Detektif ASPURI (2)



Di belakang kolam wudhuk, dinding pun sudah bengkok. Macam dipanjat orang saja. Entah benar, entah tak. Persoalan-persoalan tu semua terpendam dalam benak diri masing-masing. Biar misteri.

Nak tafsir cuma menakutkan diri saja.

Selepas menyaksikan 'bukti-bukti' yang ada pada kawasan sekolah, pelbagai andaian yang kami buat. Sejuk SATU badan! Padahal cuma andaian sendiri. Ya, andaian semata.

Andaian pun mesti ada logiknya, kan? Semua penginap hostel 'ketakutan' dengan andaian yang kurang berasas, dari kepala otak sendiri juga.

Balik ke asrama, semua keletihan. Maklum, dah jadi detektif dekat setengah hari. Buku entah ke mana, nak periksa tak lama dah, esok saja. Malam semasa prep pun tak berapa nak aman. TAKUT!
Astaghfirullah...patutnya hanya pada Allah, kan?

Nak buat macam mana memang dah kuasai diri masing-masing ketika itu. Kebiasaannya, sahabat-sahabat saya kalau nak periksa, depa mungkin stay up sampai pukul 11 malam gitu, untuk ulangkaji sama-sama.

Tapi untuk malam ni, tak. Semua naik katil awal, seram agaknya. Tapi bukan tidur, berdiskusi. Entah topik apa yang tak pernah kering.

Ingatkan sudah berakhir benda-benda misteri ni kat asrama. Tapi, malam tu ada lagi.

Apa dia?


SUARA GANJIL

Tepat pukul 12 tengah malam.

"Hoi, hoi, oit", dengar suara orang berbisik, betul-betul tepi bangunan asrama banat.

"Shrghhhh......", kak Farah (ketua asrama) menyuruh kami semua diam.

"WORGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!", satu suara semakin kuat kedengaran. GARAU!

KETAQ!, apa lagi, semua org naik katil atas.

Semua yang tejaga dari tidur pun bersegera naik sekali.Tapi, ada juga yang langsung tak terjaga dari tidur, sampai pagi esok! Tidur mati.c Rahmat untuk orang yang tak terjaga.

Tak perlu takut-takut.

Pintu asrama pulak senang nak dibuka, cuma ketuk dari luar, 'selak' kunci akan terjatuh & terbuka! Masya-ALLAH, ALLAHuakbar!

Kak Farah cuba hubungi kak Ros (warden banat) yang berada di biliknya. Dah telefon, kak Ros menenangkan kami jangan risau sangat, sebab dah memaklumkan hal ini kepada pak guard.

Lebih menyeramkan, langsir asrama ketika tu tidak dipasang penuh! Doa, ya memang. Semestinya waktu saat genting ni, naluri fitrah ketuhanan pada manusia semakin menyerlah.

Lebih kurang dalam 2 pagi dengar pula satu letupan POMMMMMMMM!, sebijik bunyi bom. Dari kawasan pembinaan juga, agaknya. Tunggu apa-apa makluman dari warden, juga tak dapat. Tak dapat apa-apa berita pun.

Ramai yang dah pening-pening lalat sebab mengantuk & letih kerana tak cukup rehat. Maka, sesi tidur malam yang tertangguh seketika berlangsung semula. Tapi, tidur rapat-rapat. Lebih kurang 2 katil 5 orang. kalau saiz S lah orang tu. Bagi yang XL tu 3 orang kut.

Ada juga yang tak tidur, tolong hirasah, jaga keselamatan, kononnya..

ZZZzzZZZZzzzzZZ....Nyenyak tidur malam tu....

BUNYI ANJING RUPANYA

Ha! lenanya malam tu, sebab, warden dah telefon kami dan maklumkan bahawa, bunyi lelaki menyergah tu adalah bunyi pak guard halau ANJING! lorrr.

Penat saja ketaq-ketaq badan malam tuh. Tapi, rasa macam tak munasabah lak. Adakah bunyi punya kuat macam tu kat kampung? Terkejut orang tengah tidur. Kampung kan sunyi.

