 |
| Bangunan SMAWP 3 yang penuh dengan memorabilia |
Kelas
Study Circle semalam berjalan seperti biasa. Kalau tak ada ribut kencang atau tsunami yang membaham, maka seperti biasalah kan. Setiap minggu, hari Jumaat, pukul 12.00 tengahari. Sesi pertama bersama
cheif facilitator, manakala sesi kedua bersama fasilitator.
Oppss, bagi yang tak tahu,
Study Circle adalah subjek wajib yang diambil oleh semua pelajar asasi UIAM. Walaupun tiada
credit hours dalam
pointer, subjek ni wajib lulus untuk melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke kampus induk masing-masing sama ada di Kuantan ataupun di Gombak.
Ketika sesi ke 2 iaitu bersama fasilitator, satu persoalan telah menjentik minda saya supaya berkerja keras untuk berfikir.
"Siapa kat sini suka tengok drama korea, cu angkat tangan," kata si Fasilitator.
Ada dua tiga orang yang semangat meluruskan tangan. Ada juga yag tersipu-sipu dan teragak-agak.
"Tak de la minat sangat, cuma kalau bukak tv, itu cerita yang ade, tengok je lah," ada juga yang berkata begini.
"Korang jangan cakap pada orang yang minat korea ni, '
apelah suke tengok orang-orang mate sepet nih, bukan seronok pun!' sebab nanti akan
reflect pada diri korang sendiri. Macam saya sendiri pun, dulu tak suke jugak. Tapi sekali dah tertengok, tak boleh berhenti...," sambung si fasilitator.
Bagi saya, kenyataan itu sesuatu yang ganjil. Namun, untuk menghormati majlis, saya memilih untuk berdiam diri dan menjadi pendengar sahaja.