Mulia: Sifat luaran atau dalaman?

"Walaupun dia suka menengking, hati dia baik tau.."

Ada orang kata, "Ala...dia tu nampak ja jahat, tapi hati dia baik..."

"Walaupun dia tak pakai baju betul-betul tutup aurat, tapi hati dia masih jernih..," aju seseorang.

"Pakai ja tudung labuh, tapi perangai tak ubah macam...," ulas seorang sahabat yang terluka hatinya dengan kata-kata seseorang.

JANGAN NILAI BUKU DARI LUARAN?

Cuma ada sesuatu yang saya nak sampaikan di sini ada sedikit kaitan dengan pepatah ini. Itulah tujuan asalnya. Bukan nak mansuhkan pepatah ini, tau!

Kalau ikut pada pepatah, jangan nilai buku pada muka hadapannya adalah wajar kerana tidak semua buku yang berfaedah mempunyai kulit hadapan yang menarik. Tambah-tambah kitab-kitab agama yang dahulu kala kerana penulisan ulama' terdahulu hanya tertulis dengan bantuan mesin taip saja.

Tetapi, isi kandungannya sarat dengan bahan-bahan ilmu yang bermanfaat kepada pembacanya.

Yang menjadi masalah adalah, apabila pepatah don't judge books by it's cover di nisbahkan pula kepada manusia.

Huh, masalah, masalah.

Apa yang tak kenanya?

Persoalannya, benarkah seseorang yang mempunyai akal sejahtera tidak menjaga luarannya?

Sebagai contoh, menutup aurat adalah kewajipan yang diperintahkan oleh Allah. Berbuat baik sesama manusia juga adalah perintah daripada Allah. Kedua-duanya perlu ditunaikan oleh manusia.

Tetapi, perlu diingat bahawa, apabila kita hendakkan keredhaan Allah, maka kita akan peroleh keredhaan manusia juga. Kalau nak keredhaan manusia, dapat yang tu sahajalah, keredhaan Allah tak tau ke mana.

Wajarkah seseorang yang tidak menurut perintah Allah (contoh : menutup aurat dengan sempurna) dikatakan seorang yang berhati mulia?

Adakah orang yang berhati mulia tergamak melanggar hukum hakam yang telah di perintahkan Allah?

Jawablah sendiri. Semua orang tahu jawapannya dan apakah alasannya, kan??

Dialog di awal catatan ini menunjukkan persepsi yang salah kebanyakan orang. Jika seseorang berperilaku buruk, tetapi memakai tudung labuh dsb, itu bukanlah kesan daripada perbuatan memakai tudung tu. Yang salah tu perangai dia sendiri.

HATI ITU TIADA LAGI

Contohnya, sesorang yang mengalami demam akan kelihatan sugul dan tidak bermaya. Padahal, apa yang diserang itu hanya anggota dalaman dan sistem pertahanan badan. Kesannya tetap terhadap seluruh anggota walaupun mereka masih gagah.

Itulah hati (secara rohani menurut imam Al-Ghazali).

Nanti ada pula yang menuduh saya berkata,
"Engkau ni nak suruh orang nilai orang lain daripada sudut luaran lah?"

Bukan begitu.

Apa yang saya maksudkan ialah orang yang luarannya* nampak tak baik, sudah tentu itulah yang menggambarkan apa yang ada dalam hatinya.

Manakala, orang yang nampak baik pada luaran, boleh jadi dia benar-benar ikhlas ataupun hanya munafik semata-mata.

Wallahu 'alam.

*Luaran di sini bermaksud perkara yang disengajakan oleh seseorang, bukan pada wajah atau pun yang kekal. 
Hmm...apa nak kata dengan isteri PM kita? Tudung pun tak cukup duit nak beli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!