Sikap Negatif Muslim di Bulan Ramadhan


1. Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.

2. Meninggalkan kelebihan bersahur sedangkan banyak hadis yang menyatakan kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal subuh.

3. Ibadat solat fardhu & sunat hanya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan sahaja.

4. Membaca Al-Quran tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebaagai panduan dalam kehidupan seharian

5. Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama2 beribadah

6. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap derita dan sengsara saudara se Islam yang lain dengan masih bersifat bakhil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!