Cicak yang Tuli

Aku bukan cicak biasa. Aku cicak beracun!
Sambutan kemerdekaan bagi negara Indonesia kebiasaannya akan diadakan sebuah pertandingan memanjat pokok pinang secara kumpulan dan kerjasama.

Bagi sebuah komuniti cicak, mereka turut mengadakan pertandingan demikian. Tetapi, syaratnya berbeza kerana tiada kerjasama yang diperlukan untuk memanjat pokok hingga sampai paling atas.
Hadiah juga lumayan, iaitu sebuah rumah mewah bagi cicak. Banyaklah ekor cicak yang menyertai pertandingan itu.

Mengikut zaman berzaman lagi, pertandingan itu lazimnya tidak ada seekor pun yang berjaya menawan bahagian yang paling atas, walau diadakan setiap tahun.

Maka, berlangsunglah pertandingan itu.

Banyak suara-suara yang memberi semangat dan tak kurang juga yang me'nyelekeh'kan usaha-usaha cicak itu menuju ke puncak;

"Teruskan! Semoga berjaya."

"Jangan beranganlah, takada seekor pun yang boleh lepas!"

"Turunlah cepat cicak, tak payah naik. Nanti lebih banyak cedera kalau naik makin tinggi!"

Perlahan-lahan banyak juga cicak yang jatuh. Tinggal hanya dalam 4-5 ekor sahaja lagi. Banyak kata-kata yang memutuskan semangat dilaungkan dari bawah, menyebabkan tinggal hanya seekor cicak yang masih meneruskan perjuangannya.

Cercaan masih lagi kedengaran, tapi semua itu tak beri kesan kepada cicak tadi. Dia tetap meneruskan, hingga berjaya.

Semua media berkumpul dan menanyakan rahsia kemenangan kepada cicak tadi. Rupa-rupanya, cicak tadi adalah tuli dan pekak!

PEKAK ITU ADA GUNANYA

Kebanyakkan dalam hidup yang kita lalui di susuli dengan pelbagai tohmahan dan cercaan yang tidak pernah putus-putus dari musuh sekeliling kita.

Selalunya 'memekakkan' telinga adalah salah satu langkah yang cemerlang untuk memajukan diri. Jangan ambil kisah pandangan negatif orang lain, sekiranya perkara yang dilakukan berfaedah & tidak melanggar hukum syarak.
Rujukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!