Kategori Hamba Allah


Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan inayah-Nya.

Semoga kita dapat memperbaiki amal ibadah kita supaya menjadi orang-orang yang beriman serta mengajak orang melakukan kebaikan.

DERHAKA

Jenis manusia yg suka buat maksiat, selalu loyar buruk dengan tuhan. Lepas buat dek macam tak ada apa-apa yang berlaku. Selamba jer. Tak susah hati, tak bimbang atau terasa pun nak bertaubat dengan tuhan.

Tanda: Buat jahat hari ini, esok pun buat jahat dan ada cita-cita nak buat lagi.
Nilaian: Selagi tak taubat tak diterima tuhan. Di dunia derita, akhirat tak selamat.

DERHAKA DALAM DERHAKA

Sungguh jahat. Sebab maksiat buat juga, macam kat atas, tapi lepas tu, berbangga pulak dengan kejahatan yang dia buat. Tak rasa bersalah atau berdosa. Rasa kehambaannya dah tak ada, sebaliknya rasa ketuanan sangat subur dalam diri. Lepas satu kejahatan akan disambung dengan kejahatan yang lain lagi.

Tanda: Megah dan bangga dengan kejahatan.
Nilaian: Sombong dengan tuhan, kalau mati memang jauh dari tuhan. Di dunia di benci manisia, dia akhirat dibenci tuhan.


DERHAKA DALAM TAAT

Hipotesisnya, makin banyak banyak buat ibadah, makin rasa diri mulia dan rasa confirm akan selamat di akhirat.Orang macam ni boleh dikatakan manusia tak buat maksiat, banyak buat ibadah. Tapi lepas ibadat rasa cukup selamat. Malah timbul rasa megah dan rasa lebih perasan. Sangka diri baik, sampai tak terfikir nak bertaubat. Ibadah didirikan dengan rasa ketuanan, bukan dengan rasa kehambaan.

Tanda2: Makin banyak buat ibadah, makin tak berakhlak dengan manusia.Terasa lebih baik je daripada orang lain. Dan ibadah yang dibangunkan, terasa sempurna dan rasa dan pasti masuk syurga.
Nilaian: Orang perasan macam ni, kalau tak taubat, mati tetap di kira hamba yang derhaka di sisi Tuhan. Ibadahnya tak membuahkan rasa kehambaan.

TAAT DALAM DERHAKA

Lahirnya nampak jahat, derhaka. Kalau ikut pandangan lahir, memang dicop kategori manusia beharga. Tapi rupanya di lubuk hatinya terkandung rasa menyesal dan bersalah yang amat kerana tak mampu melawan nafsu dan kejahatan, tapi rasa kemudian hatinya tak tenang, Sentiasa merintih berdosa dengan tuhan. Rasa kehambaan masih ada dalm diri, cuma tak kuat nak melawan godaan syaitan dan pujukan nafsu.

Tanda2: Selalu rasa berslah dan berdosa.Teringin nak jadi baik dan selalu impikan perubahan.
Nilaian: Ada harapan. Kalau ras amenyesal tu diiringi taubat dan selalu mengharapkan pimpinan dan kekuatan daripada Allah, insyaallah akan diterima dan dikira lebih baik dari kategori manusia 3 di atas.



TAAT

Ibadah dilaksanakan dengan baik dan sesuai dengan ilmu. Kemudian semua amal ibadahnya untuk dilupakan. Bila lupa tak sempatlah nak megah, hairan dan rasa seumpama dengannya. Dan sebab ibadah dilupakan, selamat ibadahnya.

Tanda: Tak sedarpun ibadahnya banyak. Ibadahnya yang dibangunkan tak terasa ada sebab untuk bangga diri. Biasa-biasa saja.
Nilaian: Dikira hamba yang taat, selamat di dunia dan akhirat.

TAAT DALAM TAAT

Buat ibadah sesuai dengan ilmu. Tapi lepas buat, tetap tak senang hati, rasa bimbang ibadah tak diterima tuhan. Bimbang ibadahnya banyak kekurangan. Hati sentiasa takut tak rasa berdosa. Dan segala yang dibuat
dirasakan bkan miliknya, tapi milik tuhan. Timbul rasa syukur dan berterima kasih pada Allah sebab beri peluang untuk dia beribadah.

Tanda: Tak pernah puas dengan ibadah yang dibuat. Sentiasa bertaubat dan merintih dengan tuhan. Dirinya dirasakan hamba yang paling tak berguna. 
Nilaian: Ini kategori manusia yang paling hampir dengan tuhan. Keselamatan dan kasih sayang tuhan untuknya didunia dan di akhirat.

Korepsi buat diri kita. Anda di mana?

Semoga kita tergolong dlm golongan yang terakhir. Amiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!