"Tengok budak tu, tak tau malu ke? Ada pulak pakai tudung macam tu!", kritik seorang rakan ketika melihat salah seorang rakan sekolah memakai tudung yang tidak memenuhi kriteria di tetapkan oleh pihak sekolah, sebuah sekolah agama.
"Tergedik-gedik, dah tu suka pakai baju ketat, ana menyampah dengan orang macam tu!", keluhnya lagi.
Saya memdiamkan diri. Tidak bersuara.
Mengutuk, mengata belakang tiada apa yang boleh mendatangkan manfaat, sebaliknya mendatangkan dosa lebih-lebih lagi.
Memang ada kebenaran akan kata-katanya itu.
KONGKONGAN - PRO DAN KONTRA
Zaman persekolahan lebih perlu kepada mendidik, bukan menghukum itu dan ini. Pihak sekolah banyak menyekat dan menghalang para pelajar daripada melakukan sesuatu perkara untuk menahan nafsu dan akhirnya memberontak sekiranya tiada kefahaman dan kesedaran yang mendalam.
Ada baiknya.
Kebiasaanya seseorang perlu dipaksa terlebih dahulu supaya melakukan sesuatu perkara yang baik. Walaupun pada peringkat awalnya hati tidak ikhlas dan dalam keadaan terpaksa, namun akhinya akan membuahkan hasil yang sangat bernilai di sisi Allah, kefahaman dan kesedaran serta keikhlasan dalam beramal.
Setiap kali diadakan aktiviti luar masa persekolahan, peraturan yang mengongkong mereka yang menurut nafsu sentiasa diperingatkan oleh pihak sekolah-tanpa jemu.
Tudung mesti labuh melepasi dada, tidak jarang, baju tidak ketat dan pelbagai lagi.
Dalam dikawal peraturan seperti itu pun, pasti ada dalam kalangan para pelajar sekolah agama tersesat menyalahi undang-undang itu. Mereka seakan-akan tidak mempunyai sifat malu walaupun mereka menjadi orang yang ganjil dalam kumpulan itu.
Hakikatnya, 'ganjil' dalam kumpulan itu menjadi majoriti dalam masyarakat.
Masyarakat yang penuh dengan hasutan dan tipu daya syaitan. Sungguh, sifat malu kadangkala terbit bagi mereka yang bertudung litup memenuhi kriteria yang sepatutnya pula!
Mari kita hayati hadis Rasululluh SAW ini,
إذا لم يستحي فالصنع ما شئت
"Jika kamu tidak malu, buatlah apa yang kamu suka."
Secara fitrahnya, manusia akan berasa malu melakukan dosa. Kalau tak malu tu silakan, insya Allah perkara baik-baik saja.
Namun, sifir semudah itu tidak mampu lagi dijadikan panduan. Segala-galanya sudah menjadi terbalik kuang!
Tatkala melihat orang dalam kejahilan dirinya, kita semestinya segera berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hati.
اللهم ثبّت قلبي في دينك
"Ya ALLAH, tetapkanlah hatiku dalam (melaksanakan perintah)agamaMu."
Tidak sepatunya kita melihat kerosakan akhlak rakan-rakan yang mungkin dahulunya sependapat ataupun sehaluan dengan kita akhirnya menjadi orang yang hanyut dibawa arus deras, hanya menghukum ataupun memulangkan paku buah keras kepadanya kembali.
Iya, siapa sangka. Orang yang menjadi sahabat dan dahulu kita kenalinya sebagai seorang yang sangat menjaga aurat, pergaulan dan pantang larang beragama kini seolah tinggal sejarah.
Apa yang dikutuknya dahulu, sekarang dia pulak yang buat.
Saya sangat terkilan melihat dan mendengar perkembangan terbaru sahabat-sahabat di sekolah dahulunya sama-sama komited mengamalkan Islam, kini mengikut arus peredaran zaman.
Itu yang telah diasuh dengan ilmu-ilmu Islam sejak beberapa tahun. Buah yang dipetik di taman-taman Islah kini menjadi busuk dan menampakkan belang serta pendirian masing-masing. Sebelum ini, peribadi 'dalaman' dikawal ketat undang-undang sekolah.
Kini, dia sudah bebas dengan seluasnya.
Bebas bercouple, melakukan apa yang tak boleh dilakukannya sebelum ini.
Itulah parah zaman sekarang.
Sangat terkejut apabila penulis menatap sebuah akhbar dan menyatakan lebih 1 juta anak luar nikah di lahirkan di Malaysia dalam masa 8 tahun!
Astaghfirullah!
Memang diakui, puncanya muamalat yang tidak berlandaskan syarak.
SEMPADAN DIRI
Tiada gunanya kalau kita meratap dunia diwarisi abad ini yang penuh dengan punah
Lakukan sesuatu!
Yang pastinya, peliharalah lidah daripada terus menghukum orang yang kejahilan didalam dunianya. Gunalah air liur itu untuk berdoa untuk kesejahteraan dan kesedaran ummah. Jangan hanya kutuk itu dan ini,tapi dalam masa yang sama dia pulak yang buat benda alah tu....
P/s : Sesungguhnya aku merindui dirimu yang dahulu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!