Nak Belajar di Mana?

 Ku merindui pohon sakura yang tak akan muncul depan mata

"Konnichiwa. Ambang Asuhan Jepun atau AAJ, siapa pernah dengar sebelum ni?" Encik Zainol memulakan bicaranya.

Para pelajar sudah bersedia mengambil tempat di dewan kuliah MRSM, Balik Pulau ketika itu.
Taklimat pendedahan pengajian luar negara diadakan di tempat berbeza, mengikut pilihan pelajar sendiri.

Saya berserta beberapa orang rakan sekelas memilih untuk ke taklimat RPKJ atau Rancangan Persediaan Ke Jepun.
BUDAYA

"Budaya Jepun ni sangat menarik. Di sekolah tak ada cleaner..!" Encik Zainol memulakan cerita mengikut pengalamannya sepanjang belajar dan berkhidmat beberapa tahun di Jepun, masih segar pohon sakura dalam ingatannya kerana baru kembali ke tanah air bulan 5, tahun sudah.

"Setiap 40 minit terakhir, pelajar-pelajar akan cuci kelas bersama-sama, tanpa perlukan jadual tugasan. Guru besar pun turut cuci pejabat dan kawasan sekitarnya," sambungnya lagi.

Wah menurutnya, betapa disiplinnya orang-orang Jepun. Patutlah negara mereka maju.

Pelbagai lagi pengalaman menarik yang diceritakan oleh penceramah. Budaya mereka memang asing daripada negara kita, tetapi sangat elok sekiranya dapat kita praktikkan di negara ini.

Hurm..bukan senang nak ubah budaya, tabiat!

Memandangkan Jepun masih tidak memiliki bilangan penduduk beragama Islam, ataupun hanya minoriti, saya terfikir juga, 'andailah aku pandai berbahasa jepun, boleh seru orang-orang jepun ni kepada agama Islam. Tentu umat Islam menjadi lebih bertambah kualiti dan kuantiti.'

Di samping mencari pengalaman budaya berbeza, saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Pelajaran ke Jepun sepenuhnya dibawah tajaan JPA dengan kerjasama Universiti Malaya dan kerajaan Jepun serta keputusan SPM sekurang-kurangnya 9A-, menjadikan impian saya lebih munasabah.

MAMPUKAH?

Seraya tiba di rumah, saya bersegera mendapatkan ibu untuk berkongsi dengan apa yang telah saya dengari di dewan kuliah tadi.

Namun, jawapan ibu membuatkan saya terduduk dan berfikir kembali,

"Bagi alase mu nok gi belaja denu, hok kukuh dulu, baghu akow bui," kata ibu, sedikit pelat kelantan.

"Nak belajar. Boleh dapat banyak pengalaman," balas saya tanpa terlebih dahulu memikirkan jawapan sematangnya.

"Tok soh la. Negeri oghe kape, kalu mesir sungguh jugok dekak denga bumi para anbiya'. Mok bui kalu tak dop dah ilmu hok mu nok belaja di Melesia nih," saya faham kata-kata itu adalah menunjukkan ibu benar-benar tidak bersetuju.

"Ya, memang mustahil tak ada ilmu nak belajar dah kat Malaysia ni," saya mengalah tetapi sedikit mengelat.

"Apo alase mu, gi belaja jauh-jauh. Tak dop mahram lagi..guano nak cagho ko agamo. Tak sir hapa qurae?" ada benarnya kenyataan itu, menjadikan saya berfikir dalam-dalam.

Pembelajaran di Jepun, menurut penceramah tadi, sepenuhnya dalam bahasa Jepun setelah bermula tahun ke dua Ijazah bagi semua subjek seperti Kimia, Fizik, dsb. Sepenuhnya. Tahun pertama masih berbahasa Inggeris.

Belajar bahasa Jepun dalam bahasa Inggeris!

