Memaparkan catatan dengan label Jenaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenaka. Papar semua catatan
Konflik Loghat Negeri....
Raya, memang orang akan balik ke kampung masing-masing.
Baru-baru ni, saya balik ke Wakaf Bharu, Kelantan.
Tok saya, mestilah orang kelantan. Manakala anak-anaknya (adik beradik ayah) sudah merantau ke serata Malaysia disebabkan bekerja dsb.
Alkisahnya, sepupu saya (menetap di Perak) kecil lagi. Baru 4 tahun gitu. Dia suka main dalam rumah tok.
"Dila, gi main ttanoh.", kata si atok. -baca ikut loghat kelantan (maksudnya suh main kat luar la)
Pastu, budak ni keluar rumah & main pasir kat situ. La...mak dia marah la...apa hal main pasir ni.
"Tok Wea suh main tanah.",dengan selambanya si kecil itu menjawab.
Tok Wea speachless.
La...salah faham lak! Cucu guna loghat Perak, tok guna loghat Kelate.
Payah la cam ni.
Saiz Baju
Di kedai baju...
Kenapa baju ni sempit? Apa saiz yg encik pakai ? Saiz S, patutla sempit. Kenapa baju ni longgar plak? Saiz yg encik pakai saiz L, saiz longgar. Ah, ni nampak segak, saiz apa ni? Saiz M. Oh, patutlah muat. Ada-ada ja...
Moral : Pilihlah baju, yang penting ia menutup aurat.
Kenapa baju ni sempit? Apa saiz yg encik pakai ? Saiz S, patutla sempit. Kenapa baju ni longgar plak? Saiz yg encik pakai saiz L, saiz longgar. Ah, ni nampak segak, saiz apa ni? Saiz M. Oh, patutlah muat. Ada-ada ja...
Moral : Pilihlah baju, yang penting ia menutup aurat.
Berfikir Sejenak
Ada seorang pekerja yg tugasnya mengelap cermin tingkap KLCC. Ketika itu dia berada pada tingkat yang ke 100. Tiba-tiba ada seorang teman yang berteriak:
"Man, isteri kau yang sedang mengandung 9 itu kena langgar kereta depan bangunan ni".
Lantas tanpa berfikir panjang pekerja tersebut terus berlari keluar dari bangunan tersebut.
Semasa dia terjun, baru dia teringat :
1) Pada tingkat ke-80 = isterinya tak mengandung;
2) Pada tingkat ke-50 = dia tak kahwin lagi;
3) Pada tingkat ke-10 = namanya bukanlah 'Man'.
Moral : Jangan bersikap terburu-buru dalam semua perkara kerana akan menjadikan kita keluar dari arus kecemerlangan, tanpa sebarang fikiran yang rasional. Berfikir dahulu sebelum buat keputusan. Fikir-fikirlah!
Langgan:
Catatan (Atom)

