Cikgu Zaharah di Makmal Biology |
"Hari ini kita akan buat experiment capture-mark-release-recapture untuk mengira populasi,” maklum cikgu Zaharah kepada seisi kelas 5 Akhtar.
Pelbagai reaksi anggota kelas ketika itu. Riuh rendah makmal Biologi dibuatnya. Segenap pelajar sudah membayangkan ’sesuatu’ makhluk ada di dalam plastik yang dibawa oleh cikgu ke makmal.
Cicak, katak, cacing, belalang, macam-macam yang di teka ketika itu. Namun, cikgu cuma tersenyum lebar melihat aksi pelajarnya yang menzahirkan ‘kerisauan’ untuk melakukan eksperimen sebentar lagi.
Sebelum memulakan aktiviti, cikgu Zaharah berpesan :
1) Jangan picit plastik bahagian bawah, nanti binatang akan mati;
2) Jangan buka dan terus lihat kerana di bimbangi ia akan melompat;
3) Cikgu tak sempat nak tangkap banyak-banyak…5 kumpulan saja boleh buat.
Hah…apa bayangan binatang yang anda rasa?
Saya sudah berasa hairan. Kalau betul binatang, kenapa diletakkan dalam plastik biasa malah diikat ketat pula?
Sengaja saya mengejutkan rakan sekumpulan dengan membuka plastik itu di hadapan mukanya. Tak sangka pulak dia terlompat ketakutan kerana bimbang binatang terlompat serta merta.
TIADA BINATANG
Dan....jangkaan sengkek pelajar-pelajar 5 Akhtar tadi ternyata meleset sama sekali. Tiada tikus, cicak, belalang ataupun lain-lain.
Yang ada, ialah....
KACANG SOYA!
Hahaha...seisi kelas ketawa terbahak-bahak. Lucu dengan andaian minda sendiri yang tidak berasas. Belum lagi tengok bukti ataupun benar-benar dengan mata kepala sendiri, sudah percaya sepenuhnya.
TAQLID ATAU IKTIQAD
Taqlid mengikut sesuatu ajaran tanpa mengetahui pendapat atau dalil dari nas-nas syarak. Manakala iktiqad adalah kepercayaan dan keimanan yang jazam terhadap al-Quran dan as-Sunnah tanpa mempersoalkannya.
Walaupun sesuatu benda itu belum lagi terbukti kesahihannya, ramai yang sudah percaya. Mengapa?
Kisah benar di atas merupakan salah satu contoh bertaqlid (tetapi bukan soal aqidah).
Kisah benar di atas merupakan salah satu contoh bertaqlid (tetapi bukan soal aqidah).
Manakala iktiqad adalah seperti mana sikap para sahabat.
Begitulah sifat para sahabat di zaman penurunan kitab suci al-Quran. Mereka menerima bulat-bulat dan terus mempercayainya. Betapa tinggi keimanan mereka terhadap Allah dan RasulNya.
Begitulah sifat para sahabat di zaman penurunan kitab suci al-Quran. Mereka menerima bulat-bulat dan terus mempercayainya. Betapa tinggi keimanan mereka terhadap Allah dan RasulNya.
مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ
" Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya."
(Surah Ar-Rahman, ayat 10 dan 11)Secara logik, mana mungkin air masin dan tawar yang berada berhampiran tidak bercampur?
Dalam ayat 19-20 ar-Rahman ini telah menyatakan bahawa air laut memang ada tempat yang bertemu tetapi tidak bercampur seolah-olah mempunyai sempadan.
Kajian sains pada abad ini telah menyaksikan kebenaran ayat al-Quran, dan ayat di atas adalah salah satu contohnya.
Ini adalah bukti kemukjizatan al-Quran. Tidak mungkin ianya direka oleh Rasulullah SAW, sedangkan baginda sendiri seorang yang tidak tahu membaca dan menulis.
Ketika mendengar ayat ini, tanpa ragu-ragu lagi para sahabat r.a. menerima bulat-bulat tanpa mempertikaikan apa-apa fakta sekalipun.
Yang penting, taqlid itu buta, iktiqad itu mesti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!