Tutorial Menggunakan 4shared.com

Mendownload fail lebih mudah daripada bermain golf
(Gambar: KGPA, KL)
"Alamak... kenapa tak boleh download?"

"Alaa, tak dapat pun!"

"Tak retilah nak download kat 4shared."

Macam-macam yang membuat aduan seperti ayat-ayat di atas. Saya tak pernah pula terfikir ada masalah untuk mendownload files daripada halaman 4shared.com. Perkara teknikal seperti ini sewajarnya kita ketahui serba sedikit, supaya ianya membantu untuk berkongsi dan mengambil fail penting daripada orang lain dengan mudah secara dalam talian (online).



TUTORIAL

LANGKAH 1: Ketik pada opsyen "Open Link in New Tab" apabila kotak dialog muncul setelah anda ketik tetikus sebelah kiri pada link yang berkaitan.



LANGKAH 2: Setelah tab baru muncul, klik pada butang "Muat Turun" yang berwarna kelabu (bukan yang lain-lain kerana itu hanya pengganggu dan spam).

LANGKAH 3: Jika sebarang iklan kotak dialog muncul, abaikan. Teruskan melihat pada tab yang asal. Klik pada "Muat Turun Percuma".

LANGKAH 4: Selepas itu, kotak dialog yang menggesa anda untuk "log in" akan muncul. Maka, anda perlu memilih untuk menglog masuk dengan akaun 4shared (jika ada) atau dengan facebook/twitter/gmail. Pada saya, mungkin ramai yang tak tahu mendownload daripada 4shared ni, tak ada akaun 4shared. Jadi, pilihlah salah satu daripada 3 opsyen itu. Saya sarankan anda memilih akaun facebook.

LANGKAH 5: Laman akan automatik mengubah hala ke Twitter/Facebook/Gmail untuk memberi laluan kepada anda menglog masuk. Setelah masukkan username dan password, klik pada "authorize app/daftar masuk".

LANGKAH 6: Tunggu sekejap. Saat tu akan bergerak dan mula count down.

LANGKAH 7: Klik "OK" setelah ada kotak dialog muncul. Selesai. Fail sudah tersedia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!