Saya fikir perkara itu mudah, sekiranya ada komitmen dan kesungguhan serta bantuan daripada Allah. Bantuan daripada Allah menyusuri setelah ibu bapa redha dengan kita. Kalau tiada redha ibu bapa, masakan bantuan Allah boleh tiba?

Benar, memang benar. Majoriti pelajar ke Jepun menurut penceramah adalah dalam kalangan lelaki kerana kursus yang ditawarkan bidang-bidang kejuruteraan.

NAWAITU

Niat mesti betul. Belajar, menuntut ilmu di mana saja tiada kurangnya. Asalkan ilmu, ia pasti ada manfaat dan kegunaannya.

Saya ingin mengajak para pembaca dan diri saya sendiri berfikir tentang persoalan ini,
  1. Adakah kita hendak menutup mulut orang yang tak habis-habis memperkecilkan kebolehan kita dengan membuktikan kepadanya kita mampu ke luar negara?
  2. Apakah kita hendak berasa 'gah' di mata manusia sekiranya memiliki lulusan luar negara?
  3. Bolehkah kita bermusafir tanpa ditemani mahram yang thiqah?
  4. Benarkah niat kita untuk memenuhi tuntutan perintah Allah supaya berkenal-kenalan dengan bangsa lain?
  5. Bolehkah kita kekal menjaga ikhtilad yang sihat sepanjang masa?
  6. Sanggupkah kita menghadapi sebarang kemungkinan seorang diri tanpa keluarga terdekat?
  7. Nak belajar sambil cari pengalaman?
TUNJUK KEBOLEHAN?

"Kenapa nak pi luar negara?" saya bertanya seorang rakan setelah dia tak habis-habis mencari-cari brosur tentang pengajian luar negara.

"Aku nak tutup mulut mak sedara aku sebab nanti macam-macam dia kata. Aku tak mau kalah dengan sepupu aku!" balasnya.

Mulut orang, biarlah apa dia nak kata. Kita yang belajar, susah senang semuanya kita yang rasa. Orang yang akal pendek hanya tahu 'mengetek' tindakan orang lain tanpa berfikir terlebih dahulu.

Lantaklah.

Janji kita masih bersemangat menuntut ilmu, tak berpeleseran menjadi sampah masyarakat.

Bukankah إنّ أكرمكم عند الله أتقاكم (sesungguhnya orang yang mulia di sisi kamu ialah orang yang paling bertaqwa)?

'GAH'kah DENGAN KELULUSAN LUAR?

Saya bawakan satu anologi.

Seorang penceramah datang ke sekolah untuk memberikan tips-tips tentang sesuatu peperiksaan.
Para pelajar berasa lebih formal, semangat, dan 'puas'. Sedangkan guru yang ditatapnya setiap hari itu bertaraf guru cemerlang ataupun pemeriksa kertas peperiksaan awam sebenar. Walhal, penceramah hanyalah guru biasa yang mengajar di sebuah sekolah terkemuka dan pengalamannya kurang berbanding guru sendiri, jauh lebih baik.

Nampak? Fikir-fikirkanlah.

Usahlah berasa gah. Takabur itu pakaian Allah. Hamba tidak berhak sama sekali!

TIADA MAHRAM?

Saya tinggalkan satu persoalan utama untuk difikirkan.

Setiap wanita yang bermusafir, meskipun melakukan haji iaitu rukun Islam memerlukan mahram atau sekumpulan sahabat yang thiqah. Jika tiada, seseorang wanita itu dikira tidak mampu melakukannya dan gugur tuntutan kepadanya untuk melakukan haji.

Menuntut ilmu juga, tempat berhampiran masih terlalu banyak, nak korek sepenjuru alam nun jauh di sana dulu?
 
Fikirlah dengan mata iman supaya tidak tersilap membuat keputusan

PENDIRIAN?

Terpulang.

Sekiranya ditimbang dengan akal yang sejahtera, persoalan yang saya bangkitkan di atas tidak menimbulkan sebarang masalah, silakan!

