Cuba jawab ni..

Sang kancil selalu bercakap bohong pada hari Jumaat dan Ahad tetapi bercakap benar pada hari-hari lain.

Pada suatu hari, Sang kancil berkata kepada harimau,
"Semalam saya cakap bohong".
Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk

Kemudian dia berkata kepada buaya,
"Lusa saya akan bercakap bohong lagi".

Apakah hari itu?

Fikir dahulu sebelum melihat jawapan.

Soalan ni adalah salah satu soalan Olimpiad Matematik Malaysia Ke-9, 1983.
Nak tahu jawapan?

Di sebabkan dah ada orang teka dan jawapannya betul, di sini penulis letakkan terus briefing nya.

Isn-Sel-Rab-Kha-Jum-Sab-Ahd

Pada hari Jumaat dan Ahad, Sang Kancil bercakap bohong. dari penyataan Sang Kancil, "Semalam saya cakap bohong", hari itu ada 4 kemungkinan:

Isn & Sab - Jika dia cakap benar;
Jum & ahd - Jika dia berbohong;

Bohong ke tidak ni?

Pada hari Isnin, dia tidak katakan "Lusa (Rabu) saya akan cakap bohong lagi". Demikian juga pada hari Sabtu.

Pada hari Ahad (lusa bagi Jumaat), dia cakap bohong. Tapi, sebab dia berbohong pada hari Jumaat maka harus dia katakan, "Lusa saya akan cakap benar".
Jadi, hari itu bukanlah hari Jumaat.

Pada hari Selasa (lusa bagi hari Ahad), dia bercakap benar. Tetapi pada hari Ahad, dia berbohong. Jadi dia katakan, "Lusa saya akan cakap bohong lagi".

Hari itu adalah hari Ahad!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!