang. Kosnya yang tinggi, ditambah pula dengan cukai, memang memberi kesan langsung kepada harga keseluruhannya. Mahal sungguh.

Ayam yang boleh dibeli seketul RM 2.00, bertukar menjadi RM 5.00. Kanak-kanak di Palestin kebuluran, kita pula berlebihan dalam belanja. Apa kata kalau kita sedekahkan RM 3.00 lagi tu kepada orang lain yang lebih memerlukan?

Asalkan apa yang kita beli tu masih baik dan halal, itulah yang terbaik menurut saranan al-Quran :

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik." 

(Surah al-Baqarah, ayat 168)

Sambutlah kegembiraan dan keseronokan kita dengan banyak bersyukur kepada Allah, melipatgandakan amal ibadah bukan hanya menunggu bulan Ramadan sahaja.

Cara umat Islam bersyukur tidak sama sekali seperti mana orang-orang kafir.

CARA SAYA PELIK?

Saya memohon banyak-banyak kemaafan dan harap tiada pihak yang tersinggung dengan kata-kata saya sepanjang perkenalan. Kata-kata saya bebas menegur dan mencegah kemungkaran di hadapan mata kerana itulah yang dituntut andainya kita memiliki iman.

Iman saya yang begitu lemah kadang-kadang tidak mampu berkata direct ketika kemungkaran berlaku. Sebaliknya saya hanya menulis teguran di blog saya dalam bentuk 'memerli' untuk dijadikan pengajaran buat diri saya sendiri juga tatkala alpa.

Memang, saya tahu ada sesetengah 'manusia' tidak selesa dengan penampilan saya, yang kononnya baik, 'alim, wara', dan seringkali mengelak untuk menghadiri dalam apa-apa majlis sekalipun. Saya bukan memboikot aktiviti sekolah, tetapi saya tidak setuju dengan cara pengendalian yang mengamalkan unsur-unsur hedonisme. Seramnya, penyerapan budaya hedonisme ini dapat saya rasakan semakin jelas ketika sambutan majlis-majlis tertentu.

Saya juga seringkali mengkritik kumpulan nasyid sekolah kerana mempersembahkan suara-suara wanita yang sememangnya menjadi aurat andainya dilunak-lunakkan. Mata-mata yang melihat persembahan terutamanya lelaki, tidak mendengar mesej yang disampaikan, tetapi hanya tahu ambil kesempatan menyaksikan 'kecantikan' serta 'hiasan-hiasan' si penyayinya.

يَـٰنِسَآءَ ٱلنَّبِىِّ لَسۡتُنَّ ڪَأَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلنِّسَآءِۚ إِنِ ٱتَّقَيۡتُنَّ فَلَا تَخۡضَعۡنَ بِٱلۡقَوۡلِ فَيَطۡمَعَ ٱلَّذِى فِى قَلۡبِهِۦ مَرَضٌ۬ وَقُلۡنَ قَوۡلاً۬ مَّعۡرُوفً۬ا

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." 

(Surah al-Ahzab, ayat 32)

Saya tidak suka hari Rabu minggu persekolahan. Pakaian uniform kadet-kadet yang 'mencolok mata', ketat, singkat dan pelbagai lagi langsung tidak diendahkan oleh mana-mana pihak.

Malah, orang yang memakai baju sekolah terlebih dahulu dimarahi kerana melanggar peraturan sekolah.
Manakala, pakaian ketat, bonggol dan seksi sesetengan uniform yang jelas melanggar perintah Allah, tiada pula pengawas yang nak denda orang-orang berpakaian seperti itu.

JAUHI YANG INI, DAPAT ELAKKAN YANG ITU

Saya selalu menceritakan ketidakpuasan hati terhadap pakaian-pakaian seksi sesetengah orang di luar, mahupun di dalam sekolah. Perbuatan bergaya 'terlebih' seperti memakai pemerah pipi, bercelak, bergincu dan bermake-up dsb secara langsung dapat menjerumuskan si pelakunya ke arah unjuran maksiat lain.

Perilaku yang tidak menjaga adab ikhtilad ketika bergaul lelaki dan perempuan, seperti berkawan saja-saja tanpa keperluan, biasanya akan berakhir dengan sesuatu yang tidak enak kerana hatinya berjaya diusik oleh pihak ketiga, iaitu syaitan laknatullah.

"Rasa-rasanyalah, orang yang pernah berkawan dengan budak laki tanpa keperluan ni, baik dak?", soalan spontan saya terhadap rakan disebelah ketika selesai satu sesi pembelajaran.

