"Kamu sila tunggu kereta tu," kata seorang pegawai JPJ yang bertugas, bunyinya sedikit pelat.
Saya menunggu giliran. Hampir setengah hari. Kali ini, giliran saya untuk memandu di jalan raya bersama penilai JPJ tiba.
Wajah pegawai JPJ jelas kelihatan. Ternampak misainya yang tebal itu, sudah saya bayangkan apa yang pernah diceritakan oleh rakan satu sekolah dahulu. Menurutnya, pegawai JPJ itulah garangnya tidak dapat digambarkan. Alamak! Saya terkena orang yang sama seperti rakan saya dahulu..
"Assalamualaikum," saya memberi salam sebaik saja membuka pintu kereta viva yang berplatkan PJQ 3025.
Salam saya tidak bersambut.
"Nama kamu?" kata pegawai penilai JPJ itu, namanya Encik Khalib.
FIRST IMPRESSION
"Wan Asiah," saya menjawab, ringkas.
"Nama kamu ada maksud ke? Nama isteri nabi tuh kan?," kenyataannya sedikit menghairankan.
"Tak, tak.. bukan isteri nabi. Isteri firaun. Maksudnya ada dalam bahasa arab, penawar," saya segera bersyarah.
Sambil menjawab soalan-soalan berkaitan biodata peribadi, saya membetulkan tempat duduk, cermin sisi dan pandang belakang serta mencuba keadaan lampu signal kanan dan kiri.
"Encik, tolong boleh?" saya meminta bantuan Encik Khalib kerana tidak boleh mencapai cermin sisi di sebelah kiri. Semasa sesi teori kereta, cikgu Jalin memaklumkan kepada kami, andai tak boleh capai cermin sisi, boleh minta bantuan pegawai JPJ.
"Apa..apa? Tolong apa?" kata pegawai JPJ yang berbadan gempal itu.
"Tolong encik, saya tak sampai nak betulkan cermin tu," saya menjelaskan permintaan. Pada sangkaan saya, beliau tidak jelas dengan permintaan itu.
"Oooo... macam tu kah nak bawak kereta? Esok nanti nak mintak adik kecik tolong perbetoi cermin ni?" katanya lagi, cuba melakukan sedikit provokasi.
Fuh. Boleh tahan juga garangnya, kata hati saya. Dengan tergantung-gantung kaki dan tangan (mungkin dah tertumbuk kaki dia berkali-kali) saya memulas tombol pembuka tingkap di sebelah kiri dan membetulkan sendiri.
BERMULA
"Ok. Kita ke jalan B. Boleh?" putus Encik Khalib.
Saya mengangguk.
"Sekolah mana dik?" beliau bertanya.
"Saya baru habis spm. Tahun lepas sekolah Almashor," saya menjawab pertanyaannya hingga terlupa meletakkan brek tangan terlebih dahulu. Enjin kereta viva mati. Opss..
"Brek..brek tangan," kata Encik Khalib memberi hint kepada saya.
Fizikal jalan raya di hadapan Pusat Memandu Mutiara itu sedikit berbukit. Untuk mengelakkan terundur ke belakang, teknik mendaki bukit perlu diaplikasikan. Perhatian tidak boleh diganggu. [hehee..masa test JPJ ja]
"Result SPM macam mana? Dapat berapa dik?" pertanyaan ini saya jawab selepas berjaya keluar dari jalan tadi, kira-kira 3 minit kemudian.
"Lepas ni nak sambung study kat mana? Bidang apa?" beliau bertanya tanpa henti. Satu-satu soalan kena jawab. Fuh~
"Insya Allah UIAM kalau dapat nanti, untuk pergigian," saya terpaksa berkata-kata.
"Ohh.. kamu minat sains? Kenapa tak ambik syariah ke.. peguam, hakim ke?" beliau mula menjadi ramah.
"Peguam kena banyak hafal undang-undang. Saya tak minat undang-undang," saya berkata dengan jujur.
"Kalau sains tak perlu hafalkah?" tanyanya lagi.
"Kena jugak. Tapi menarik sikit..tak macam undang-undang," saya mula menekan pedal minyak dengan kuat kerana hendak memotong masuk jalan disebelah kanan.
