Sana Sini Medik, Medik dan Medik



"Wah, keputusan kamu bagus! Tapi, kenapa tak ambik medik?" berkerut wajah si Ahmad kerana rakannya yang cemerlang keputusan SPM membuat keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Hadis.

"Insya Allah, saya akan melanjutkan pelajaran ke Mesir, dalam jurusan medik," kata Aminah dengan yakin, sambil mendabik dada.

"Apa nak makan kalau ambik syariah?" ucap seorang pelajar yang dilema dengan nasibnya kerana kursus agama itu dipelajarinya secara 'terpaksa'.

'Semua orang pandai ambik medik, saya mesti belajar medik!' monolog Yusra dalam hatinya.


BUDAK PANDAI MESTI MEDICINE?


Saya lebih suka mentakrifkan 'budak pandai' sebagai orang yang rajin. Walhal, 'pandai' itu mempunyai konotasinya yang tersendiri iaitu ianya boleh disukat melalui nilai IQ menggunakan alatan yang khas. Namun, nilai IQ yang tinggi tidak lagi berguna sekiranya disuntik dengan racun yang paling berbisa, iaitu malas.


Mestikah seseorang pelajar yang rajin itu perlu mempelajari kursus perubatan?

Sudah tentu tidak.

Apa yang boleh diharapkan pada sebuah negara yang hanya mempunyai lambakan doktor-doktor yang rajin semata? Bagaimana urusan ekonomi negara, urusan keagamaan, sukan, astronomi, politik dan kehakiman?

Sudah dapat kita bayangkan, apa yang jadi dengan suasana negara kita andai mempunyai ustaz-ustaz yang dulunya dihantar ke kursus agama dengan harapan akan menjadi 'orang', para akauntan yang mata duitan dan para hakim yang memakan rasuah. Malas bekerja, tetapi mahukan gaji yang lumayan.


MEDICINE UNTUK BUDAK PANDAI?

Ya. Kenyataan ini saya amat setuju. Tetapi, jika hanya berbekalkan modal 11A+ ketika Sijil Pelajaran Malaysia, sudah tentu kejayaan tidak mungkin dicapai. Bagi saya, modal yang diperoleh itu perlu disertai dengan minat, kemahuan dan kerajinan. Maka akhirnya, ia akan menghasil sebuah kemampuan.



"Saya tak da plan untuk medik, tapi bila dah dapat JPA untuk medik, terima je lah..," kata seorang pelajar lepasan SPM.

Bukan seorang dua yang biasa mengucapkan kata-kata di atas. Apa yang menghairankan saya, mengapa mereka memohon untuk kursus perubatan, andai tiada minat sebelum ini terhadap kursus itu?


MENTALITI MASYARAKAT

"Bila jadi doktor nanti, boleh buat banyak duit..," kata si Ahmad.

"Wah.. kamu lulusan medik luar negara, bagus nih," ucap Mariam sambil menzahirkan rasa hormat kepada sahabatnya itu.

Adakah kursus perubatan itu dipelajari kerana wang ringgit, nama dan kemegahan?

Dalam era 70-an, kebanyakan pelajar Malaysia yang mahir berbahasa Inggeris akan di hantar ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Ireland, Australia, Jordan, Mesir dan lain-lain untuk menyambung pelajaran dalam pelbagai bidang. Ketika itu, Malaysia hanya mempunyai beberapa buah sahaja.

Maka, pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia dari luar negara itu dipandang sebagai satu kelulusan yang megah. Zaman sudah berlalu, namun mentaliti seperti itu masih tidak berubah. Entahlah.

Ustaz Amin di dalam dewan kulliyah Universiti Al-Azhar.
Haii.. lebih baik dewan kulliyah di Malaysia, lengkap berhawa dingin lagi.
Sumber : Blog Ustaz Amin .



JURUSAN AGAMA BUKAN UTK ORANG MALAS

"Mak cik hantar anak mak cik ke sini, sebab dia ni tak pandai belajar akademik. Penat mak cik jaga dia. Harap-harap jadilah orang duduk kat sini," kata seorang ibu.

