Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Popia Goreng & Kuah Tumis



INTI
Bahan-bahannya:
1 pinggan makan taugeh
1 biji sengkuang (saiz sederhana)
2 batang lobak merah
1 genggam ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara membuatnya:
1) Tumbuk ikan bilis & bawang
2) Potong sayur nipis2 dan memanjang
3) Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk
4) Masukkan karot & sengkuang. Kemudian taugeh
5) Toskan sambil biarkan inti sejuk

KUAH
Bahan-bahannya:
15 biji cili kering - dipotong & direndam air panas
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap manis
1 keping manisan / gula perang
Gula & garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1) Kisarkan cili kering & bawang besar, bawang putih
2) Tumis sampai garing / pecah minyak
3) Masukkan kicap, gula & garam

KULIT
50 keping kulit popia
Sedikit tepung gandum dicampur air
Gulungkan, basahkan hujung kulit dengan tepung gandum yg dicampur air utk lebih mudah melekat.

Japanese Cotton Cheese Cake


BAHAN-BAHAN & CARA MEMBUATNYA

50g Buttercup (salted)
250g krim keju
100-200 ml susu segar
Campur & cairkan semua bahan di atas menggunakan kaedah double-boiler. Biarkan sejuk

60g tepung gandum + serbuk penaik
20g tepung jagung
1/2 sudu garam
Ayak & campur semua bahan. Masukkan kedalam larutan keju

6 biji telur kuning
1 biji lemon (perah jusnya)
Masukkan ke dalam adunan di atas

140g gula halus
6 biji telur putih *pastikan tiada percampuran dengan telur kuning
Pukul sehingga membentuk meringue - adunan tidak jatuh sekiranya anda membalikkannya. Tambah gula sedikit demi sedikit

Akhirnya
- Campurkan meringue dengan adunan asal tadi sikit demi sedikit.
- Panaskan oven
- Griskan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung
- Letakkan air di dalam oven
- Bakar sekurang-kurangnya selama 1 jam

Kek Coklat Kukus

[Dah banyak orang lain post resipi di blog-blog dan fb. Alhamdulillah memang senang jadi kek ni. Saya pun dah cuba buat.]
Tak sempat nak tangkap gambar cantik-cantik, dah kena makan!

BAHAN-BAHAN
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan buttercup
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
3 biji telur (siap dipukul)

Resipi Puff Krim (Cream Puff)

Adunan ini anggaran hidangan untuk 5-7 orang

ROTI PUFF

Bahan-bahan
250g air kosong
100g buttercup/minyak sapi
125g tepung gandum
3 biji telur
Sedikit garam

Cara membuatnya
1) Masukkan air kosong dan buttercup ke dalam kuali, nyalakan api. Gaul hingga mendidih (tetapi jangan sampai tersejat airnya)
2) Kecilkan api. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati, kemudian tutup api.
3) Biarkan hingga adunan sejuk.
4) Pukul telur hingga sedikit kembang. Masukkan ke dalam adunan yang telah sejuk. Gaulkan hingga rata.
5) Bentukkan kecil-kecil, susun dalam loyang pembakar yang telah digris. Saiznya akan menaik sehingga 2 kali ganda dari saiz asal apabila dibakar. Suhu ketuhar yang dicadangkan adalah 175 celcius dan dibakar selama 40 minit.

Resipi Biskut Oat Coklat


Adunan ini menghasilkan kira-kira 60-80 keping biskut

BAHAN-BAHAN
6 cawan oat (dikisar halus)
6 sudu besar serbuk coklat/koko
3 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus)

1 cawan minyak sapi - dicairkan
120g buttercup - dicairkan

Nasi Briyani Nyum Nyum

Nasi Briyani yang sudah siap!
Resepi asal diperoleh daripada buku Koleksi Resepi Fernleaf, kemudian diubah mengikut citarasa sendiri. Kecuali resepi dalca Penang, yang tu resepi mak. Resepi ini telah diuji ke'jadi'annya, maka terbuktilah ianya menjadi dan seterusnya membuktikan kejujuran resepi. Alhamdulillah.

Hidangan untuk 8 orang (dewasa).
Anggaran masa penyediaan, 3 jam.

BAHAN BAHAN

Ramuan Untuk Ayam

1 1/2 hingga 2 kg ayam dipotong lapan
1 sudu teh garam
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak sayuran
3 tangkai daun ketumbar - dicincang
3 biji tomato - dicincang
2 sudu besar tomato puri
2 sudu teh cili boh
4 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan putih
Segenggam daun pudina

© Kari Ikan Mak™



BAHAN BAHAN

5 ulas bawang merah - dimayang halus
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
3 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
3-4 pelepah daun kari
1 sudu teh halba campur

Kek Keju Lemon Yummy

[Amaran : Kek keju mengandungi kalori dan lemak yang sangat tinggi. Selain itu, kesan sampingan seperti allergi keguguran rambut boleh terkena kepada sesiapa yang suka memasak kek keju, kerana kek ini amat mudah disediakan tetapi kos bahannya superb.]

(Resepi ini sebenarnya telah diubah sebanyak 180 darjah daripada sumber asal-Laman ResepiMudah, kerana percubaan menggunakan resepi itu tidak menjadi.)



Sup Cendawan Homemade


BAHAN BAHAN

1 labu bawang besar (dipotong dadu)
6 biji bawang putih (dimayam)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
1 ketul dada ayam + air + garam (direbus)
1 tin susu cair (sejat)
2 sudu senduk minyak masak
2 pinggan makan cendawan (pelbagai cendawan) 
Garam secukup rasa

Pai Epal Mini, Ringkas dan Bergaya



BAHAN-BAHAN

Untuk membuat inti

2 biji epal hijau
2 cawan gula kastor

Untuk membuat kulit

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan buttercup (dipotong dadu dan disimpan di dalam peti sejuk. Dicampur ke dalam adunan sejuk-sejuk)

Kek Lapis Kukus Horlicks


BAHAN-BAHAN

200g Horlics
250g biskut Marie
8biji telur
150g gula halus
250g buttercup
1sudu serbuk koko

Biskut Cip Coklat Ustazah Hamidah



BAHAN-BAHAN

1 cawan gula kastor (tak berapa penuh, kalau nak manis, silakan.)
1 cawan gula perang (gelap & lembut)
1 cawan mentega (buttercup)
1 cawan minyak jagung
1 biji kuning telur
4 cawan tepung gandum

1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cream of tartar
1 sudu teh serbuk penaik

Puding Koktel Petang

Yummy! Ini salah satu bekas ja tau. Kira-kira 6-8 bekas jugak dapat buat ikut sukatan di bawah

[Anggaran saiz hidangan kira-kira untuk 6-8 orang]


BAHAN-BAHAN

5 sudu besar Tepung jagung
2 gelas Air
2 sudu teh Serbuk koko
100g Gula pasir
1 kotak Kismis (atau secukupnya mengikut citarasa)

KUAH KASTAD

3 biji Kuning telur
150g Gula pasir
1 tin besar Buah-buahan koktel
1 sudu besar Tepung kastad
1 tin Susu cair
1.5 gelas Air