"Ish.. kamu tak bagi signal ke? Kereta belakang tu brek mengejut tau," katanya. Saya diam tanpa bicara. [dah bagi pon signal, pak cik.. kereta tu tak mau mengalah dengan saya]
Tiba di lampu isyarat berdekatan terminal bas Sungai Nibong, Encik Khalib menyerahkan borang Ujian Bahagian III kepada saya untuk diturunkan tandatangan. [Biar benar. Awal lagi. Jauh lagi kot]
"Tulisan cina ke ni?" kata pegawai JPJ itu, sambil membuka cermin mata gelapnya sambil memerhatikan tandatangan saya.
"Eh.. tak..tak. Tu jawi," saya segera menangkis.
"Eh? Jawi ke nih? Macam cina pon ada," katanya sambil ketawa. Taringnya sudah hilang di mata saya. Barulah rangsangan adrenaline menurun ke tahap yang normal.
TAMAT DAN TIBA
"Pak cik jarang bagi orang 18/20 ni tau," katanya sambil membahasakan dirinya dengan gelaran 'pak cik'. Baru sebentar tadi, pemberi taklimat melarang panggilan 'pak cik'.
Saya menghulurkan tangan untuk mengambil borang berwarna merah itu.
"Eh, kejap. Pak cik nak pesan ni.. Pak cik nak cakap sikit," kata pak cik Khalib sambil menjauhkan borang merah itu dari tangan saya.
"Ya, baik pak cik," saya akur. Terpaksa jadi skema buat sementara waktu. [Satgi dia pegi pangkah kat 'kandas' rugi aku..]
"Kepandaian dan kecantikan kamu, jangan sia-siakan. Paham?" ternaik juga kening saya. Haha.. ingatkan nak pesan 'jangan bawak laju', 'jangan bawak lagi macam tadi', 'jangan lupa ikut undang-undang jalan raya bila dah lulus'. Ini tidak, langsung tak ada kaitan.
"Oh.. Ok. Terima kasih, pak cik," opss.. akhirnya terpanggil 'pak cik'. Mintak maap ler Encik Khalib yer..
SANGKAAN DAN REALITI
Bukan satu cerita, bukan dua cerita atau tiga cerita. Rata-rata menyebut perkara yang sama. Tester JPJ garang dan senyap.
Itulah sangkaan yang saya bina dalam minda. Tertekan juga perasaan saya sebelum membuat ujian JPJ itu. Setelah melalui semua itu, dapat saya simpulkan bahawa lain orang, lain pengalaman. Yang pasti bersangka buruk itu perlu ditangkis walau apa cerita dan pengalaman orang lain sekalipun.
ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬ۖ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari sangkaan-sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa."
(Surah Al-Hujrat, ayat 12)
Pengalaman orang lain juga penting untuk dijadikan panduan dan teladan, walaupun ianya mungkin berbeza dengan pengalaman sendiri. Ada yang terpaksa mengharungi cikgu pengajar yang garang, tetapi ujian JPJnya cukup mudah untuk lulus. Sebaliknya, ada juga yang mudah ketika belajar memandu, tetapi sukar dan banyaknya tekanan di jalan raya kelak.
Begitulah hidup kita keseluruhannya. Ada orang diuji dengan kesenangan, kemewahan dan ada yang diuji dengan kemiskinan. Ujian tetap ujian, kerana kita di dunia dalam penilaian Allah SWT untuk kehidupan di akhirat kelak.
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja dan mengatakan; “kami beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
alhamdulillah..lulus dah la ni??? bestnya.....
BalasPadamalhamdulillah.. hehe.. dah2.. boleh bawak kereta dah~
BalasPadamJangan masuk dalam hati sangat apa yang orang kita tak kenal "berbual-bual"..
BalasPadamPesanan terpenting adalah pesanan Rasulullah.
salam saudari yg mulia,
BalasPadamalhamdulillah, syukran atas perkongsian kisah yg menarik sbg iktibar brsama. moga kita semua melayan semua org sama rata (baik2) walau seburuk mana pun org itu (sama ada betul @ sangkaan shj). bersangka baiklah kpdNya, kpd manusia & pd alam sekalipun, Insya Allah akan dipermudahkan segala urusan... :)
p/s: UIA, brilliant choice. u may consider Uitm also (if they have that course) Just do your very best & let Allah swt do the rest :)
-Ain Lam Mim-