"Dah tak boleh yang bahagian akademik, nak buat macam mana, saya akan cuba bidang agama," ucap seorang pelajar.

"Sebenarnya tak minat pun bahasa arab ni, tapi dah tak lepas subjek akademik yang aku nak, aku terpaksa ambik STAM ni," kata seorang lagi.

Sungguh dilema.

Saya sangat sedih mendengar kata-kata di atas. Kursus agama semacam menjadi kursus buangan. Apa yang hendak diharapkan pada pelajar lepasan agama yang pada satu masa dahulu hampir-hampir menjadi 'hantu'. Ataupun, apa yang hendak diharapkan pada para ustaz yang ilmu sains dan ilmu falsafah pun tidak dapat dibezakan. Ustaz mengeluarkan fakta-fakta sains yang salah dan langsung tak logik. [Contoh : Rapat saf boleh meneutralkan charge, air yg dibaca bismillah memiliki atom yang bersinar dsb]. Seseorang ustaz itu duta kepada agama. Ini menyebabkan maruah agama kian tercalar kerana kecuaian itu menyebabkan agama menjadi bahan ketawa. Memalukan.

Mengenangkan itu semua, saya bertekad hendak menyambung pelajaran dalam bidang sains. Bidang sains itu keperluan untuk mematuhi sunnatullah. Bidang agama itu untuk mematuhi syariatullah.

Belajarlah bersungguh-sungguh kerana Allah, menolong agama Allah. Tidak sesekali untuk kemegahan dan gaji akan datang.

Menuntut ilmu sains untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

Ya Allah, bantulah aku mematuhi kedua-dua hukum-Mu iaitu Sunnatullah dan Syariatullah.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

(Surah Al-Baqarah, ayat 286)

3 ulasan:

  1. Masalahnya kerana agama dan sains telah dipisahkan.

    INilah sekular!

    Bukan sains sahaja yang telah dipisahkan, seluruh aspek kehidupan telah dipisahkan dari ISLAM kecuali nama..

    BalasPadam
  2. salam saudari yg mulia,
    alhamdulillah, syukran atas ingatan yg amat bermanfaat ini. maaf, mohon semak semula perihal: air yg dibaca bismillah memiliki atom yang bersinar krn sy ada trbaca artikel seorg pengkaji Jepun pasal tindakbalas air trhadap apa yg diucapkan. maaf sy tak ingat sumbernya. bkn apa, sy risau dgn komen saudari ini akan melemahkan budaya membaca kalamullah dlm semua perkara trmasuk mkn n minum. logiknya begini, air jg trmasuk makhluk ciptaanNya. maka pasti air akan brtindakbalas bila dgr nama Penciptanya. wallahu'alam :)
    -Ain Lam Mim-

    BalasPadam
  3. @ Ain Lam Mim

    Salam'alaik.

    Logik itu perlu pada sandaran dan pembuktian. Andai saya tidak melihat dengan mata kepala saa sendiri, sukar untuk saya mempercayainya.

    Dari segi keberkatan, tidak sesekali saya nafikan. Insya Allah, air yg dibaca bismillah sudah tentu mendatangkan keberkatan kepada peminumnya.

    Kalau tindak balas secara 'fizikal', nyatanya tidak berubah. --andai ada yang kata berubah itu (mungkin adalah ilmu falsafah), istilah seperti 'molekul' bukanlah istilah yang tepat. Struktur molekul tetap dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen.

    Satu lagi, mengapa kita sebagai HAMBA, perlu beramal secara berSYARAT?

    Saya rasa penyataan itu tidak melemahkan budaya membaca bismillah dalam makan dan minum kerana KONSEP KEBERKATAN itu masih wujud. Dan, sebagai HAMBA, kita perlu mengabdikan diri kepada ALLAH dalam aspek apa-apa sekalipun, bukan hanya menanti dan mencari HIKMAH disebalik amalan SEMATA-MATA.

    Waallahu'alam.

    BalasPadam

Pesanan daripada anda dialu-alukan. Semoga Allah memberkati anda!