Adat dan Agama

Membaca jambatan ilmu


"Sebentar lagi, upacara persandingan akan di adakan di sebuah hotel terkemuka kerana anak si Datuk tu dah berkahwin..," kata seseorang kepada sahabatnya yang juga menerima jemputan ke majlis tersebut.

"Eh, kat sini tak boleh pakai kasut dalam rumah...tak manis di pandang orang." ujar Hanim kepada rakan sekerja yang berasal daripada negara Barat ketika menziarahi rumahnya.

Kasut tidak sopan di kenakan dalam rumah


KONSEP ADAT

Dialog di atas kedua-duanya melambang sebuah adat resam Melayu. Namun begitu, ada 'sesuatu' yang memisahkan antara dua budaya diatas. Sangat jelas.

Bersanding sesuatu adat yang buruk, manakala tidak memakai kasut dalam rumah kerana menjaga kesucian adalah adat yang terpuji.

Menurut ilmu dalam usul fiqh, budaya di atas di kategorikan dalam dalil yang tidak sepakati oleh jumhur ulama'. Kategori " 'Uruf-wal-'Adat ". Autoriti uruf ini di guna pakai oleh ulama' mazhab Hanafi dan Maliki. Sesuatu adat yang bercanggah dengan tuntutan agama di panggil uruf fasid. Adat yang baik di kenali dengan istilah uruf sahih.

Memakai kasut dalam rumah sememangnya akan di pandang serong oleh masyarakat Timur kerana ianya di lihat tidak sopan. Namun, di Barat tidak pula menjadi masalah.

Walaupun itu hanya adat di Timur, ia menjadi sesuatu yang 'wajib' menanggalkan kasut bagi memastikan kebersihan. Kebersihan itu sangat di anjurkan dalam Islam.
Itulah yang dikatakan tentang mengislamkan adat.

KONSEP IBADAH

Manakala, dalam konteks ibadah pula adalah berbeza. Dalam sebuah hadis nabi SAW ada mengatakan bahawa setiap amalan yang bukan daripada Rasulullah SAW, maka ianya tertolak. Dalam hadis lain ada juga dinyatakan bahawa setiap bida'ah adalah sesat.

Sebagai contoh, membaca yasin pada setiap kali hari Jumaat adalah 'wajib'. Mengadakan majlis tahlil sekiranya ada kematian adalah sesuatu yang 'wajib' juga. Memang ianya sesuatu yang baik. Tapi, wajarkah kita sebagai seorang hamba Allah hanya memilih waktu-waktu tertentu untuk beribadah kepada-Nya?

Masa ber'tahlil' selama 5 minit digunakan untuk beribadah. Selebih 24 jam entah ke mana perginya. Boleh melakukan perbuatan yang melanggar syarak sesuka hati pulak tu.

Apakah maknanya beribadah?

Adakah ianya hanya ditikar sembahyang dan ketika membaca yasin pada hari Jumaat?
Adakah ketika di padang sukan sudah hilang hubungan ubuddiyah dengan Allah?
Ketika memuja-muja artis yang langsung tidak mengingatkan kepada Allah, apakah ia harus dalam Islam?

Semua orang tahu jawapannya. Tak perlu di terangkan lagi di sini.
Seharusnya kita sebagai orang Islam mengambil kira dari segenap sudut dalam kehidupan.
Bukan memilih waktu tertentu semata.

Masa ibarat pedang

Di kala kita terleka, bolehkan kita meminta malaikat maut agar di tangguhkan ajal supaya beribadah terlebih dahulu?

Huh..kalau boleh kartunlah hidup tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!