Detektif ASPURI (1)


Selalunya, budak asrama mana-mana sekolah akan famous dengan cerita hantu & puaka, tapi di Islah, kami pernah mengalami tragedi yang menjadi misteri (pada tahun 2006) sehingga kini.

Alkisahnya....

Petang tu, (Jumaat) semua pelajar asrama sedang tekun study sebab nak periksa pertengahan tahun. Tak kurang pula yang tak habis-habis buat tahi mata berkilo-kilo. Saya & the geng semua sedang study dalam kelas yang bersebelahan dengan asrama kami. Sedang khusyuk study, kami terdengar bunyi bising di ampaian seperti ada orang tengah langgar dinding zink tu.

Bising sangat.

Tapi kejap ja.

Maka, tak da sapa pun terdetik nak jenguk kat ampaian baju. Macam kena pukau pun ada sebab ke semua budak asrama tak terjenguk pulak. Biasanya kalau ada bunyi apa-apa yang pelik mesti ada seorang dua yang akan jadi 'dhob'(hehe..), kira bersidai kat tingkap @ koridor la.

Kringggggggggggg!!!!!!

Loceng untuk makan...

Hah! kalau bab makan, semua laju...!
Cepat-cepat semua bersiap-siap untuk makan di kantin.

ALAMAK, HILANG?

Usai makan petang, kami berjalan menuju ke ampaian untuk mangangkat kain yang telah dijemur sejak pagi lagi.

"Bachet, awat lama sangat ni? Ana nak naik dah...", kataku.

"Weih, anti tolong ana sat....cari ana punya payung**....!",balas Basyirah.

"Eh, mmg tak da!", saya menjawab.Ya, memang. Memang tak da dah. Hilang.

"Jom naiklah, dah nak gelap dah ni." ajak Basyirah.

"Oh, anti tak pa ka?", saya bertanya, inginkan kepastian.

"Macam mana, dah takdir...!" Basyirah berbungkam sambil menjawab.

Dengan jiwa yang masih kebudak-budakan lagi (ye lah..baru form 1), dia pun menangislah!

Apa lagi? Hilang sudah baju-baju dia. Kesian..


TERJUMPA SEMULA

Malam tu juga kami nampak kelas sekolah rendah yang berhampiran dengan kawasan paya bercahaya.
Pelik!

Keesokannya, budak darjah 6 yang hadir untuk kelas tambahan memaklumkan kepada cikgu bahawa mereka terjumpa 'sesuatu'. Ya, memang baju-baju yang kena curi semalam tu. Cuma, keadaan dia dah berubah. Tak se'lawa' ketika disidai.

Curiga, sebab kawasan ni memang banyak orang main sihir & ilmu hitam. Jadi, kami bakar semua baju-baju tersebut.

Kami dalam sekumpulan 'beraksi' mencari & meninjau kawasan sekolah yang agak rasa macam tak selamat tu. Dalam kampung, dekat dengan kelapa sawit lagi. Ingat tak kes adik Syazwani yang kena rogol dekat Sungai Petani masa dulu? Dalam tahun 2005 gitu. Dia mati dalam ladang kelapa sawit dekat-dekat sini la juga.

HuH! Seram dibuatnya. Sebab apa? Bukan pasal kelapa sawit saja, sekolah kami waktu tu sedang dalam pembinaan. Maka, memang orang-orang asing yang buat kerja-kerja tuh.

Herm...bukan nak su' usdzan, tapi, sapa punya kerja?

PETANDA ANEH

Merayau punya merayau, jumpa bekas air yang ganjil diletakkan betul-betul bersebelahan dengan dinding yang ditutup dengan tujuan membezakan tempat yang selamat atau tak. Menariknya, bekas air ni memang terletak diantara kelas yang dijumpai oleh budak-budak sekolah rendah tentang baju tu.

Sebabkan waktu tu tengah 'demam' kartun detektif conan, semua macam belagaks nak jadi detektif! haha.. Apa lagi? Saya pun join sekali..

Ketika memanjat bekas air tu, dapat dirasai dengan tangan yang ada kayu 2 tongkol bersebelahan (lebih kurang macam tangga), detektif kami yang buat kesimpulan....(andaian semata), sebab tak nampak pun.

Tapi kalau bukan tangga, kenapa ada kayu tu atas bawah, dan kalau tangga, nak buat apa?

Tiba-tiba...HARGH!

Kami disergah oleh orang Bangladesh yang tengah bina bangunan tu. Bukan bangladesh saja, Myanmar ada, Siam ada, Indon pun ada. Seram betul.

Lintang pukang kami dibuatnya. Cangak lagi? Lari lah.

Dewan menjadi tempat ke-2 siasatan kami. Pemerhatian yang didapati adalah kerusi yang setentang dengan tingkap kabin pekerja buruh tu.

Kerusi yang ditindan dua (atas kecil, bawah besar, atas yg kecil ada sikit tanah merah) pula betul-betul diletakkan di bawah tingkap yang sikit terbuka. Dalam dewan yang bahagian tingkap terbuka, suis kipas tak ditutup. Hairan lagi, pintu dewan berkunci.

Belakang dewan juga ada terlakar sesuatu. Tapi, tak dapat nak ditafsirkan. Tak cukup ilmu detektif agaknya.

2 ulasan:

  1. lar. kenapa buat sambung2 ni? tak best la

    BalasPadam
  2. ila wanzulkarnain69
    Bukan sja2 buat sambung2, tpi xkesempatan nk taip panjang2..lgi pun nak ka bca panjang2 sgt?

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!