Marah adalah dari hasutan syaitan
Tiba-tiba, Farhana datang ke kantin petang itu ketika pelajar asrama rancak makan tengah hari.
Mukanya masam mencuka, bergetar-getar badannya tak ubah macam orang kena parkinson. Dari raut muka dia, dah tahu Farhana di kuasai perasaan marah.
"Ni, tengok ni...ana kenal tulisan enti!"
Kebingungan saya dibuatnya. Surat apa pulak?
Setelah di tunjukkan oleh Farhana surat yang berkaitan, barulah saya faham apa yang sedang berlaku.
SUSUNAN MEJA
Begini kisahnya, kelas kami ketika itu sangat padat dengan bilangan orang. Jadi, si Farhana mahu menukar susunan meja. Kehendaknya ialah meja di bahagi dua. Satu baris ada 4 meja dan dirapatkan ke dinding.
Ada yang setuju dan yang tidak setuju.
Sebab itulah akhirnya tecatat pada 'surat' itu pelbagai luahan rasa.
Menulis adalah luahan hati yang paling berkesan
"Kalau bomba datang periksa kelas, tak lulus tau..susah nak lari!" kami bergurau.
"Nak keluar dari tempat duduk amat sukar sekali," kata sebahagian yang lain.
Antara perkataan yang ditulis pada 'surat' menghangatkan perasaan sahabat saya ini. Saya tidak terkecuali daripada membangkang cadangannya itu.
Akhirnya, Farhana menangis di kantin itu sambil disaksikan oleh pelajar-pelajar asrama.
Saya tahu, dia hendak marah. Tapi tak boleh dia berbuat demikian. Akhirnya manik jernih berkaca di kelopak matanya.
KEDUDUKAN MEJA DI DALAM KELAS
Gerangan cikgu Azlin kelihatan. Cikgu datang ke kelas seawal pagi lagi. Yang menghairankan, waktu itu bukan subjek yang diajar olehnya, Chemistry.
Wajah lama sekolah sebelum di renovate
"Kenapa pulak cikgu datang awal pagi ni?" saya bertanya untuk mendapat kepastian kepada penghuni kelas yang sama.
"Cikgu marah!" kata mereka.
"Hah, Kenapa pulak?" saya berkata sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Rupanya ketua kelas dah pun mereportkan peperangan dingin dalam kelas sebentar tadi tentang kedudukan dalam kelas. Loh!
Tak sangka perkara sekecil itu di laporkan kepada guru kelas.
Umur sudahpun mencecah 17 tahun, tapi perkara itu tak boleh disettlekan sendiri macam kanak-kanak sekolah rendah lagi.
Alkisahnya, semua penghuni nak duduk di barisan hadapan.
Bagus suasana begini.
Kalau di sekolah lama dahulu, sapa masuk lewat, akan duduk di belakang sekali!
Tapi yang tak bagus pulak, berebut pulak dah!
Dahulu, saya selalu terpaksa duduk depan. Alasan adalah kerana 'tak cukup' ketinggian. Sekarang sudah beres...semua nak duduk depan.
Di belakang kosong dah!!!
DI MAKMAL
"Tolong jaga tempat duduk aku sebelah hang!" ujar seseorang kepada sahabatnya.
Budaya menjaga 'tempat kawan' memang sudah menjadi adat budaya turun temurun di sekolah ni.(barangkali)
Maka, orang yang datang kemudian terpaksa duduk di belakang walaupun datang awal kerana tempat di hadapan tiada lagi 'kekosongan'. Penuh di isi dengan tempahan. Orangnya tiada lagi.
Kelas 3 Yaqin pada tahun 2008 |
Terus-terang di sini. Bagi saya, budaya 'menjaga' tempat kawan ini adalah budaya yang fasid. Atau dalam bahasa Melayunya, budaya yang tidak baik.
Ianya zalim kepada rakan sekelas yang lain apabila tiba awal di makmal, tapi terpaksa memenuhi ruang kosong di belakang sahaja.
Yang datang lewat, boleh pulak duduk di depan!
KAITAN
Semua peristiwa di atas semestinya pernah di alami sendiri penulis. Apa yang hendak di kongsikan disini adalah tentang 'ketidak-matangan' dalam berfikir sesuatu
Peristiwa pertama ketika tingkatan 2. Pemikiran dan pertimbangan masih lagi kurang stabil. Ingatkan yang itulah pertama dan terakhir...
Tapi, jadi pulak benda sama pada tingkatan 5!
Apa dia?
Pasal kedudukan tempat dalam kelas. Itu saja.
Di sini, saya menyeru diri sendiri dan semua pembaca agar menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah ini dalam mengharungi sesuatu perkara.
Masalah yang timbul tak akan selamanya berkekalan.
Dan lebih baik masalah di selesaikan sendiri tanpa bantuan dan bimbingan luar.
Kesannya, kita akan lebih matang dalam berfikir.
Sebagai contoh, apabila kita meminta bantuan luar (peristiwa sekitar januari 2010 di atas) yang dapat hanyalah di marahi. Bukan itu yang kita nak.
Semua orang tak nak di marahi!
Tentunya kita nakkan yang terbaik. Hanya diri sendiri yang tahu yang terbaik untuk dirinya!
Salam....ahaha...itulah yang ketua kelas gi repot tak tentu hala tu apa pasal...cikgu tu bnyk lagi bnda dia nak buat, tu la dia marah...pening dgn pperangai pelik2 tu...
BalasPadamWasalam...herm betul...bukan cikgu yang salah nak marah tu, tapi orang yang suka 'mereport' tu...tak patut dia buat mcm tu...patutnya dia yg kena selesaikan sendiri...huhu
BalasPadam