6 ulasan:

  1. Haha, bukan sedikit pelat kelantan la..

    BANYAK dan PEKAT ok. Mak kan pekat kelantan.. Tersangat budu baunya.. hehehe

    HAdoiyai.. Nk belajar di jepun pulokss. Macam-macam la syaitan seleweng kita kan..

    Kalau boleh hafal Quran di jepun dan JADI DAEI macam Hassan Al-Banna, tak salah la kot nk belajar sana..

    ok.. saye hanya menambah bebelan mak

    BalasPadam
  2. Mak TAK BAGI la...mak kata kat mesia pun buleh buat bnda tu SEMUA!!

    *Mak kata : Kalau nk bt ijazah lanjutan boleh la~!

    BalasPadam
  3. Taw la...jdi pndakwah mcm hassan al Banna buleh buat perubahan drastik secara keseluruhan, satu Jepun!

    Mustahil kowt..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum and jazakallah khayran for the good article sister.

    Saya pelajar tahun pertama, umur 20 tahun di bumi New Zealand. Haa...dgr je mesti kata "Hah, negara kafir"

    hahahaha...I'm here because I want to learn how to be a different teacher than the Malaysian norm in order to teach my future students...English. Demi membawa pulang cara pengajaran/pembelajaran. Demi juga utk belajar erti hidup merantau dan mencari ilmu. Ilmu nak mengajar ini mmg ada kat Malaysia, tapi fikirlah, saya akan dikelilingi oleh org yg mmg berkata-kata dalam bahasa Inggeris, dan besar kemungkinan saya akan faham lebih baik dgn bahasa mereka. Percayalah cakap saya, org merantau jauh di negara org ni akan pulang lebih kuat pegangannya pada agama kalau dia bijak memilih agamanya dahulu. In the end, it is lillahi ta'ala.

    Tak salah kita perempuan bermusafir tanpa mahram. Ada perbincangan dalam cerdik pandai agama yg ada mengatakan tak ada salahnya perempuan keluar bermusafir mencari kerja/ilmu tanpa mahram. Cari lah kat internet, banyak sahaja jawapan.

    Dan cerita pasal menghafaz Quran, bawalah sekali masa nak terbang ke negara org itu satu tafsir Al-Quran. Teruskanlah hafazan walau di negara org. Kita mungkin tak mampu meng'convert' org yg beragama lain dari kita. Tapi kita boleh ubah pandangan org tentang Islam dan seorg Muslim. Perkara yg sekecil2 habuk kalau kumpul2 boleh jadi besar. Cita2 menarik org masuk dalam agama kita itu mmg baik tapi kalau tak mampu, ubah persepsi org terhadap kita pun boleh. Dan kalau masih tertanya-tanya pergi google... cari ISMA Jepun. Dari situ baru kita nampak ramai sbnrnya masyarakat Malaysia kat sana.

    Sedangkan di bumi Czech yg sgt anti-Islam ada bakal2 doktor menuntut di sana. Bukan sahaja org Muslim Malaysia, malah ada org Muslim Czech dan Arab. Komuniti Islam ini besar dan insyaAllah, baik semuanya.

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam. Terima kasih, sister in NZ atas perkongsian. Lain orang, lain caranya-kesesuaian dan kemampuan.
    Saya tak nafi semua itu. Betul, betul, betul. Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    Mungkin cara yang dicadangkan oleh sister NZ tidak sesuai bagi saya. Alasan mak tak bagi tu dan masalah mahram hanya wasilah daripada Allah untuk menjadi penyebab mengapa tidak boleh saya berbuat demikian. Semua ada hikmah yang tersembunyi. InsyaAllah.

    *Santai : kalau semua orang pandai lompat ke luar negara, tinggal orang kurang cerdik saja nak mengimarahkan universiti di Malaysia, kan? Alahai..kesian malaysia...

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!