"Aku rasa, OK ja. Sebab aku pun ada kawan laki.", jawabnya jujur dan sedikit berkerut muka kerana pelik dengan soalan saya itu.

"Kawan tu sebab apa? Nak buat kerja kat tuisyen?", saya cuba bersangka baik.

"Tak da la. Kawan la. Saja-saja.", dia menafikan.

Sedih saya mendengar jawapan itu. Apa, ingat apa yang kita lakukan tidak pelik pada pandangan masyarakat, adalah dibenarkan oleh syarak?

Apa yang kita rasa tiada apa-apa, tidak dimarahi oleh Sang Pencipta kita?

Apa yang kita nampak OK, tidak mengecewakan Rasulullah SAW andai baginda hidup di zaman ini?

Memang berkawan tanpa ada hubungan khusus, memakai pakaian yang menutup aurat 'halalbalal' tidak dikatakan haram secara jazam.
Namun, cuba perhatikan hadis di bawah;

"Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Dalam hadis sudah menjelaskan tentang satu kawasan. Lihat gambar di bawah;


Kawasan halal adalah kawasan selamat dan tidak mungkin seseorang itu akan terjerumus ke lembah haram. Manakala orang yang berada di kawasan syubhat sangat hampir kepada kawasan larangan.
Nafsu yang diumpamakan seperti kambing (susah dikawal), dikhuatiri akan menjejakkan kaki ke kawasan larangan.

Maka, orang yang tidak sungguh-sungguh memelihara batas berpakaian, tidak mustahil pada suatu hari dia akan mendedahkan aurat. Orang yang tidak menjaga ikhtilad, tidak mustahil suatu hari dia akan berzina.

Nauzubillah.

Seperti yang telah dijelaskan dalam hadis, seseorang boleh terjerumus. Probability tetap ada. Jangan ego dengan Allah dengan berkata : "Tak apa, aku boleh tahan lagi."


SAHABAT, TETAPKU SAYANGI!

Bagaimana sekalipun perwatakan kawan-kawan, saya akan terus tegur dan harapan saya agar suatu hari nanti andainya saya terleka, saya mahukan sahabat-sahabat sekalian menegur saya pula. Jangan sesekali kalian redha dengan kelalaian dan kemaksiatan, tetapi tegurlah, kerana nasihat itu umpama baja.

Sayang kepada kawan-kawan tidak bermakna meredhai segala kemungkaran yang dilakukannya.

Jagalah diri. Apa-apapun, ketika melakukan sesuatu hadirkan dalam hati kita bahawa malaikat sedang mencatat segala perilaku, Allah tidak mensia-siakan segala perbuatan kita walaupun sedetik sehingga nadi kita berhenti berdenyut.

Isilah masa cuti yang panjang ini dengan meningkatkan maqam taqwa kita di sisi Allah SWT. Jangan sesekali mengeluh dan berkata, "Boringlah, dah tak tahu nak buat apa!"

8 ulasan:

  1. ops, lupa pula nak minta izin...
    ana share ye entry ni...
    (dah share baru minta izin.. hehe..)

    BalasPadam
  2. slm sdri yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas ingatan yg amat bermanfaat ini. mohon berikan makna ringkas bg perkataan> ikhtilad. teruskanlah usaha murni ini, Insya Allah. tqvm
    - Ain Lam Mim -

    BalasPadam
  3. bagus!..kami suka lah gaya bahasa dlm nie..enjoy ja bila baca n faham mksdnya.Teruskan berdakwah..

    BalasPadam
  4. salam Asiah..thnx for da tzkirah :)
    tp kat sini,bile sy terbaca satu part ney,

    "Makanannya pula, saya paling sedih. Dalam banyak-banyak kedai makan, kedai makanan segera juga dipilih kebanyakan orang. KFC, McD dan pelbagai lagi yang sememangnya memberi sumbangan secara langsung kepada Yahudi untuk membunuh saudara-saudara seIslam di Palestin."

    sy teringat ustz Yasir ckp tyme kat SC,psl KFC n McD ney,.kalau kite xtau kesahihan sesuatu perkra,.takut nanti jika salah,.kelak akn mnjd fitnah..

    s0 sy berharap Asiah b0le chek dlu,.betulke KFC n McD betul2 mnyumbng directly kpd yahudi utk bunuh muslimin n muslimat?
    andai ragu2,.harap asiah b0le alter part tu yep :)

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!