Utamakan Yang Lebih Utama

Oh, fahamkah anda yang mana satu lebih afdhal?
"Mami dah solat tahajud setiap malam. Kenapa tak ada kesan pun dalam hidup, ya ustaz?", tanya seorang wanita ketika suatu ceramah yang saya dengari di corong televisyen.

"Mami solat fardhu tak?", tanya ustaz itu kembali.

"Tak", jawabnya.

Hurmm...inilah barangkali realiti yang sedang berlangsung di depan mata kita. Para ustaz mahupun ustazah sibuk menekankan perkara sunat. Itu sunat, sunat ini.

Lagi-lagilah menjelangnya bulan Ramadhan sekarang ini. Tiada salah menggalakkan ibadah-ibadah sunat, malah sangat dituntut seperti solat Tahajjud.

Namun, para pendengar akhirnya terlupa dengan keutamaan yang sebenarnya.



Tidak melakukan solat Tarawih di surau atau masjid dilihat sesuatu yang serong, ganjil dan pelik. Namun, pergi ke masjid untuk 'memerhati' imam atau jemaah yang handsome tidak mengapa, pulak dah?

Tidak berjamaah ketika Subuh, orait pulak?

Niat menyimpang jauh. Tidak kerana Allah lagi.
Bukankah ganjaran diberi berdasarkan apa yang diniatkan?

MENGAPA KETIKA RAMADHAN SAHAJA?

Solat Dhuha merupakan rutinlah agaknya ketika musim Ramadhan. Walaupun diwajibkan oleh pihak sekolah, namun, tarafnya masih sunat di sisi agama.

Solat Dhuha boleh dikerjakan berseorangan mahupun berjamaah, kedua-duanya harus.

Dan, menghairankan lagi, ramai pulak yang melakukan secara berjamaah ketika solat Dhuha. Malah, ada yang sanggup menunggu rakan-rakan lain untuk solat bersama-sama.

Kenapa saya hairan?

Hairan kerana ketika fardhu Zohor di luar bulan Ramadhan, masing-masing membentangkan sejadah di ceruk penjuru kanan, kiri. Tiada jamaah.
Alasannya, "Dah lambat ni, kelas tambahan dah nak mula!"

Kalau adapun, jamaahnya cuma dua atau tiga orang. Yang lain pulak dah nampak ada tok imam, tak pandai nak ikut jadi makmum!

Bukankah solat fardhu itu lebih afdhal berjamaah berbanding solat sunat? [alahai orang sudah pening keutamaan nampaknya..]

Apabila yang harus diberatkan, maka yang wajib diabaikan!


HADIS BERTARAF LEMAH, TETAPI SERING DISEBUT

Maka, adapun penceramah-penceramah sibuk menyebut hadis-hadis yang agak popular di bulan Ramadhan ini, tanpa mengkaji taraf hadis terlebih dahulu.

Hadis sahih ada untuk diamalkan, tetapi mengapa yang dhoif itu disebut-sebut sehingga yang sahih dilupakan?

Contohnya doa ketika berbuka puasa:

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
"Ya Allah, untuk-Mu lah aku berpuasa dan atas rezeki-Mu lah aku berbuka". 

(Riwayat Abu Daud : 2358, Baihaqi 4/239, Ibnu Syaibah : 9744, Ibnu Sunni : 479 dan Baihaqi dalam Syu'abul Uman : 3902 dari Muadz bin Zahroh bahawasanya sampai kepada dia sesungguhnya Rasulullah SAW apabila berbuka baginda berdoa dengan doa di atas. Hadis ini dinilai cacat dari aspek majhulnya Muadz bin Zahroh kerana beliau merupakan seorang tabiin yang meriwayatkan secara terus hadis ini. Hadis ini dilemahkan oleh Ibnu Hajar dan Al-Bani) {Taraf hadis: Mursal*, sanadnya: Mudhthorib**}

Amalkanlah doa berbuka puasa yang ini:

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ
"Telah hilang rasa haus, dan telah basah kerongkong serta tetaplah pahala, insya Allah." 
(Hadis Sahih, riwayat Abu Daud dan lainnya. Lihat Irwa': 920, Sahih Jami' no : 4678)

Antara hadis-hadis lemah yang lain;
صُومُوا تَصِحُّوا
"Berpuasalah, nescaya engkau akan sihat."

 (Riwayat Tabrani dalam al-Ausath 2/225, Abu Nuaim dalam ath-Thib dari jalan Muhammad bin Sulaiman bin Abu Daud, telah mengkhabarkan kepada mereka, Zuhair bin Muhammad dari Suhail bin Abi Sholih daripada bapanya dari Abu Hurairah secara marfu'***. Dinilai cacat iaitu Zuhair bin Muhammad seorang yang lemah.)


هُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ ، وَوَسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
"Bulan Ramadhan adalah sebuah bulan yang awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan, sedangkan akhirnya pembebasan dari api neraka."

(Riwayat al Mahamili dalam al-Amali no : 50, Ibnu Khuzaimah dalam Sahih beliau 1887 dan beliau berkata, "Jika hadis ini sahih, saya tidak akan berhujah dengannya disebabkan hafalannya lemah".
Orang yang dimaksudkan lemah hafalan dalam sanad hadis ini ialah Ali bin Zaid bin Jad'an, seperti yang dikatakan oleh Imam Ahmad dan lain-lain.)

*Mursal : Hadis yang sanad/matan akhirnya terputus selepas tabiin.
**Mudthdhorib : Di riwayat melalui banyak riwayat yang sama kuat tetapi bercanggah antara satu sama lain.
***Marfu' : Hadis yang disandarkan oleh tabiin kepada Rasulullah SAW tanpa menyebut nama sahabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!