Ataupun, ada antara sahabat saya berkata mungkin warden cakap macam tu sekadar nak sedapkan hati kami dan dapat tidur dengan nyeyak. Entah. Terpulang pada masing-masing nak percaya atau tak. Kalau percaya, lega sikit dek degupan jantung ni. Kalau tak percaya, alamatnya demam la esok.

Baik percaya ja!


KE SEKOLAH SEPERTI BIASA

"Hurghh", ramainya yang menguap pagi tu lepas subuh.

Maklum, tak cukup tidur. Biasanya, kami akan bangun tepat pukul 5:30 pagi untuk bersiap mengerjakan solat subuh. Kalau ada kesempatan, munajat tika dinihari amat menyegarkan rohani. Janggal sekali bila bangun lambat ataupun bertaharah lepas solat subuh.

Buat kali ni, agaknya macam buang tebiat.

"Kringggggggggggg!!", loceng bunyi untuk pelajar asrama beratur di luar, waktu roll-call.

"Masuk baris!", macam biasa, ketua asrama akan memanggil semua pelajar beratur.
Tapi, kali ni sebab bangun lambatlah roll call dibatalkan. Bukannya apa, banyak lagi orang yang tengah 'Q' bilik air. Belum mandi lagi!

Jam ketika itu sudah pun menunjukkan pukul 7:30 pagi.
Makan tak lagi, sidai tuala tak lagi, letak beg kat kelas tak lagi, dan ada pulak yang tak KIWI kasut lagi!

Apa punya kartun pagi tu. Bertuahnya asrama kami ni, warden sangat-sangat memahami. Sebabnya, dia pun mengalami benda yang sama dengan kami!

LELAKI ANEH LAGI?

Periksa bermula. Tarikh Islam rasanya subjek 1st sekali. Mula-mula buka kertas lancar saja. Tiba-tiba, sedang menjawab soalan esei, sangkut!

Iyalah, tak study pun....soalannya fakta. Ya, mana boleh mereka-reka fakta, kan?

Waktu rehat berakhir. Bushra, naik ke kelas dan menyampaikan sebuah hot story. Dia kata dia nampak ada orang lelaki, gaya-gaya orang Indon macam tu. Lelaki tu duk perhatikan tempat bahagian sidai kain banat, sambil tersenyum. Tak siuman agaknya.

Apa benda la pulak nih?

"Kringgggggggggggg!!!", loceng berbunyi menandakan waktu makan petang bagi pelajar asrama.

Setelah bersiap untuk ke kantin, ana & iffah turun ke bawah. Ketika menuruni tangga, kami nampak ada satu motor memecut laju.

Usai makan, kebetulan, kak Wafa yang turun lebih awal turun dari kami menceritakan perkara sebenar yang mereka lihat tentang penunggang motorsikal yang ganjil.

"Bila kami lihat ja ke arah mereka, mereka berundur ke belakang,", cerita kak Wafa dengan bersemangat sekali.

"Akhirnya,mereka memecut setelah mendapati budak asrama sudah mula memenuhi kantin." sambungnya lagi.

Nombor pendaftaran motor tak sempat dilihat. Eh, sempat, tapi tak ingat langsung.

Herm. Rasa gerun muncul semula. Macam terancam dan dilihat orang.

Perkara ini segera dimaklumkan kepada warden. Termasuk yang Bushra nampak waktu rehat tadi. Ada juga cadangan agar perkara ni dilaporkan kepada pihak polis. Biar polis yang kaji dan jaga sekolah. Tapi, menurut warden, dia kata kita kena pastikan dulu betul-betul yang terjadi tu ada kaitan. Kalau tak ada  apa-apa jenayah kelak, kena denda! Haha, sapa nak bayar?

Hal tentang lelaki yang bermotor ni menjadi misteri kami satu warga asrama. Akhirnya, perkara ni diam macam tu saja. Tak tau hakikat yang sebenarnya.

Misteri sebelum-sebelum ni? herm. Ada yang terbongkar dan ada yang tak.

Apa yang terbongkar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!