Memaparkan catatan dengan label Kalam kekasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kalam kekasih. Papar semua catatan

Sayakah Seorang yang Pelik?

Saya adalah diri saya

"Esok nak pegi QB dak?", tanya salah seorang kawan rapat saya di Almashoor.

"Mesti tak mau pegi!", dia menjawab sendiri tanpa menunggu jawapan keluar dari mulut saya terlebih dahulu.

"Tengok dululah. Kalau rasa sihat, pegi kut," saya tidak memberi kata putus, tetapi orang yang sudah masak dengan 'peribadi' saya sudah faham apa yang dimaksudkan.

Saya berfikir. Selama dua tahun, saya bersama-sama mereka menempuhi ranjau onak dan duri dalam pergelutan menuntut ilmu di sekolah. Merekalah rakan saya, selama dua tahun yang mendengar cerita-cerita saya, sudi membahagiakan perasaan dan mengisi kekosongan tempat berkongsi serta bertukar-tukar pendapat.

Hati kecil saya jujur menyatakan, saya memang sayang dengan sahabat-sahabat yang sudi melapang dada menerima diri kerdil ini.

Utamakan Yang Lebih Utama

Oh, fahamkah anda yang mana satu lebih afdhal?
"Mami dah solat tahajud setiap malam. Kenapa tak ada kesan pun dalam hidup, ya ustaz?", tanya seorang wanita ketika suatu ceramah yang saya dengari di corong televisyen.

"Mami solat fardhu tak?", tanya ustaz itu kembali.

"Tak", jawabnya.

Hurmm...inilah barangkali realiti yang sedang berlangsung di depan mata kita. Para ustaz mahupun ustazah sibuk menekankan perkara sunat. Itu sunat, sunat ini.

Lagi-lagilah menjelangnya bulan Ramadhan sekarang ini. Tiada salah menggalakkan ibadah-ibadah sunat, malah sangat dituntut seperti solat Tahajjud.

Namun, para pendengar akhirnya terlupa dengan keutamaan yang sebenarnya.

Nasihat dan Nasihat Lagi

Nasihat umpama baja. Tanpa baja ini, layulah rohani

"Badrul, berapa kali cikgu nak cakap? Kamu tu sudahlah tak bijak, malas pula," seorang guru meletup setelah menyemak kerja sekolah yang diberinya tidak disiapkan.

Badrul kehilangan kata-kata. Dia diam membisu.

"Bukan apa, cikgu sayang kamu. Cikgu tak nak kamu warisi kepapaan keluarga kamu," sambung leteran seorang guru di hadapan mata 30 orang rakan-rakan sekelas menjadi saksi.

Badrul tertunduk. Malu menguasai dirinya.

Ada Apa Dengan Niat?

Susahnya meredahi paya bakau. Tapi, hijrah nabi lebih susah tahu!
Seorang lelaki badwi daripada satu kabilah meminang seorang perempuan, Ummu Qais. Tetapi, Ummu Qais tidak terima lamaran kecuali lelaki (Muhajir Ummi Qais) itu berhijrah.

Lelaki itu berhijrah, dan mengahwininya. (Waki' dalam riwayat kitabnya al-A'masy bahawa Syaqiq, iaitu Abu Wa'il.)
Dengan sebab peristiwa ni, wurudnya hadis nabi :
"Sesungguhnya segala amalan hanyalah dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang hanyalah apa yang diniatkan. Oleh itu sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana habuan dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."

Pelihara Kalam Rasulullah, Jauhi Orientalis..

 







Junjungan besar kita, Nabi Muhd SAW pernah bersabda:

Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi mana berpegang teguh padanya. (Iaitu) Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah nabi.

(Mafhum al-Hadis)

Jelas,terang lagi bersuluh hadis di atas menjawab persoalan tentang golongan anti-Hadis memang boleh membawa kepada kesesatan. Jaminan Rasulullah bagi umatnya yang tidak akan sesat hanya yang berpegang teguh pada al-Quran dan sunnah sahaja.

Tapi, kalau orang yang anti-Hadis, macam mana nak hujah dengan mereka?

Boleh ka guna hadis juga, sedangkan mereka tak percayakan hadis?